klik..klik...tabung kami...=D

Friday, October 14, 2011

14 Jan : Our officially 1st time meet. (I didn’t realised him b4)

dia senior tahun akhir, aku junior tahun pertama. kami dalam 1 persatuan, kehadirannya tak pernah aku sedar. inilah aku, yang tak memandang orang lain terutama lelaki. aku gagal dalam bersosial dengan lelaki. bukan caraku. tapi katanya, dari awal aku masuk persatuan itu dia dah sedar kehadiran aku.
aku tak pelik, kerana aku lain dari kawan-kawan yang lain.

kami ada program luar selama 3 hari 2 malam. aktiviti persatuan. kami berada dalam satu kumpulan. (terima kasih kepada seorang teman A yang tanpa sengaja menemukan kami). A, teman rapat dia, mengajak dia masuk kumpulan aku kerana kononnya A nak kenal aku lebih rapat. dia hanya mengikut. 

dia lain dari yang lain. tak hiraukan aku sedangkan yang lain beria-ria mendekati aku. rimas. tak selesa. tapi dia berjaya tarik perhatian aku dengan gayanya yang bersahaja. bercakap dengan aku pun macam nak tak nak. ego aku sebagai perempuan tercabar.mungkin aku tak menarik pada pandangannya.


hari kedua, selepas satu aktiviti lasak, aku bersama-sama senior sejantina bergelak ketawa. tiba-tiba rasa macam seseorang sedang perhatikan aku. aku berpaling. dia. bertentang mata beberapa saat. dia berpaling. alihkan pandangan. rasa jantung berdegup kencang, muka menebal. malu. mungkin aku yang terlalu perasan.

malam, persembahan kebudayaan. kumpulan kami diberi tugasan membuat lakonan. dia berlagak seperti pengarah. memberikan aku watak bisu. mungkin sebab aku yang nampak pendiam dan kurang bergaul. aku cuba memberi buah fikiran, tapi dia seolah-olah tak ambil peduli. timbul rasa geram dalam hati. semasa lakonan, ternyata watak aku paling menyerlah. jadi bahan ketawa orang lain. ketawa yang sangat galak. aku malu. dia yang jadi penyebab. sebelum balik ke bilik, A janji nak ajar aku satu permainan yang jadi hobi waktu itu. A memang nampak baik. lelaki tipikal. gentleman bak kata orang putih. 

esoknya, hari terakhir. main permainan terpusing lidah (tongue twister). aku pegang rekod sebutan paling laju. aku bosan. aku pandang A, nak tuntut janji dia semalam. tapi dia sibuk mengajar senior-senior wanita yang lain memetik gitar. ya, A pandai memetik gitar. aku tak jadi menuntut janji. aku pandang sekumpulan senior sedang berkumpul. dia ada sekali. sedang berusaha memecahkan rekod aku. aku tersenyum, mendekati kumpulan itu. dia berjaya memecahkan rekod aku. taktik permainan otak kiri-otak kanan yang aku mahir pun dia berjaya kuasai. aku tak puas hati. ego.

kami pulang ke kampus tapi aku seperti tertinggal sesuatu. bukan tertinggal. hilang. hati yang dia dah berjaya curi. aku tak sedar, dia tak perasan. kami ada satu talian.





bersambung......

No comments:

Post a Comment