klik..klik...tabung kami...=D

Friday, December 2, 2011

15 Mac : Sibiru born…(^_^)

-Sibiru-

jika sebelum ini, afwan dilahirkan, kini satu lagi watak wujud dalam cerita kami. sibiru. 

semester ini, aku dan rakan-rakan dikehendaki menjalankan perniagaan sebagai keperluan satu matapelajaran yang kami ambil. pembahagian kumpulan telah dilakukan dan aku memilih ahli kumpulanku sendiri. begitu juga rakan-rakanku yang lain.

salah satu kumpulan rakanku memilih untuk menjual bantal hiasan pelbagai bentuk dan warna. bantal kecil-kecil bergambar pasukan bola sepak dunia yang terkenal seperti Liverpool, MU, Arsenal dan Chelsea. dia peminat pasukan biru.


pada hari jualan, dia datang ke geraiku untuk membeli sesuatu. dia ternampak seorang rakanku memegang bantal pasukan kegemarannya dan memberi isyarat dia mahukan bantal itu. dia hanya menunjukkan isyarat kerana kedudukan kami agak jauh, dan tiada siapa yang menyedari komunikasi jarak jauh kami. (^_^)

aku bertanya rakanku yang menjual bantal itu, namun kecewa kerana bantal itu sudah habis dijual. aku memaklumkan kepadanya melalui pesanan ringkas beserta senyum (smiley) kecewa. namun dia memujukku dengan mengatakan dia hanya bergurau. aku berjanji kepadanya aku akan tetap mencari bantal itu untuknya sekurang-kurangnya sebagai hadiah hari lahirnya tahun hadapan.

tanpa disedarinya, beberapa hari selepas itu, aku mencari bantal itu. aku ternampak ia dijual di sebuah kedai, tetapi terpaksa menangguhkan hasrat membeli kerana tidak mahu rakan yang bersamaku ketika itu curiga sementelah aku bukan peminat permainan bola sepak. bukan sahaja tidak minat, malah aku membenci permainan bola sepak kerana sering menjadi punca pertengkaranku dengan adik lelaki yang merupakan peminat setia permainan bola sepak terutama pasukan tempatan. aku mahu menonton rancangan kegemaran, dia mahu menonton permainan itu. 

suatu hari, aku keluar menghantar seorang rakan ke terminal bas. setelah dia menaiki bas, aku menuju ke kedai itu berseorangan. inilah peluangku untuk membelinya. aku membeli bantal itu beserta satu beg kertas berwarna biru. aku tersenyum puas.

malam itu, aku memberitahunya mahu memberikan rantai kunci bergambar pasukan kegemarannya yang aku beli di pasar larut malam sewaktu berada di Kuala Lumpur sebelum ini. rantai kunci itu hanya helah. aku mahu memberikan kejutan walaupun dia tidak sukakan kejutan.

aku sangkutkan beg kertas berisi bantal itu di tangga tempat kami sering bertemu. rantai kunci itu turut aku selitkan. aku menghantar pesanan ringkas mengatakan aku telah meletakkan rantai kunci itu dan meminta dia mengambil dengan segera. 

dia menghubungiku....
dia : kat mana?
aku : tempat biasa, tepi tangga. ada dalam beg kertas
berwarna biru.
dia : eh, kenapa besar sangat beg? 
aku : tak muat. hehehe
dia : ???
aku : tengok la dah sampai bilik nanti.
dia : ok

dia : tak boleh tengok lagi, roomate ada. segan.
aku : tak mengapa, nanti tengok la.
dia : dah tengok =D
aku : kenapa??
dia : terima kasih awak...(^_^)
aku : happy?
dia : mesti la happy...tak sangka awak 
akan beli jugak bantal ni...(^_^)
aku : sama-sama. dah, jangan senyum sorang-sorang,
nanti roomate pandang pelik...=p
dia : tak kisah, tengah happy...(^_^)




senyuman dia mampu buat aku tersenyum sepanjang malam tanpa sebab. 
kegembiraan dia membuat aku sendiri berasa gembira tak terkata. 
kebahagiaan dia menjadikan aku insan paling bahagia di dunia.




kami berbalas pesanan ringkas, dan tanpa sengaja aku menggelarkan bantal itu sebagai sibiru. tiba-tiba dia mahu menjadikan 'sibiru' sebagai nama rasmi bantal itu. maka, terlahirlah sibiru.

aku, dia, afwan & sibiru.
semoga kami kekal bersama....



bersambung....

No comments:

Post a Comment