klik..klik...tabung kami...=D

Thursday, December 15, 2011

27 Mac : We discussed about marriage :)

Keesokan hari selepas makan malam tahunan, sukaneka diadakan. Pagi itu, walaupun tidur bersama teman-teman yang lain, aku tetap meneruskan rutin harian mengejutkan si dia untuk menunaikan solat subuh. Rutin yang bermula dari awal perkenalan kami dan masih diteruskan sehingga kini. Kadang-kala dia bimbang rutin ini hanya akan menyusahkan aku, tetapi aku sedikitpun tidak ambil peduli. Tetap mahu mengejutkannya setiap pagi dan menjadi insan pertama yang muncul dalam hidupnya setiap hari. Aku akui, sangat susah untuk mengejutkannya bangun tambah-tambah lagi jika dia tidur lewat sehingga pernah mencecah 40 kali panggilan-tak-terjawab (missed call). 

Namun bak kata orang, kalau dah sayang, yang susah pun jadi senang. (^_^)


Pagi itu, sebelum turun untuk bersarapan, kami sempat berbalas pesanan ringkas,  menceritakan kembali peristiwa semalam sekadar untuk mengambil pengajaran. Tidak mahu perkara yang sama berulang. Kemudian, dia bertanya sama ada aku sudah mengambil segelas susu seperti rutin harian atau belum.

Dia : dah minum susu?
Aku : malas nak bancuh. Sarapan apa yang ada sahaja.
Dia : nak saya bancuhkan? =p
Aku : nak…(^_^)
Dia : wah, terus senyum lebar yea..
Nanti-nanti dah kahwin, saya bancuhkan untuk awak yea…=)
Aku : yeay! (^_^)
Dia : seronoknya dia…
Err…kalau bancuhkan untuk anak kita,
Agak-agak dia senyum tak?
Aku : anak siapa?
Dia : anak kita la, akan datang…=)
Aku : mestilah senyum…=)
Dia : seronoknya…(^_^)
Aku : dah2, dah jauh ke depan ni…=)
Dia : ops, hehehe…


Memperkatakan perihal perkahwinan bersama insan yang kita sayang, sangat membahagiakan walaupun hakikatnya hubungan kami masih awal untuk sampai ke arah itu. Terlalu awal sebenarnya. Tetapi apabila dia yang memulakan topik ini, aku tidak dapat berkata tidak pada rasa bahagia yang mula menjalar dan bercambah perlahan-lahan dalam segenap hati kecilku ini.

Mungkin aku tidak pandai mempamerkan, tetapi aku benar-benar merasakannya sehingga kini. Tidak berkurang sedikitpun. Jika kamu membacanya, percayalah…



Bersambung……

18 comments:

  1. izinkn sy mmbhagiakn awk hingga akhir hayat sy..

    ReplyDelete
  2. best baca kat cni... :)

    reality in ur life right ??

    bese la tu, setiap psgn yg bercinta mesti kadg2 berfikiran sampai mcm tu., tnya nk anak berapa la... haha

    ReplyDelete
  3. ya, realiti yang sangat manis...(^_^)

    ReplyDelete
  4. perempuan sering memikirkan masa hadapan dan berharap sepenuhnya pada pasangan, diharap kaum lelaki juga begitu...yg penting kepercayaan dan kesetiaan masing-masing..;)

    ReplyDelete
  5. terima kasih cik syiera, farz zull...
    doakan kami...(^_^)

    ReplyDelete
  6. suke bace entryentry awakk. :) kan bagos kalau sye dapat boyfie yg cute cenggituu.. xD

    ReplyDelete
  7. terima kasih...
    pasti dia tersenyum lebar mendengar pujian kamu...
    dia seorang yang pantang dipuji...(^_^)

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas ziarah dan komen...(^_^)

    ReplyDelete
  9. kalau sudah syng semuanya indah kannn :D

    ReplyDelete
  10. betul, betul, betul!
    selagi ada sayang, semuanya akan jadi indah...
    dan kerana sayang itu tidak akan hilang, maka keindahan juga akan berkekalan...(^_^)

    ReplyDelete
  11. wah! 40 kali miscall.

    dahsyat.

    moga bahagia sentiasa hendaknya :)

    ReplyDelete
  12. sweet nya kamu ea.. semoga kekal ke jinjang pelamin pula :)

    ReplyDelete
  13. @penconteng : dalam cinta kan semua benda luar biasa jadi biasa...(^_^)

    @wadi AR : hehe, setiap orang ada kisah tersendiri kan...(^_^)

    @Aida Omar : manis lagi si dia...(^_^)

    terima kasih atas doa semua. moga diperkenankan-Nya...(^_^)

    ReplyDelete
  14. lebih manis kalau cinta di simpan untuk diluahkan selepas perkahwinan...trust me... =)

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas komen nasihat...(^_^)

    ReplyDelete