klik..klik...tabung kami...=D

Tuesday, February 21, 2012

3 May : small quarrel, he jealous of him, again…

hari ini aku keluar dengan ibu dan ayah ke bandar, mahu selesaikan urusan yang tertangguh dengan bank. aku, ibu dan ayah sahaja. adik-adik yang lain ke sekolah. terasa seperti anak tunggal pula. biarlah, sudah biasa menjadi kakak sulung, apa salahnya ,menjadi tunggal pula. bila lagi boleh berangan kan. hehe


selesai urusan, kami minum pagi di sebuah restoran. aku memesan mee goreng mamak walaupun restoran itu diusahakan orang melayu tulen. di luar restoran, aku ternampak sebuah teksi lantas terfikir untuk bertanya si dia sesuatu. aku tahu jawapannya, tapi sengaja mahu bertanya dan mendengar sendiri jawapan darinya lantas mula menghantar pesanan ringkas kepadanya.


aku : awak, nak tanya sesuatu boleh?
dia : tanya apa?
aku : tak boleh la tu...
dia : boleh...=)
aku : saya kan selalu sampai U pagi sebelum subuh.
kan gelap lagi...
dia : yer...
aku : kalau A pelawa nak jemput saya, boleh tak?
dia : dia ada pelawa ke?
aku : dia selalu pelawa. kalau nak balik pun dia pelawa nak hantarkan ke stesen bas,
dah sampai pun dia ada pelawa nak jemput...
dia : kan selalu naik teksi...
aku : tau, tapi teksi kan bahaya...
dah la sorang-sorang...
dia : kalau ada orang nampak naik dengan dia macam mana?
tak pasal-pasal timbul gosip.
aku : kalau pilihan antara teksi dan dia,
mana yang awak pilih?
dia : teksi. 
aku : niat dia baik, sebab kesiankan saya
terpaksa naik teksi pagi-pagi buta. dia tau saya tak  berani sangat
cuma terpaksa je...
dia : saya tau dia baik. dia memang baik.
dia memang faham awak. saya je yang tak faham.
aku : bukan macam tu maksud saya...
dia : tak pe la. terpulang pada awak.
aku : saya naik teksi...
dia : awak dah tau jawapan saya, tapi kenapa masih nak bertanya?
aku : erm...


perbualan kami setakat itu sahaja. aku tahu dia terasa dengan sikap aku. A memang ada menaruh hati pada aku. dia pun tahu. sebab itu dia tidak mahu aku terima pelawaan A. dia cemburu barangkali. aku akui, walaupun dia beri keizinan, aku tetap tidak akan terima pelawaan A melainkan terpaksa. mungkin jika tidak ada langsung teksi ketika itu baru aku akan terima.


dari awal, A yang berusaha untuk mendekati aku tapi aku tetap tertarik pada dia. hati tidak boleh dipaksa bukan. walapun kami sudah hampir 5 bulan bersama, dia tetap cemburukan A. dia tetap masih terasa A yang lebih layak bergandingan dengan aku. dia tetap berasa dirinya banyak kekurangan berbanding A. aku tidak tahu bagaimana mahu meyakinkan bahawa dia adalah lelaki terbaik di mata aku.

setelah selesai urusan kami di bandar, kami terus pulang ke rumah. di rumah, aku ada terbaca satu artikel mengenai perhubungan. 

"lelaki sangat cemburu jika teman wanita mereka bercakap tentang lelaki lain. mereka tidak akan pernah bagi peluang pada lelaki lain untuk mendekati teman wanita mereka kerana mereka percaya, peluan walaupun sedikit akan membuahkan hasil. mereka tidak mahu teman wanita mereka dirampas lebih-lebih lagi oleh kawan mereka sendiri."

tiba-tiba aku rasa terharu, baru aku faham kenapa dia tetap menyuruh aku menaiki teksi walaupun teksi ternyata lebih berisiko berbanding kawan sendiri. dia tidak mahu memberikan peluang kepada orang yang sudah terang-terang mempunyai hati pada aku dan orang itu ialah kawan sendiri. aku faham sekarang.



aku : awak, saya minta maaf pasal tadi.
dia : tak mengapa, awak tak salah pun. saya yang salah.
aku : saya dah faham sekarang kenapa awak 
buat keputusan macam tu.
dia : em...awak naik teksi yek.
kalau tak berani, awak panggil (call) saya.
biar saya teman awak naik teksi.
aku : nak teman macam mana?
dia : saya tunggu awak sampai, awak naik teksi,
saya ikut awak dari belakang naik motor...=)
aku : tak perlu sampai macam tu.
dia : saya yang nak, nak teman awak...=)
aku : terima kasih...=)
dia : kasih diterima...=)


aku rasa bersalah. ternyata dia tetap risaukan keselamatan aku lebih dari yang aku tahu. betapa aku kurang mengenalinya. kadang-kala, aku yang berasa seperti tidak layak untuk bergandingan dengan lelaki sebaik dia. 


tapi untuk aku melepaskan, tidak sama sekali.


bersambung......

4 comments:

  1. yup..lelaki kalau sayang dia mmg kuat cemburu...sama la jugak macam kita owang pompuan nih...:)

    ReplyDelete
  2. betul. cemburu lelaki buat kita terasa disayangi...(^_^)

    ReplyDelete