klik..klik...tabung kami...=D

Thursday, December 8, 2011

26 Mac : He praised me when I thought everyone looks gergous except me..

masih lagi hari yang sama, tetapi waktu malam, semasa majlis makan malam tahunan berlangsung. pada awalnya, aku teringin untuk mengenakan busana berwarna sedondon dengannya. memang dia ada menanyakan jenis pakaian yang akan aku pakai dan warna apa, tetapi dia tiada mengatakan mahu memakai warna yang sama. aku pula sememangnya segan untuk bertanya lanjut, akhirnya harapan hanya tinggal harapan....


dia mengenakan kemeja berbelang hitam merah, aku pula memakai jubah moden berwarna biru. tiada sedikitpun persamaan. 



sebelum majlis, aku rasa berdebar. entah kenapa tiba-tiba sahaja. kedudukan meja sudah ditetapkan oleh pihak urusetia manakala kami hanya perlu memilih tempat duduk. kebetulan, meja yang aku dan rakan-rakan lain pilih betul-betul berhadapan dengan meja si dia. aku pula sengaja memilih kerusi yang bertentangan dengan dia.




sewaktu melangkah masuk ke dalam dewan makan malam, jantungku terus berdegup kencang. aku menoleh sedikit ke arahnya, dan dia sedang memandang ke arahku. aku hanya menundukkan pandangan. segan!


sebaik sahaja melabuhkan punggung ke kerusi, aku terima pesanan ringkas dari dia.


dia : cantiknya awak malam ni....
aku : tipu. orang lain lagi cantik-cantik, 
siap bersolek lagi...
dia : serius. mata tertumpu pada awak,
seolah-olah awak berjalan berseorangan dengan 
cahaya lampu yang menyinari mengikuti 
setiap langkah awak...
aku : malunya....(_ _)~
dia : kenapa mesti malu, hakikat. =)
aku : terima kasih...



kami terus berbalas pesanan ringkas sepanjang majlis berlangsung. sesekali aku menjeling ke arahnya tanpa dia sedari. dia begitu asyik bersembang dengan rakan-rakan semeja. mungkin mengambil peluang saat-saat terakhir sebelum mereka semua membawa haluan masing-masing setelah semester ini berakhir dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. aku hanya memandang ke arahnya tanpa jemu. tetapi apabila pandangan kami bertemu, aku yang terlebih dahulu menundukkan wajah. aku mengalah.

aku tidak mengharapkan pujian melambung yang entah benar entahkan tidak. 
aku hanya mahu dia sentiasa berada di sisiku,
saat senang mahupun susah
saat bangun mahupun jatuh
saat gembira mahupun sedih
saat bahagia mahupun tangis
dan aku hanya mengharapkan dia akan menerima aku seadanya diriku yang serba kekurangan ini...

kerana dengan kehadirannya, kekurangan ini menjadi 
kesempurnaan...


bukankah adam dan hawa saling memerlukan?


bersambung.....

4 comments:

  1. cerita kamu nie walaupun bersambung terasa macam romantik pulak situasinya.. hope kamu berdua ada jodoh hingga ke jinjang pelamin :)

    ReplyDelete
  2. ameen Ya Rabbal 'Alameen..~
    hanya ingin berkongsi detik-detik bermulanya perkenalan kami dari awal sehingga ke saat ini...(^_^)

    ReplyDelete
  3. mata kita sama memandang...(^_^)

    ReplyDelete