klik..klik...tabung kami...=D

Thursday, December 29, 2011

1 Apr : I misjudged him…and I’m sorry for that…=‘(

hari tidak akan cerah selamanya, pasti akan ada hujan ributnya.
hidup tidak akan pernah bahagia sentiasa, pasti akan ada naik turunnya.
laut tidak akan pernah tenang sepanjang masa, pasti akan ada ombak badainya.
kami tidak terkecuali.


malam itu, kami berbalas pesanan ringkas seperti biasa, tidak ada tanda-tanda perbualan kami akan menjerumus ke arah pergaduhan atau pertengkaran. tiba-tiba aku terfikir untuk bertanya kenapa aku yang jadi pilihan.   


aku : kenapa saya yang jadi pilihan?
dia : kerana awak sudah lebih dari cukup buat saya.
saya dah cukup bertuah memiliki awak. 
mana mungkin saya akan berpaling pada yang lain.



aku : kadang-kadang kan, saya terfikir, 
"dia ni betul ke tidak pilih aku?"
dia : awak meragui saya?
aku : bukan, hanya terfikir begitu.
dia : awak masih tak percayakan saya.
awak katakan saya tidak betul kerana memilih awak.
sampai hati awak....
aku : saya tak bermaksud begitu...
dia : erm...
aku : saya tak meragui awak...
dia : tak mengapa, hak awak untuk meragui saya...
saya mengantuk, mahu tidur. selamat malam.
aku : malam....

rasa bersalah menyelubungi segenap diri aku. terasa menyesal berkata begitu dan tidak berusaha memujuk. aku ego, dari awal lagi memang begini. aku hanya membiarkan dia memujuk diri sendiri. aku tahu dia memberikan alasan mahu tidur kerana tidak mahu hal itu berlanjutan. aku kenal benar si dia. 

aku tidak dapat melelapkan mata, masih memikirkan hal tadi. apabila mengenangkan betapa si dia sudah banyak bersabar dengan kerenahku, aku jadi sebak. serta-merta air mata mengalir, menangis sendirian menyesali perbuatanku sebentar tadi. entah bila aku tertidur ditemani air mata.

keesokannya, aku mengejutkan dia bangun seperti biasa disertai kata maaf. 



dia : terima kasih kejutkan saya, 
tapi kenapa minta maaf? =)
aku : tentang semalam....
dia : sudah, lupakan sahaja. 
saya dah lama maafkan awak. senyum. =)
aku : saya salah fikir awak begitu...=(
dia : tak mengapa, awak tak salah.
boleh senyum untuk saya?
aku : em...=)
dia : ha, kan manis begitu...(^_^)
aku : terima kasih...=)
dia : sama-sama S...(^_^)

betapa mudah dia melupakan hal itu dan memaafkan aku. 
betapa mudah dia tersenyum kembali setelah aku melukakan hatinya. 
kerana itu dia berjaya mengikat hatiku sehingga hari ini. 
kerana sifat pemaafnya, 
kerana sikap penyabarnya,
kerana itu aku jatuh cinta.



ya, aku jatuh cinta.
(^_^)

bersambung.....

Thursday, December 22, 2011

31 Mac : in sms, he called me “sayang” for the 1st time…(“,)

Pagi itu, seperti biasa aku menghubunginya untuk solat subuh. mungkin kerana semalam dia tidur agak lewat, sudah hampir 20 kali panggilan pun dia masih belum sedar dari lena. aku mula risau, jam sudah menunjukkan pukul 6.45 pagi. matahari bila-bila masa sahaja akan terbit menandakan tamatnya waktu subuh. aku mula membuat panggilan dengan kerap. dalam masa seminit, dua panggilan dibuat.

setelah hampir 30 kali panggilan, akhirnya dia terjaga juga. kerana sudah lewat, dia menolak (reject) panggilanku disusuli dengan pesanan ringkas mengatakan dia sudah bangun dan mahu segera menunaikan kewajipan subuh. aku tidak berkecil hati kerana penolakan itu, malah menarik nafas lega kerana dia mendahulukan yang wajib.


lebih kurang 15 minit kemudia, aku menghantar pesanan ringkas bertanya sama ada dia sudah menunaikan solat atau belum, bimbang dia tertidur semula sebelum sempat bangkit dari katil yang empuk.


aku : awak, dah solat?
dia : dah...
aku : betul? bukan tidur balik?
dia : betul la sayang...
aku : (jantung berdegup kencang, terkejut)
err....
dia : kenapa ni...
aku : sakit.....kuat sangat berdegup ni...
dia : minta maaf...
terharu sangat awak sabar kejutkan saya.
cuma nak awak tahu yang saya 
hargai sangat-sangat....
aku : tak ada apa-apa la...=)
dia : awak, terima kasih.=)
aku : kasih diterima...(^_^)


sebelum ini, dia tidak pernah menggunakan perkataan "sayang" seperti hari ini. kebiasaan hanya guna huruf "S" sebagai ganti perkataan sayang. sekadar huruf pun sudah cukup untuk membuat jantung aku berdegup kencang, inikan pula perkataan penuh "sayang", mahu gugur jantung aku dibuatnya. 

tetapi aku bahagia. 
(^_^)

sebenarnya, ini hanya permulaan. banyak lagi perkara yang mampu membuat jantung aku jauh dari kadar denyutan normal. semua gara-gara dia, yang sudah mula menjadi penghuni tetap hati aku....




bersambung....


Thursday, December 15, 2011

27 Mac : We discussed about marriage :)

Keesokan hari selepas makan malam tahunan, sukaneka diadakan. Pagi itu, walaupun tidur bersama teman-teman yang lain, aku tetap meneruskan rutin harian mengejutkan si dia untuk menunaikan solat subuh. Rutin yang bermula dari awal perkenalan kami dan masih diteruskan sehingga kini. Kadang-kala dia bimbang rutin ini hanya akan menyusahkan aku, tetapi aku sedikitpun tidak ambil peduli. Tetap mahu mengejutkannya setiap pagi dan menjadi insan pertama yang muncul dalam hidupnya setiap hari. Aku akui, sangat susah untuk mengejutkannya bangun tambah-tambah lagi jika dia tidur lewat sehingga pernah mencecah 40 kali panggilan-tak-terjawab (missed call). 

Namun bak kata orang, kalau dah sayang, yang susah pun jadi senang. (^_^)


Pagi itu, sebelum turun untuk bersarapan, kami sempat berbalas pesanan ringkas,  menceritakan kembali peristiwa semalam sekadar untuk mengambil pengajaran. Tidak mahu perkara yang sama berulang. Kemudian, dia bertanya sama ada aku sudah mengambil segelas susu seperti rutin harian atau belum.

Dia : dah minum susu?
Aku : malas nak bancuh. Sarapan apa yang ada sahaja.
Dia : nak saya bancuhkan? =p
Aku : nak…(^_^)
Dia : wah, terus senyum lebar yea..
Nanti-nanti dah kahwin, saya bancuhkan untuk awak yea…=)
Aku : yeay! (^_^)
Dia : seronoknya dia…
Err…kalau bancuhkan untuk anak kita,
Agak-agak dia senyum tak?
Aku : anak siapa?
Dia : anak kita la, akan datang…=)
Aku : mestilah senyum…=)
Dia : seronoknya…(^_^)
Aku : dah2, dah jauh ke depan ni…=)
Dia : ops, hehehe…


Memperkatakan perihal perkahwinan bersama insan yang kita sayang, sangat membahagiakan walaupun hakikatnya hubungan kami masih awal untuk sampai ke arah itu. Terlalu awal sebenarnya. Tetapi apabila dia yang memulakan topik ini, aku tidak dapat berkata tidak pada rasa bahagia yang mula menjalar dan bercambah perlahan-lahan dalam segenap hati kecilku ini.

Mungkin aku tidak pandai mempamerkan, tetapi aku benar-benar merasakannya sehingga kini. Tidak berkurang sedikitpun. Jika kamu membacanya, percayalah…



Bersambung……

Monday, December 12, 2011

26 Mac : Quarreled, misunderstanding…=(

semasa makan malam berlangsung, aku benar-benar menyangka semua akan berjalan lancar. rupa-rupanya, belum sempat majlis berakhir, kami ada sedikit salah faham.

awal perkenalan kami, aku ada menyebut tentang A di sini dan di sini. A turut bersama-sama menyertai makan malam tahunan ini. dari segi perlakuannya, aku tahu dia mencari peluang untuk mendekatiku. aku hanya buat endah tak endah. tidak mahu si dia cemburu dan makan hati. di akhir majlis, A datang ke mejaku dan duduk di salah satu kerusi yang kosong, selang sebuah kerusi dari tempatku. aku tidak senang duduk. mahu menghalang, air muka A perlu di jaga, mahu dibiarkan, bimbang si dia berjauh hati. 


A menghulurkan barang kepunyaannya kepadaku, minta aku menjaganya sebentar. barang yang berharga. dengan terpaksa, aku menerima. semasa majlis hampir berakhir, barang kepunyaan A masih berada di tanganku. aku yang mahu lekas pulang ke bilik, segera menuju ke arah A dan memulangkan kembali barangnya. 

malangnya, bekas tempat mengisi barang itu hilang. mungkin tertinggal di mejaku. atas rasa bersalah, aku mengekori A kembali masuk ke dalam dewan dan mencari di setiap meja yang ada. rupa-rupanya, pekerja hotel telah pun membawa bekas itu ke belakang. mujur kami cepat, bekas itu kembali kepada A.

kami melangkah keluar dewan beriringan. kebetulan, di luar dewan penuh dengan rakan-rakan kami yang sedang bergambar. berpuluh pasang mata tertumpu ke arah kami. aku serba salah. dari ekor mata, aku tahu si dia sedang memerhatikanku. aku tidak memandang dia sedikitpun. betul-betul rasa bersalah. kemudian, aku menerima pesanan ringkas. 

dia : mesti semua orang ingat awak dengan A kan.
aku : eh, kenapa cakap macam tu pula....
dia : awak dengan A nampak sepadan berjalan berdua tadi.
aku : kebetulan sahaja.
(menceritakan kejadian tadi)
dia : A memang sukakan awak pun.
aku : tapi saya tak sukakan dia. awak tak percayakan saya?
dia : bukan begitu....
aku : habis tu?
dia : erm....


aku tiada rasa untuk bergambar beramai-ramai kerana ini. terus menuju ke bilik, membersihkan diri dan bersiap untuk tidur. aku menghantar pesanan ringkas, meminta maaf atas perlakuanku yang mungkin telah melanggar batas dan memungkinkan orang sekeliling membuat kesimpulan mengenai hubungan aku dan A. selepas meminta maaf, aku katakan mahu tidur dan tidak akan membalas pesanan ringkasnya. tiada senyuman (smiley) di hujung ayat. hakikatnya, aku tetap menggenggam telefon tanganku. dia turut meminta maaf dan mengatakan mahu berdamai. 

aku : awak maafkan saya?
dia : dah lama saya maafkan awak. 
aku : kenapa begitu mudah awak memafkan?
dia : saya sayangkan awak. 
itu sahaja sebabnya. kita berdamai.
aku : terima kasih untuk semuanya. =')
dia : sama-sama. =)

dan malam itu, kerana kami berdamai, menjadi malam yang sangat indah dan mendamaikan. tidak sabar menunggu hari esok dan berjumpa si dia walaupun hanya mampu memerhati dari jarak yang jauh. (^_^)




bersambung.....

Thursday, December 8, 2011

26 Mac : He praised me when I thought everyone looks gergous except me..

masih lagi hari yang sama, tetapi waktu malam, semasa majlis makan malam tahunan berlangsung. pada awalnya, aku teringin untuk mengenakan busana berwarna sedondon dengannya. memang dia ada menanyakan jenis pakaian yang akan aku pakai dan warna apa, tetapi dia tiada mengatakan mahu memakai warna yang sama. aku pula sememangnya segan untuk bertanya lanjut, akhirnya harapan hanya tinggal harapan....


dia mengenakan kemeja berbelang hitam merah, aku pula memakai jubah moden berwarna biru. tiada sedikitpun persamaan. 



sebelum majlis, aku rasa berdebar. entah kenapa tiba-tiba sahaja. kedudukan meja sudah ditetapkan oleh pihak urusetia manakala kami hanya perlu memilih tempat duduk. kebetulan, meja yang aku dan rakan-rakan lain pilih betul-betul berhadapan dengan meja si dia. aku pula sengaja memilih kerusi yang bertentangan dengan dia.




sewaktu melangkah masuk ke dalam dewan makan malam, jantungku terus berdegup kencang. aku menoleh sedikit ke arahnya, dan dia sedang memandang ke arahku. aku hanya menundukkan pandangan. segan!


sebaik sahaja melabuhkan punggung ke kerusi, aku terima pesanan ringkas dari dia.


dia : cantiknya awak malam ni....
aku : tipu. orang lain lagi cantik-cantik, 
siap bersolek lagi...
dia : serius. mata tertumpu pada awak,
seolah-olah awak berjalan berseorangan dengan 
cahaya lampu yang menyinari mengikuti 
setiap langkah awak...
aku : malunya....(_ _)~
dia : kenapa mesti malu, hakikat. =)
aku : terima kasih...



kami terus berbalas pesanan ringkas sepanjang majlis berlangsung. sesekali aku menjeling ke arahnya tanpa dia sedari. dia begitu asyik bersembang dengan rakan-rakan semeja. mungkin mengambil peluang saat-saat terakhir sebelum mereka semua membawa haluan masing-masing setelah semester ini berakhir dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. aku hanya memandang ke arahnya tanpa jemu. tetapi apabila pandangan kami bertemu, aku yang terlebih dahulu menundukkan wajah. aku mengalah.

aku tidak mengharapkan pujian melambung yang entah benar entahkan tidak. 
aku hanya mahu dia sentiasa berada di sisiku,
saat senang mahupun susah
saat bangun mahupun jatuh
saat gembira mahupun sedih
saat bahagia mahupun tangis
dan aku hanya mengharapkan dia akan menerima aku seadanya diriku yang serba kekurangan ini...

kerana dengan kehadirannya, kekurangan ini menjadi 
kesempurnaan...


bukankah adam dan hawa saling memerlukan?


bersambung.....

Tuesday, December 6, 2011

26Mac : He called me “my gurl” =D

seperi tajuk di atas, dia menggelarkan saya sebagai "gadisku" (^_^)

kami dalam perjalanan ke sebuah hotel bersama-sama rakan yang lain untuk menghadiri acara makan malam tahunan bagi persatuan kami. walaupun berada di dalam satu bas, tapi kami tidak bertegur sapa, hatta memandang pun tidak. memang rakan-rakan sekeliling tidak tahu-menahu langsung mengenai kami dan kami tetap akan rahsiakan semampu yang boleh. 

dalam bas, kami berbalas pesanan ringkas. berbual tentang acara yang bakal berlangsung malam nanti, mengenai pakaian yang akan di pakai, berbual tentang apa sahaja. aku sedikitpun tidak rasa bosan walaupun kadang kala kami berbual tentang perkara yang sudah pernah dibualkan bersama. 


tiba-tiba termasuk topik Afwan-Sibiru. aku bertanya sama ada dia ada membawa sibiru atau tidak, dan jawapan dia agak mengecewakan sedangkan aku akan membawa si comel itu ke mana sahaja kerana saiznya yang kecil, memudahkan untuk aku membawanya sebagai peneman. mungkin juga sebagai ganti si dia. kecewa yang aku rasa, aku tolak tepi. aku harus faham situasi dia, mungkin akan jadi bahan ejekan jika lelaki membawa bantal ke mana-mana. walaupun sekadar bantal kecil, pasti akan tetap digelar "bantal busuk". sudah tentu dia juga yang akan mendapat malu.

giliran dia pula bertanya sama ada aku ada membawa si comel itu atau tidak.


dia : ha, awak tu ada bawa tak?
aku : mesti la bawa, kalau tinggal kesian pula nanti...
dia : haa, good2, my girl..=)
aku : waa...~ (jantung berdegup kencang)
dia : hehe...kenapa? =)
aku : tak ada apa-apa...(^_^)



mungkin perkataan my girl kedengaran biasa sahaja bagi yang sudah biasa menggunakannya. tetapi bagi kami yang tidak pernah mengungkap perkataan "sayang", "kasih", "cinta", mahupun "love", perkataan itu sudah mampu membuat jantungku berdegup lebih kencang dari kebiasaan. rasa bahagia yang tak terungkap.


"dan kuharap bahagia ini akan terus berkekalan...."
(^_^)



bersambung.....

22 Mac: we shared a bowl of porridge, my treat..(^_^)

hari ini, aku berpuasa. entah kenapa tiba-tiba teringin nak makan bubur ayam. setahu aku di kafe pelajar, bubur ayam tiada dalam senarai menu. mahu meminta dia belikan di luar, terasa tak sampai hati. segan pun ada walaupun aku betul-betul yakin dia akan memenuhi permintaanku. ah, biarlah. takkan semua nak harapkan dia. nampak terlalu mengada-ngada. 


aku ke kafe pelajar, cuba untuk meminta tukang masak kafe membuatkan bubur ayam untukku. nasib aku baik, tuan kafe itu bersetuju sementelah ketika itu masih awal, sempat untuk menyediakan bubur. syukur...(^_^)

dia ada bertanya menu berbuka, dan aku katakan bubur ayam. dia pelik, kerana bubur ayam memang tiada dalam senarai menu. aku menceritakan hal sebenar. 

dia : mesti tuan kafe tu setuju sebab awak yang minta
aku : ish, tak ada la...
kebetulan awal lagi, sempat la nak buat.
dia : yela tu..
aku : betul...nak tak?
dia : nak apa?
aku : kongsi bubur ni dengan saya.
dia : boleh ke? =D
aku : dah saya yang pelawa, mesti la boleh. =)
dia : nanti awak tak kenyang.
aku : bubur ni banyak. lagipun kalau berbuka cepat rasa kenyang.
nak tak? =)
dia : tak susah ke nanti awak nak kena turun
 hantar bubur tu pulak.
aku : bukan awak yang minta kan, 
tak susah pun...
dia : nak...(^_^)
aku : kejap lagi saya hantar...=)

bilikku terletak di tingkat 4, atas sekali. memang malas nak turun naik tambah-tambah lagi pakaian juga harus ditukar, tudung pula perlu disarung. tapi bila mengenangkan senyuman dia, semua rasa malas aku tolak tepi. 


1/3 bubur aku tuang dalam mangkuk untuk juadah berbuka, 2/3 lagi untuk dia. kalau ikutkan, 1/3 dari bubur itu hanya buat aku rasa cukup-cukup makan. tak kenyang, tak lapar. tapi aku cukup puas bila fikirkan 2/3 lagi akan dihabiskan oleh si dia. berkongsi makanan secara tak langsung. (^_^)

seperti biasa, aku hanya sangkutkan bubur itu di tepi tangga tempat kami selalu berjanji. setelah itu, aku hantar pesanan ringkas untuk memaklumkan kepadanya.

dia : eh, banyak lagi bubur ni. tak makan ke?
aku : makan, tapi banyak sangat.
tak larat nak habiskan. (bohong sunat =p)
dia : panas lagi, mesti sedap kan. =)
aku : makan la...=)

mungkin aku sudah termasuk golongan silly?? XD

aku : dah makan?
dia : dah =D
aku : teman bilik tak tanya ke?
dia : dia tak ada, keluar makan.
boleh la saya menikmati bubur ni dengan penuh
kasih sayang =D
aku : ada-ada je...=)

aku seboleh-bolehnya akan buat apa sahaja untuk buat dia rasa gembira kerana kehadirannya sahaja sudah cukup untuk buat aku rasa bahagia.

bersambung....

Sunday, December 4, 2011

20 Mac: I cried a lot, thinking he might leave me, but he won’t... =‘)

hari ini, aku ada satu perjumpaan di kafe. kafe yang terletak berdekatan dengan blok kediaman dia. aku harus melintasi bilik dia sebelum sampai ke kafe itu. semasa menuju ke kafe itu bersama seorang rakan, S yang turut mengenali dia tetapi tidak tahu-menahu tentang kami, kebetulan dia turut melalui tempat yang sama. 

kami berselisih. dia memandang ke arah kami dan tersenyum. aku yang ketika itu berada di belakang S turut tersenyum. tiba-tiba S menepuk bahuku sambil tersenyum lebar menahan tawa. rupa-rupanya S menyangka dia senyum padanya. baru aku tahu S menaruh hati dalam diam. aku hanya senyum pada S.

sambil itu, aku menghantar pesanan ringkas kepada dia menceritakan kejadian tadi. aku menyalahkan dia kerana senyum pada S dan dia berkeras mengatakan dia tiada niat begitu, senyum hanya kerana terlalu gembira terserempak denganku. aku tetap menyalahkan dia. dia hanya meminta maaf. berkali-kali. aku mendiamkan diri tanpa balasan. dia juga tidak menghantar apa-apa pesanan lagi selepas itu.

kemudian, aku tidak sedap hati. rasa bersalah membuat aku menghantar pesanan ringkas meminta maaf kerana terlalu emosi berdepan dengan situasi begitu. dia tidak membalas. aku mula gelisah, tidak senang duduk. aku cuba menghubunginya, tetapi tiada jawapan. macam-macam perkara bermain dalam fikiran ketika ini. 

awak...mana awak...saya minta maaf...='(




ke mana dia menghilang?
mungkin dia bosan dengan sikapku
mungkin dia mahu lari dariku
mungkin kesabarannya sudah sampai tahap maksima
mungkin dia perlukan ruang untuk bersahaja
mungkin dia hanya mahu menjernihkan keadaan 
dengan mendiamkan diri.....  




aku menghubunginya berkali-kali, tanpa henti. dari selepas zohor sehingga hampir asar, sambil menangis. baru aku sedar betapa kehadiran dia sangat penting dalam hidup aku sekarang. aku betul-betul perlukan dia...='(



ketika hampir maghrib, aku terima mesej dari dia. tergesa-gesa aku membacanya.

"awak, maaf...saya tertido..jangan nangis sebab saya...=("

betapa leganya aku rasa ketika ini....
aku meminta maaf kepadanya dan meminta dia segera menunaikan solat asar dahulu kerana hampir masuk waktu maghrib, dengan tersenyum. dia turut tersenyum.

selepas maghrib, aku menceritakan betapa risau yang aku rasa kerana menyangka dia akan meninggalkan aku. dia hanya tergelak.

dia : tak ada sebab saya nak tinggalkan awak.
awak yang terbaik untuk saya. =)
aku : mana la tahu, mungkin dah bosan dengan kerenah saya.
dia : saya tak pernah bosan la. jangan sesekali fikir
saya akan tinggalkan awak. 
saya dah cukup bertuah memiliki awak. =)
aku : terima kasih. =)
dia : kasih diterima. =D
aku : (^_^)



aku bersyukur kepada Ilahi kerana menemukan kami.
Terima kasih Ya Allah....

bersambung....