sehari selepas program, ada perjumpaan mingguan (setiap isnin malam) dan senior-senior memang jarang ada. tapi malam itu, ramai yang ada. meriah. tiba-tiba rasa semangat (jangan tanya semangat apa). masa itu, memang dah tambah rakan mukabuku. masing-masing jadi ramah dengan senior yang sebelum ni tak pernah pandang pun. aku tak terkecuali. di mana dia ada (komen di dinding mukabuku), aku akan turut serta. hati dah berbunga-bunga.
tapi bila jumpa malam tu, senior tetap berada sekelompok, junior sekelompok. mungkin belum serasi. dia ada tegur aku, tapi dek malu, aku kurang ambil perhatian. sekadar pandang sepintas, senyum, dan terus berlalu (dalam perjalanan ke tandas sebenarnya). apa yang dia cakap pun aku kurang pasti.
kami memang dah jadi rakan mukabuku. tiba-tiba jari aku gatal hantar pesanan di mukabuku dia. pesanan semata-mata bertanya soalan yang tak masuk akal. hanya alasan untuk berhubung dengan dia. dia membalas dengan senyuman (smiley). ada respon positif. aku senyum. lebar.
aku senyum kerana sangkakan dia enggan balas kerana jurang senior-junior masih ada. perasaan aku sahaja barangkali. junior kan, tak setaraf senior. aku memang pesimis.
terukkah aku? aku tak peduli. pesimis kadangkala sangat penting terutama bagi orang yang suka mengembara berseorangan. macam aku. maaf, meleweng.
aku hantar pesanan - dia balas tambah dengan senyum - aku balas balik tambah senyuman juga. berterusan.
membuka laman mukabuku yang dulu tak pernah aku pedulikan, kini jadi kewajipan seharian.
p/s : masih ingat si A? dia minta nombor telefon tangan malam itu. aku beralasan, tapi akhirnya dia berjaya juga. aku mula curiga. dia ada hati pada aku? maaf, aku tahu aku memang kuat perasan.
bersambung....
perasan itu best kan..hihi lalalala
ReplyDeletesila la berangan :)
p/s tanx for coming
em...indah...(^_^)
ReplyDelete