semasa makan malam berlangsung, aku benar-benar menyangka semua akan berjalan lancar. rupa-rupanya, belum sempat majlis berakhir, kami ada sedikit salah faham.
awal perkenalan kami, aku ada menyebut tentang A di sini dan di sini. A turut bersama-sama menyertai makan malam tahunan ini. dari segi perlakuannya, aku tahu dia mencari peluang untuk mendekatiku. aku hanya buat endah tak endah. tidak mahu si dia cemburu dan makan hati. di akhir majlis, A datang ke mejaku dan duduk di salah satu kerusi yang kosong, selang sebuah kerusi dari tempatku. aku tidak senang duduk. mahu menghalang, air muka A perlu di jaga, mahu dibiarkan, bimbang si dia berjauh hati.
A menghulurkan barang kepunyaannya kepadaku, minta aku menjaganya sebentar. barang yang berharga. dengan terpaksa, aku menerima. semasa majlis hampir berakhir, barang kepunyaan A masih berada di tanganku. aku yang mahu lekas pulang ke bilik, segera menuju ke arah A dan memulangkan kembali barangnya.
malangnya, bekas tempat mengisi barang itu hilang. mungkin tertinggal di mejaku. atas rasa bersalah, aku mengekori A kembali masuk ke dalam dewan dan mencari di setiap meja yang ada. rupa-rupanya, pekerja hotel telah pun membawa bekas itu ke belakang. mujur kami cepat, bekas itu kembali kepada A.
kami melangkah keluar dewan beriringan. kebetulan, di luar dewan penuh dengan rakan-rakan kami yang sedang bergambar. berpuluh pasang mata tertumpu ke arah kami. aku serba salah. dari ekor mata, aku tahu si dia sedang memerhatikanku. aku tidak memandang dia sedikitpun. betul-betul rasa bersalah. kemudian, aku menerima pesanan ringkas.
dia : mesti semua orang ingat awak dengan A kan.
aku : eh, kenapa cakap macam tu pula....
dia : awak dengan A nampak sepadan berjalan berdua tadi.
aku : kebetulan sahaja.
(menceritakan kejadian tadi)
dia : A memang sukakan awak pun.
aku : tapi saya tak sukakan dia. awak tak percayakan saya?
dia : bukan begitu....
aku : habis tu?
dia : erm....
aku tiada rasa untuk bergambar beramai-ramai kerana ini. terus menuju ke bilik, membersihkan diri dan bersiap untuk tidur. aku menghantar pesanan ringkas, meminta maaf atas perlakuanku yang mungkin telah melanggar batas dan memungkinkan orang sekeliling membuat kesimpulan mengenai hubungan aku dan A. selepas meminta maaf, aku katakan mahu tidur dan tidak akan membalas pesanan ringkasnya. tiada senyuman (smiley) di hujung ayat. hakikatnya, aku tetap menggenggam telefon tanganku. dia turut meminta maaf dan mengatakan mahu berdamai.
aku : awak maafkan saya?
dia : dah lama saya maafkan awak.
aku : kenapa begitu mudah awak memafkan?
dia : saya sayangkan awak.
itu sahaja sebabnya. kita berdamai.
aku : terima kasih untuk semuanya. =')
dia : sama-sama. =)
dan malam itu, kerana kami berdamai, menjadi malam yang sangat indah dan mendamaikan. tidak sabar menunggu hari esok dan berjumpa si dia walaupun hanya mampu memerhati dari jarak yang jauh. (^_^)
bersambung.....
thnx 4 evrythgs..=]
ReplyDelete