klik..klik...tabung kami...=D

Friday, December 28, 2012

END.

End.


Aku : jangan pergi main futsal dah.
Dia : saya dah lama tak main futsal kan...jangan la macam ni...
Aku : Baru minggu lepas tak main dah rasa lama?
Dia : Bila masa saya main futsal minggu lepas?
Aku : Baru minggu lepas Tak main dah rasa lama ke?
Dia : yela, bila masa main minggu lepas?
Aku : YER. BARU MINGGU LEPAS TAK MAIN DAH RASA LAMA KE? 
(sebut sepatah-sepatah, satu-satu setiap perkataan)
Dia : yang nak marah-marah ni kenapa?
Aku : diam.
Dia : saya tak nak dengar awak marah-marah macam ni. dah, jangan cakap dah.
Aku : (tepuk dada, cuba kawal suara) saya cakap, 
baru minggu..
Dia : (potong cakap aku) Cukup. Letak telefon. Jangan cakap apa-apa dah.
Aku : diam. (mata dah bergenang)
Dia : Letak telefon sekarang.
Aku : ok. (terus letak telefon)

End of Conversation.

End of Everythings.

End.







Cerita tamat.

Wednesday, December 26, 2012

15 Aug : I still wake him up for sahur…I don’t know why, I just feel can’t be apart from him even only for a while…

Marahku masih bersisa. aku tetap berkeras untuk tidak menjawab panggilan mahupun membalas pesanan ringkasnya. sampai masa untuk bersahur, hati aku sebak. mula memikirkan kedegilanku dan akibatnya pada dia.

"kalau aku tak kejut, entah-entah dia tak bangun sahur"

"kalau dia tak bangun sahur, larat ke nak kerja..."

akhirnya aku mengalah dan menghubunginya. dengar sahaja nada panggilan, hati aku berdebar-debar. sebaik dia mengangkat, air mataku menitis. ya, aku rindukan dia. rindu untuk mendengar suaranya, gelak tawanya, usik manjanya. dia dengar esakan aku.  

dia : saya minta maaf...
aku : takpe, saya maafkan. saya pun minta maaf. 
*teresak-esak*
dia : dah, dah. jangan nangis dah. jom sahur...
aku : ok. awak pun bangun terus tau, takut tertidur balik.
dia : yer sayang...



kami berbaik. sekelip mata sahaja. 
=)


bersambung...


Thursday, November 1, 2012

14 Aug : I’m going home, and asked whether he could come, he refused...=(


I’m going home, and asked whether he could come, he refused. Then I just asked for 3G…Maybe he need rest, but after he told me about he’s going out with his friend, that’s disappointed me a lot! We didn’t even had 3G as I asked, that’s double disappoinment
         
I didn’t reply his sms, didn’t pick up his call. Really down…


Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di Kuala Lumpur. Walaupun aku berat hati nak pulang ke kampung halaman kerana akan berada jauh dari dia, aku mesti pulang hari ini juga. Ibuku sudah rindu..=p

Oleh kerana peluang untuk berjumpa selepas ini agak tipis, aku meminta dia turun ke Kuala Lumpur menemankan aku di stesen bas sementara menunggu bas tiba. Aku sudah nyatakan, rela keluar awal beberapa jam dari masa yang tertera pada tiket asalkan dia sudi menemankan. Malangnya, dia menolak...=(

Aku bersangka baik dengan memikirkan dirinya yang mungkin mahu berehat di hujung minggu setelah penat bekerja. Aku tidak memaksa, sekadar bertanya walaupun agak kecewa. Sebagai ganti, aku meminta untuk membuat panggilan video sahaja. Dia bersetuju.

Tiba masa yang telah ditetapkan untuk aku menaiki bas, dia menghantar pesanan ringkas mengatakan akan keluar bersama teman serumah sebentar lagi. Aku terkejut bukan kepalang. Terkejut kerana dia menolak untuk menemani aku tetapi bersetuju untuk menemankan teman serumahnya mencari kasut. Kecewa yang aku rasa bukan sedikit! Tambahan pula, dia tidak membuat panggilan video seperti yang dijanjikan. Kecewa kuasa dua..!!

Terasa seperti mahu menghamburkan air mata ketika itu juga. Tetapi aku masih waras, masih mampu memikirkan keadaan ketika itu dan tempat aku berada. Masih mampu mengawal perasaan. Kerana terlalu kecewa, aku mematikan telefon tangan. Mahu membiarkan dia risau dan tercari-cari. Aku juga tidak bercadang untuk memaklumkan kepada dia setibanya aku di kampung. Biar dia penasaran.

Aku kecewa.


Bersambung........




Sunday, September 30, 2012

Dedikasi Istimewa Buat Awak Yang Jauh Di Mata..(^_~)

Awak,

saya bukan wanita yang paling baik

saya bukan wanita yang paling cantik
saya bukan wanita yang paling sopan
saya bukan wanita yang paling penyabar

saya sensitif
saya suka mengongkong
saya suka mengarah
saya banyak songeh
saya kuat membebel
saya mudah marah
saya cengeng
saya teruk
saya kuat merajuk
saya degil
saya panas baran
saya tak pemaaf

semua sifat ni, kontra dengan awak. kan.

bukan sekali dua saya hampir putus asa
berkali-kali
dan setiap kali itu jugaklah 
awak tak pernah jemu menunggu
awak tak pernah bosan menasihati
awak tak pernah bosan ulangi ayat

"saya tak boleh hidup tanpa cinta awak"

walaupun hakikatnya awak mampu
mampu miliki sesiapa pun yang awak mahu
tapi awak tetap pilih saya

di saat jarak kita dipisahkan dengan jarak beribu batu
saya katakan bahawa saya tak sekuat awak
awak katakan awak boleh jadi kekuatan saya
saya katakan saya lemah
awak katakan awak sanggup papah saya kalau perlu
asalkan perjalanan cerita kita tetap diteruskan

gambar yang awak hantar saat saya hampir putus asa dengan
cinta jarak jauh ni

kata awak, putus bukan penyelesaian

saya akui kata-kata ni

"kenapa awak pilih saya?"
saya selalu tanya awak soalan ni

"sebab awak yang terbaik untuk saya"
ini pula jawapan tetap awak

saya tak tahu terbaik di mata awak tu macam mana
apa yang saya tahu, awak dah buat saya jatuh cinta
awak buat saya jatuh cinta setiap hari
jatuh cinta yang punya pelbagai rasa
tapi pada orang yang sama

awak :)

dari hati ke hati,
30 September 2012
6.19 pm
Malaysia

Saturday, September 29, 2012

10 Aug : He got headache and slightly fever…I worried a lot, and realized how much I love him…=(

hari ini, dia mengadu pening kepala sebaik sahaja pulang dari tempat kerja. aku mula risau. dia jarang jatuh sakit. dia minta mahu tidur sebentar dan aku membiarkan. tidak mahu mengganggu. dia perlukan rehat mungkin.

lebih kurang pukul 6 petang, aku menelefonnya untuk mengejutkannya bangun menunaikan solat asar dan bersiap untuk berbuka. 

aku : awak, dah pukul 6 ni. awak belum asar kan..?
dia : a'ah...(suara lemah)
aku : kepala pening lagi?
dia : erm...berdenyut-denyut...rasa macam nak demam...
aku : awak mandi dulu, pastu solat. mana tau dah mandi nanti segar sikit badan tu...
dia : ok...thanks sayang...
aku : sama-sama...

risau aku makin bertambah. aku tak dapat tumpu pada apa yang aku buat sekarang. mujur juadah untuk berbuka sudah aku siapkan. hanya tunggu untuk dihidangkan. sambil duduk bersama sepupu-sepupu yang lain sambil menonton televisyen, fikiran aku melayang memikirkan dia. sungguh, aku risau.

selepas berbuka, aku bertanya lagi bagaimana keadaannya. dia memberikan jawapan yang tidak mengurangkan risau aku walau sedikit. keadaan masih sama. aku menyuruhnya makan ubat bersama air suam dan berehat. dia mengikut sahaja saranan aku. mungkin sudah tak larat menanggung sakit kepala.

aku membiarkan dia tidur sehingga azan isyak hampir dilaungkan. dia akan bersiap untuk ke masjid menunaikan solat terawih pada masa-masa begini. aku bertanya sama ada dia mahu ke masjid atau tidak. suaranya kedengaran semakin lemah. aku tidak sampai hati mahu memanjangkan bicara lalu menyuruhnya tidur kembali.

aku kembali mengejutkannya pada pukul 12.30 malam, menyuruhnya makan ubat dan solat isyak. pada kiraan aku, masa sekarang paling tepat untuk dia makan ubat kerana waktu terakhirnya ubat dimakan hampir enam jam yang lalu. dia menurut sahaja. usai solat isyak, dia kembali melelapkan mata. aku juga mahu tidur tetapi tidak lena kerana risaukan dia. aku memaksa diri untuk tidur kerana perlu bangkit awal untuk menyediakan juadah bersahur untuk keluarga mak cik. 

tepat pukul 5 pagi selepas aku selesai bersahur, aku menelefon dia untuk mengejutkannya bersahur pula. hati berdebar-debar. masih sakitkah dia?

aku : awak, bangun sahur...dah pukul 5 ni...
dia : ok...
aku : macam mana sekarang? sakit lagi?
dia : dah lega sikit. tak berdenyut sangat dah..
aku : alhamdu Lillah. lega saya dengar. lepas sahur makan ubat lagi tau.
biar betul-betul sihat nak pergi kerja kejap lagi..
dia : ok sayang. terima kasih untuk semuanya. bertuah saya dapat awak. pandai jaga saya..=)
aku : sama-sama sayang...=)

pujiannya membuat hatiku berbunga bahagia. aku buat semua itu bukan untuk pujian, sungguh. tapi kerana aku betul-betul risaukan dia. risau yang buat tidurku tak lena. dan saat ini aku semakin sedar bahawa sayang aku padanya semakin mendalam. 

.:semoga dia turut merasa begitu:. 
<3


bersambung....


Tuesday, September 25, 2012

1 Aug : its Ramadhan, and our 1st puasa together…=)

Rasa teruja yang amat, pertama kali kami menyambut bulan Ramadhan dan berpuasa bersama. bersama dalam erti kata aku ada dia dan dia ada aku. rutin mengejutkan dia masih berjalan bezanya, awal sedikit untuk bersahur. 

aku masih di rumah mak cik, menemannya berpuasa dan menolong membuat kerja-kerja rumah dari membasuh baju, menyidai, menghantar anak-anaknya ke sekolah sehingga menyediakan juadah berbuka. aku akui agak penat, tetapi kerana kasihankan mak cik, aku kuatkan juga. tetapi bulan puasa ini memberi aku peluang berehat semasa waktu tengahari kerana tidak perlu memasak makan tengahari. 

setiap hari, seawal jam 4.00 pagi aku sudah bangun untuk menyediakan juadah bersahur dan pukul 4.30, aku mengejutkan anak-anak mak cik merangkap sepupu-sepupuku sendiri. sangat menguji kesabaran kerana bukan mudah mengejutkan mereka yang seramai 3 orang dan semuanya anak teruna. mujur aku masih mampu bersabar...-_-"

tepat pukul5 pagi, aku akan pastikan semua keadaan di dapur bersih dan kemas sebelum masuk ke bilik. ada satu misi lagi. mengejutkan dia pula untuk bersahur. kadang-kala mudah, ada masanya payah, aku tetap mengejutkan sehingga dia bangun. aku mahu dia bersahur kerana dia bekerja dan memerlukan tenaga. 

untuk dia, aku akan lakukan apa sahaja. 


bersambung....

Monday, September 3, 2012

31 July : had our 3rd date, lunch at McD, sharing chicken porridge…=D went to Midvalley, spent time more than hour talking…it’s the most wonderful moment! (^_^)


3rd date


setelah berada di rumah mak cik selama 3 hari, aku memberanikan diri memberitahu mak cik tentang hasratku untuk berjumpa si dia. mak cik tidak banyak soal, sekadar mengatakan aku mesti mendapat kebenaran dari ibu terlebih dahulu. yang lain, dia tidak kisah. lepas mendapat lampu hijau daripada ibu, aku memutuskan untuk berjumpa si dia pada hari sabtu memandangkan dia bercuti.



pada mulanya, dia merancang untuk datang ke rumah mak cik dan keluar ke kawasan sekitar sahaja. namun memikirkan kami susah untuk bergerak kerana tiada pengangkutan sendiri, kami berjanji untuk berjumpa di bandar KL sahaja walaupun mak cik mempelawa untuk aku menggunakan keretanya. bukan apa, aku segan. biarlah terpaksa bersesak dalam Transit Aliran Ringan (LRT) sekejap asalkan dapat berjumpa si dia. dia akan datang dari Shah Alam, aku dari kawasan Gombak. tempat pertemuan, KL Sentral. set.



hari pertemuan, aku membawa adik sepupu sebagai teman. lagipun, aku kasihankan dia yang jarang keluar ke bandar kerana ayahnya sibuk bekerja. kalau keluar pun hanya ke kawasan sekitar tempat tinggal untuk membeli barang keperluan harian. jadi, aku membawanya bersamaku untuk berjumpa si dia. hihi. ayat macam pelik sikit. 



kami berjanji untuk berjumpa pukul 11 pagi. tapi aku sudah bersiap seawal 9 pagi lagi. teruja barangkali. dalam pukul 10.15 pagi, aku dan adik sepupu keluar menuju ke stesen LRT berhampiran dihantar oleh pak cik aku. semasa aku sedang menunggu tren sampai, aku menerima pesanan ringkas dari si dia.


" jangan keluar lagi, tunggu mesej saya baru keluar. lagi sejam baru tren saya sampai "
-dia-

" saya dah ada di stesen. kalau saya dah sampai saya tunngu awak. takpe. =) "
-aku-

senyum sekadar untuk memberitahu dia bahawa aku tidak kisah dia lambat. tidak mahu dia rasa bersalah. jarak kami bukan dekat, dia bukan sengaja mahu lambat. aku cuba faham. =)

setengah jam kemudian, aku tiba ke tempat yang dijanjikan. aku sudah mendapat pesanan ringkas darinya yang mengatakan dia hanya akan tiba dalam masa sejam. nak buat macam mana, ia di luar kuasa kami. aku berjalan-jalan dulu bersama adik sepupu dan membelikan dia makanan sekadar mengalas perut.

" saya dah sampai. awak kat mana? "
-dia-

cepatnya! lagi 15 minit sebelum pukul 12 tengahari. aku sudah mula tersenyum. seronok! setelah memberitahu lokasiku, aku hanya menunggu. debar dalam hati ALLAH saja yang tahu. dia mengejutkan aku dari belakang. sebaik sahaja berpaling, aku lihat dia sudah tersenyum memandangku. cair...~

kami membuat keputusan untuk menjamu selera terlebih dahulu sebelum kemana-mana kerana masing-masing sudah lapar. kami makan tengahari di McD. tempat kegemaran kami. =D

aku memesan bubur ayam kegemaranku dan dia memesan set 'Big Mac' kegemarannya. untuk adik sepupuku, semangkuk bubur ayam dan kentang goreng. aku sengaja memesan bubur ayam mangkuk besar kerana mahu berkongsi dengan dia. kebiasaannya semangkuk bubur ayam bersaiz sederhana sudah cukup membuat perutku kenyang. Selesai makan tengahari, kami berjalan ke stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk menuju ke Midvalley. Dia yang mencadangkan, aku hanya mengikut. Pergi kemana-mana pun aku tidak kisah asalkan bersama si dia. =)

sampai di Midvalley, kami sekadar berjalan-jalan tanpa tujuan sambil berbual-bual. Sedang rancak berbual, timbul rasa kasihan pada adik sepupu yang hanya mengikut rentak kami. Tentu dia bosan. Aku mencari idea untuk membuat dia rasa seronok. Aku terpandang satu pintu masuk ke taman permainan kanak-kanak yang diperbuat daripada belon gergasi. Aku mengajak dia ke sana untuk mambawa adik sepupuku bermain. Rata-rata pengunjung taman permainan itu terdiri daripada kaum cina. Tidak mengapalah.

Yuran masuk semahal RM50. Mujur penjaga atau pengiring tidak dikenakan sebarang bayaran. Setelah dipakaikan tanda pada pergelangan kami bertiga, adik sepupuku terus menuju ke taman permainan itu. Aku dan dia pula menuju ke kerusi yang telah disediakan khas untuk para penjaga. Kami berbual-bual dengan selesa. Sesekali aku dan dia bergilir-gilir menjenguk adik sepupuku bermain bagi memastikan dia tidak lepas dari pandangan kami. Bimbang juga terjadi sesuatu yang tidak diingini. Sedar tidak sedar, sudah sejam lebih kami berada di sini. Jarum jam sudah mencecah angka tiga. Dia mahu menunaikan solat. Aku memanggil adik sepupu dan bertanya sama ada dia sudah puas bermain atau belum. Dengan tersenyum, dia menganggukkan kepala. Dia memang pemalu. Keluar dari taman permainan itu, dia menuju ke surau manakala aku dan adik sepupu menuju ke tandas. Betulkan mekap! =p

Selesai sahaja, kami bergerak pulang ke KL Sentral menaiki KTM. Orang bertambah sesak. Kami berpecah kerana dia menyuruhku dan adik sepupu menaiki gerabak wanita. Aku hanya mengikut. Sebaik sahaja KTM sampai, orang ramai berpusu-pusu mahu masuk bertembung dengan orang ramai yang mahu keluar. Kerana terlalu ramai dan ada segelintir lelaki yang tidak tahu jantina sendiri yang mahu menaiki gerabak wanita ini, aku dan adik sepupu ketinggalan. Aku mula gelabah. Telefon tangan aku keluarkan dan menghubungi dia. Dia tidak mengangkat kerana terlalu ramai penumpang dan hanya menghantar pesanan ringkas. Aku memaklumkan tentang keadaan kami. Dia berjanji akan menghubungiku sebaik tiba di KL Sentral.

Dia : sayang, saya minta maaf tak dapat tolong sayang tadi…

Air mataku mula bergenang dan hampir menitis.

Dia : sayang jangan risau ek, tunggu je tren seterusnya. Dalam 40 minit lagi.
Saya minta maaf sekali lagi…
Aku : takpe, bukan salah awak. Ramai sangat orang tambahan ada lelaki yang masuk gerabak wanita. Sebab tu tak boleh berhimpit-himpit sangat..
Dia : lelaki? Teruknya, takde timbang rasa langsung. Kalau saya tau, saya tak suruh awak naik gerabak wanita tadi. Naik je dengan saya.
Aku : hihi, dah la. Saya ok je. Kita jumpa kejap lagi yek…=)
Dia : ok. Saya teman awak sampai tren sampai…=)

Tidak lama kemudian, tren seterusnya tiba. Aku tergesa-gesa mematikan talian tanpa sempat memaklumkan. Mahu bersedia untuk berhimpit. Tidak mahu ketinggalan lagi. Aku berjaya masuk bersama adik sepupuku. Kasihan dia terpaksa berhimpit. Ada penumpang yang prihatin memberitahu jangan tolak menolak kerana ada budak kecil. Dia merujuk kepada adik sepupuku. Terima kasih kuucapkan dengan tersenyum padanya.

Sesampainya kami di KL Sentral, aku melihat dia sedang terjengket-jengket meninjau ke dalam tren yang kami naiki tadi. Mungkin dia tidak perasankan kami. Aku mendapat idea nakal untuk mengejutkan dia. Aku dan adik sepupu berdiri di belakangnya tanpa bersuara. Sebaik sahaja tren tadi berlalu, kulihat dia mengeluarkan telefon tangan dan mendail nombor. Pasti mahu menghubungiku. Tiba-tiba dia berpaling dan mukanya Nampak terkejut dengan kehadiran kami. Aku hanya tersenyum. Kantoi!

Kami duduk di sebuah restoran dan memesan minuman panas. Masa terlalu cepat berlalu. Aku jadi sebak. Air mata mula bergenang di kelopak mataku. Aku menundukkan muka, tidak mahu dia melihat. Dia yang seakan memahami, menghulurkan tisu kepadaku.

Dia : sayang, tak nak macam ni. Ada masa nanti kita jumpa la lagi…
Aku : yer…tau…
Dia : saya nak solat asar sekejap yek. Awak tunggu di sini.
Jangan kemana-mana tau. =)
Aku : ok…

Mungkin dia mahu memberiku masa menenangkan diri. Setelah dia kembali semula, emosiku telah kembali stabil. Kami berbual-bual seketika sebelum dia menyuarakan mahu pulang awal. Aku dengan berat hati mengizinkan kerana memikirkan perjalanannya yang lebih jauh berbanding aku. Aku tidak mahu mementingkan diri. Kasihan juga padanya. Aku menyuruhnya pulang dahulu. Setelah mengucapkan selamat tinggal, aku melambai padanya sehingga saat dia hilang dari pandangan mataku. Setelah itu baru aku dan adik sepupu menuju ke stesen LRT untuk pulang. Perjalananku hanya mengambil masa 20 minit. Saat aku sampai di rumah, dia masih lagi berada dalam tren.

Walaupun perjalanan hari ini agak penat, tapi aku puas. Dapat berjumpa dia dan mengubat rasa rinduku padanya. Adik sepupuku juga Nampak puas kerana dari saat sampai ke rumah hingga sekarang, dia tidak berhenti-henti menceritakan pengalamannya bermain kepada abang-abangnya. Mujur aku ada mengambil beberapa keeping gambar sebagai bukti kerana abang-abangnya tidak mahu percaya. Budak-budak, cemburulah tu. Hehehe

Sehingga saat dan ketika ini, aku tidak pernah berhenti berdoa agar hubungan kami kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya sampai ke Syurga.
.Ameen.

Bersambung…


Tuesday, August 28, 2012

27 July : I went to KL, to my aunt’s…

aku ada mak cik yang tinggal di KL. walaupun jarak umur kami berbeza dan dia dah pun mempunyai 5 orang anak, kami sangat rapat. setiap kali cuti semester atau ada   kesempatan di hujung minggu, aku akan ke KL untuk menziarahinya. 


kali ini, aku ke rumahnya bukan setakat untuk berjumpanya, tetapi berjumpa dengan si dia. sambil menyelam minum air. hihi



aku ke KL seorang diri menaiki bas. memang sudah biasa berdikari begini. kalau pak cik aku tidak dapat menjemput aku di stesen bas, aku akan mencari jalan sendiri. tidak suka menyusahkan orang lain.


sesampainya aku di KL, dia orang pertama yang aku maklumkan. aku hanya menghantar pesanan ringkas kerana tahu dia sedang bekerja. 

" saya dah ada di KL..=) "
-aku-

" jarak kita semakin hampir sayang..=) "
-dia-

eh, cepat pula dia membalas. mungkin ada masa terluang. aku berhenti menghantar pesanan ringkas, tidak mahu mengganggu kosentrasinya bekerja. hanya tersenyum dalam hati. balasannya itu sudah cukup buat aku rasa bahagia. shah alam - KL. jarak yang paling dekat bagi kami setakat ini. rumitkan cerita kami? =)

sementara menunggu pak cik datang menjemput, aku mula merangka rancangan untuk berjumpa dengannya. mahu kemana, menaiki apa, makan dimana, pakai apa, apa yang mahu dibualkan...yang paling penting, apa yang akan aku katakan pada mak cik dan pak cik nanti. sudah menjadi kebiasaan, mahu kemana-mana pun aku akan meminta kebenaran terlebih dahulu. walaupun aku berada di kampus.
nak cakap apa yek nanti? erm.....


bersambung.....

Thursday, July 19, 2012

23 July : our 2nd date. He came here, to my hometown. We spent time watching harry potter, sharing pop corn, walk together…I almost cried when the time to apart come… but still, we had the best moment together!

Aku berterus terang padanya bahawa aku rindu. rindu untuk bertemu. walaupun kami berbual setiap hari melalui talian telefon, tetapi aku masih rindu. rindu untuk berbual sambil bertentang mata tanpa apa-apa sempadan atau halangan.


dia bersetuju untuk datang ke sini, ke kampung halamanku. bukan untuk bertemu dengan ibu bapaku, tetapi hanya bertemu dan meluangkan masa bersama. bukan dia tidak sudi untuk berjumpa dengan orang tuaku, tetapi ibuku yang masih belum bersedia.


aku : ibu, "dia" nak datang sini hujung minggu ni.
ibu : tak payah la, ibu belum bersedia.
aku : bukan datang nak jumpa ibu, tetapi jumpa kakak...
ibu : ooo...takpe la kalau macam tu..

mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia bertemu ibu. ibu belum bersedia mungkin kerana merasakan hubungan kami masih terlalu awal dan belum benar-benar serius. ibu belum tahu yang kami sudahpun merancang hingga ke jinjang pelamin, bukan main-main. insyaAllah, lain kali ibu pasti akan bersetuju untuk bertemu dia yang menjadi penghuni kalbuku. huhu

pada hari yang dijanjikan, aku memandu ke bandar untuk menjemputnya di stesen bas. dia yang dijangka tiba pada waktu zohor, terlewat kerana bas bergerak terlalu perlahan. aku ditemani adik perempuan. bukan aku yang meminta teman, tetapi dia yang memaksa untuk menemani aku. katanya, tidak mahu aku berdua-duaan dengan dia. terima kasih adik. hehe


that somebody is me =)
setibanya dia, jantungku berdegup kencang. mungkin kerana sudah lama tidak bertentang mata, terasa seperti baru pertama kali berjumpa. aku terus tersenyum padanya. kami ke pasaraya terdekat untuk menonton cerita Harry Potter seperti yang dijanjikan. kami berkongsi pop corn. hatiku berbunga bahagia. sungguh.

dalam perancanganku, bermacam-macam tempat ingin aku tunjukkan padanya, tetapi masa bergerak terlalu pantas. dia akan pulang menaiki bas pada pukul 12 tengah malam tetapi aku hanya boleh menemaninya sehingga pukul 10 sahaja kerana sudah berjanji dengan ibuku untuk pulang seawal mungkin. mujur adik perempuanku ada menemani, ibu tidak terlalu kalut menyuruhku pulang awal.

selepas maghrib, aku membawanya keliling bandar sambil berbual. angah memberi kami ruang dan mengalah dengan duduk di belakang sementara dia duduk di sebelahku, di kerusi penumpang. aku tidak mahu masa berjalan, tetapi apakan daya...

sampai masa untuk berpisah, hatiku 

sebak. air mata yang aku tahan tumpah jua. dia cuba menenangkanku dengan membuat lawak. aku hanya mampu tergelak kecil untuk menutup rasa sedih. tidak mahu dia risau. sampai saat dia hilang dari pandangan aku masih melambaikan tangan. selamat tinggal sayang, semoga berjumpa lagi. insyaAllah...



bersambung....

Monday, July 2, 2012

Juz progressing as usual, sometimes lovey-dovey, sometimes arguing… But still, he is the most perfect guy for me…(^_^)

Juz progressing as usual, sometimes lovey-dovey, sometimes arguing…
But still, he is the most perfect guy for me…
(^_^)



bersambung....

Sunday, April 15, 2012

1 Jun : he starts working as QC in Shah Alam… missed him! only at almost 8pm, he sms me…

hari yang dinanti-nanti tiba. bukan aku yang menanti, tetapi dia. kalau boleh, aku tidak mahu hari ini muncul. tidak mahu dia memulakan kerja. tidak mahu masa kami berhubung terbatas. tidak mahu hubungan kami menjadi renggang. dan yang paling aku takuti, tidak mahu ada perempuan lain mendekatinya di tempat kerja.


cemburu aku bukan sedikit.


tetapi dia tidak putus asa meyakinkan aku bahawa hanya aku yang dia mahu. dia tidak berhenti berjanji akan tetap berhubung seperti biasa walaupun sudah bekerja. dia juga berjanji akan tetap menghubungiku sekurang-kurangnya sekali sehari. apa lagi yang boleh aku katakan.


hari ini, hari pertama dia bekerja. waktu terasa begitu lambat bergerak bagi aku. katanya dia boleh pulang pada pukul 5, habis waktu pejabat. aku menunggu jam berdetik ke angka 5 dengan sabar. mataku tidak lepas dari memandang jam dinding.






tepat pukul 5, aku memegang telefon tangan, menunggu paling tidak pesanan ringkas dari dia mengatakan sudah mahu pulang. tetapi hampa.


dari angka 5, sudah beralih ke angka 7. tiada langsung khabar darinya. benarlah kata orang, penantian satu penyiksaan. air mata yang mula menitis, aku seka dengan jari. aku tetap akan menunggu dia. beberapa minit kemudia, dia menghantar pesanan ringkas kepadaku.


dia : awak...
aku : yer...
dia : awak, kejap yek. saya baru nak balik.
aku : baik...

serta-merta aku rasa bersalah. sangkaku dia sudah pulang tetapi terlupa memaklumkan kepadaku rupa-rupanya meleset. suaranya kedengaran penat. selang setengah jam kemudian, dia menghubungi aku.

dia : assalamualaikum...
aku : waalaikumussalam...dah sampai?
dia : dah...penat...
aku : lambatnya balik. banyak kerja?
dia : a'ah. hari pertama dah kena buat macam-macam...
aku : kesiannya...
awak rehatlah dulu. mandi, solat semua yek...
dia : baik. sayang awak sangat-sangat...
aku : sayang awak juga...


aku sudah dapat gambaran bagaimana hari-harinya selepas ini. dia tentu mengharapkan aku memahaminya. aku akan cuba memahaminya kerja dan tugasnya. aku akan berusaha demi hubungan kami. aku sayangkan dia.


bersambung....


Wednesday, April 4, 2012

11 May : I asked for time to think…but at evening, already miss each other. : we talked a lot that night…missed him!

kami masih dingin. dia terus-terusan memujuk, manakala aku diam membisu. lebih baik diam dari bercakap sesuatu yang akan melukakan perasaannya. 


aku akui, rasa sayang padanya tidak berkurang sedikitpun. mungkin kerana ego yang membuat aku terus membatu. aku cuba menyibukkan diri dengan kerja-kerja rumah, tidak mahu terlalu memikirkan dia. tapi bila sampai masa aku duduk sendiri, bayangan dia akan muncul dan membuat air mata aku mengalir dengan mudahnya. entah kenapa aku mesti menangis. rindukan dia mungkin.


aku mengambil keputusan untuk membalas pesanan ringkasnya yang sudah masuk berkali-kali. aku meminta masa untuk berfikir. berfikir tentang hubungan kami, kemana hala tuju dan kesudahannya. dia menghormati keputusan aku dan rela menunggu.


entah kenapa, petang itu aku rasa sayu. rindu padanya buat dadaku terasa sesak. aku masih sayangkan dia, dan aku sayangkan hubungan kami. 


aku : saya rindu...
dia : saya lebih-lebih rindu...
aku : minta maaf..
dia : awak tak salah. senyum..=)
aku : em...=)
dia : saya terlalu sayangkan awak..
sangat-sangat...
aku : saya pun..



tak mungkin hubungan kami akan berakhir begitu sahaja
tak mungkin sama sekali


bersambung....

Thursday, March 22, 2012

10 May : he told me about his past and that story really make me down…

sebelum ini, dia ada katakan mahu beritahu aku sesuatu. semasa di stesen bas tempoh hari, aku ada meminta dia menceritakan ketika itu juga, tetapi dia menolak. katanya, itu cerita semasa zaman dia "nakal-nakal" dahulu dan tidak mahu ceritakan pada aku secara empat mata kerana bimbang akan reaksi dan penerimaanku. aku tidak memaksa dia menceritakan dan hanya berbaik sangka. mungkin cerita biasa-biasa sahaja, hatiku terdetik.


hari ini, aku meminta dia menunaikan janji. memandangkan kami sudah berjauhan, utara-timur, dia tiada alasan untuk menolak dan mengambil keputusan untuk menceritakan kisah silam zaman "nakal-nakal" itu. aku mengharapkan dia akan menghubungi aku, tetapi dia meilih untuk bercerita melalui pesanan ringkas sahaja. 


" saya ada kenal seseorang semasa matrikulasi. kenal melalui laman sosial. lama kelamaan kami jadi rapat dan bersama. hampir setahun lebih, dia mengaku yang sudah jatuh hati kepada orang lain. saya pasrah..."

belum sempat aku hadam satu persatu apa yang dia sampaikan, satu lagi pesanan ringkas dari dia masuk. 

"pastu masa saya berpisah dengan yang pertama, tuhan hantarkan seseorang untuk ubati luka saya. kawan kepada kawan saya. dia hubungi saya lepas saya putus dengan yang pertama tu. kami bersama. tapi tak lama lepas tu, dia ada mengaku menduakan saya, dan dia pilih saya. masa tu perasaan saya dah jadi tawar, makin lama makin hilang. kami putus cara baik. lepas tu saya serik sampai saya jumpa  awak..."

hati yang tadi sudah retak kini mula hancur. kecewa yang amat, tidak tahu bagaimana untuk digambarkan. hanya yang melalui akan merasa.


terasa dikhianati. aku tidak mahukan hubungan ini. aku mahu menjadi yang pertama dalam hidupnya sebagaimana aku jadikan dia yang pertama dalam hidupku. aku tidak mahukan dia lagi. titik.


bersambung.......





Wednesday, March 14, 2012

8 May : our 1st date for almost an hour…(^_^) : he gave me a couple keychain, a very unique one…

selepas penat berjalan-jalan, kami singgah di sebuah restoran untuk makan tengahari. dia dan teman-temannya sudah terlebih dahulu tiba. aku dan yang lain kemudian. tiba-tiba teman-temanku yang lain berhenti di restoran bersebelahan dengan restoran tempat dia dan teman-temannya berada. aku sedikit kecewa kerana mahu makan sekali walaupun berlainan meja. aku mencari buah fikiran mahu membuat mereka berubah fikiran. akhirnya mereka membuat keputusan untuk makan bersama teman-teman lelaki yang lain. berjaya! (^_^)



meja perempuan bersebelahan dengan meja lelaki. aku duduk sebaris dengan dia, menyukarkan untuk aku curi-curi pandang. walaupun duduk setempat, sepatah perkataan pun tidak keluar antara kami. dia memilih untuk dia manakala aku berbual dengan teman-teman yang lain.


 tiket aku pada waktu malam. aku singgah menumpang di rumah seorang senior sebelum sampai masa untuk aku bertolak pulang. dia sudah berjanji mahu menemani aku di stesen bas kerana aku pulang kali ini berseorangan. rasa berdebar-debar kerana pertama kali kami akan duduk sekali dan bebas berbual-bual.


malam itu, senior aku menghantar aku ke stesen bas sejam lebih awal kerana ada seorang teman yang akan menaiki bas lebih awal dari aku. sementara menunggu dia sampai, aku serba tidak kena. bimbang tudung yang tidak terletak elok di kepala, bimbang pakaian yang aku kenakan nampak pelik di matanya, bimbang tiada topik untuk dibualkan, macam-macam yang aku fikirkan sehinggalah dia tiba di hadapanku.


belum sempat aku pelawa, dia sudah melabuhkan punggung di sebelahku. dia berpakaian serba ringkas. jeans, baju-T dan berselipar. serta-merta jantung aku mula berdegup tidak menentu. 


dia memulakan bicara, bertanyakan beberapa hal yang tidak penting. sekadar berbual kosong. aku mula rasa selesa dan kami berbual tanpa henti. macam-macam topik yang muncul tanpa dirancang. dia mempunyai karisma yang tersendiri dan mampu membuat aku cair setiap kali memandangnya terutama dari jarak dekat sebegini.


dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. segugus kunci dan rantainya. dia menunjukkan rantai kunci berbentuk screwdriver. ada dua. satu bermata biasa, satu bermata silang pangkah. katanya, hujung mata screwdriver itu umpama cas negatif dan positif. kerana itu dia membelinya selain bentuk rantai kunci pasangan yang lain dari yang lain. dia menyuruh aku memilih satu. aku memilih hujung mata berbentuk cas positif. pemberian yang kecil namun besar ertinya pada aku.


hampir sejam, bas aku tiba. itupun selepas dia memaklumkan. ikutkan hati aku, aku tidak mahu pulang. mahu terus berada di situ dan menghabiskan masa bersamanya. namun apakan daya, masa sentiasa mencemburui detik-detik yang indah. dia mengangkat beg pakaian aku dan menghantar aku sehingga ke pintu bas. aku naik dan mencari tempat duduk dalam keadaan mata yang sudah mula bergenang. sebaik sahaja aku duduk, aku memandang dia di bawah. 


hujan mula turun rintik-rintik, begitu juga dengan air mataku yang mula mengalir. aku menyembunyikan wajah di sebalik langsir. aku terima pesanan ringkas darinya.  


"jangan menangis sayang...insyaAllah kita akan jumpa lagi..."


air mata yang tadinya mampu ditahan, sekarang mengakir tanpa henti. aku tidak memandang ke arahnya langsung sehingga bas mula bergerak. dari celah-celah langsir, aku melihat dia melambaikan tangan. mungkin dia tahu aku melihat. 


dengan itu aku tahu, 
hubungan kami tidak akan terhenti sampai di sini sahaja.
aku yakin.


bersambung.....

Tuesday, March 13, 2012

8 May : I made handphone chain at bukit merah, with our name inside…

program kami tamat hari ini. sebelum pulang, kami beramai-ramai mahu bersiar-siar di bukit merah laketown resort. dia bersama teman-teman lelaki lain, aku bersama teman-teman perempuan. 







aku terlihat satu gerai yang menjual cenderamata unik. loket yang berbagai bentuk dan di dalamnya ada sebutir beras. uniknya, pada beras itu ada tulisan yang kita mahu. aku teringin untuk mengukir nama kami dalam pada beras itu. aku menghantar pesanan ringkas kepadanya mengatakan hasrat aku.




aku : teringin nak beli beras ni.
dia : nak tulis apa? =)
aku : tak tahu lagi. idea?
dia : nama kita...=)
aku : memang terfikir nak tulis nama kita.
boleh ke?
dia : mestilah boleh...=)
aku : ok...(^_^)

aku meminta pekedai itu menulis nama kami dan berhati-hati supaya tidak diketahui orang lain. kan sudah aku katakan, teman-teman lain tidak tahu-menahu tentang hubungan kami. masih mahu merahsiakan. setelah puas cuba merahsiakan, loket itu siap. aku membeli loket itu bersama rantai kunci telefon tangan, mudah untuk menggantung.

and he is the reason i'm breaking mine
(^_^)


aku tidak tahu sejauh mana kami akan pergi dengan hubungan ini, namun aku berharap, dengan adanya nama kami yang terukir bersama, kami akan kekal sehingga ke destinasi yang kami tuju. dengan izin-Nya.


doakan kami
(^_^)

bersambung.......



Monday, March 12, 2012

6,7,8, May : we’re together almost all the time…=)

sudah seminggu aku di rumah. bermakna, sudah seminggu juga kami berjauhan. tapi, hari ini, kami akan berjumpa di bawah satu program persatuan kami. sebenarnya, aku yang perlu mengikuti program ini. tapi dia mahu turut serta sebagai pemerhati. dapatlah kami bertemu. (^_^)


6 haribulan, aku tiba di kampus dan bertolak ke tempat program iaitu bukit merah selepas zohor. dia tidak bersama-sama kami kerana sudah berada di sana dari awal pagi dengan kawan-kawannya. mereka menghabiskan masa-masa terakhir bersama kerana masing-masing akan membawa haluan tersendiri. sudah tamat pengajian kan. sebelum tiba ke tempat yang dituju, kami singgah di sebuah restoran untuk makan malam. dia sudah pun menunggu semasa aku tiba. terlihat sahaja susuk tubuhnya dari jauh, aku sudah tersenyum bahagia...


di bukit merah, kami menginap di sebuah rumah 2 tingkat. kerana rumah yang agak besar, lelaki dan perempuan duduk sekali. pada mulanya aku agak keberatan, tetapi memandangkan akan ada pemantau kami bersama isteri dan anaknya duduk sekali, aku diamkan sahaja rasa tidak setuju. 


program bermula dari pagi hingga ke tengah malam. hanya berhenti untuk solat dan makan. tetapi semua acara dilakukan dalam rumah, tak penat sangat. lagi gembira ada kerana si dia depan mata sepanjang masa. ada masa, aku kan curi-curi pandang ke arahnya. bahagianya....(^_^)


A turut serta dalam program ni. aku cuba mengelakkan diri dari duduk berdekatan A kerana mahu menjaga hati si dia walaupun A sesekali cuba mendekati terutama ketika program berhenti seketika untuk rehat. sekarang, hati dia yang paling penting untuk aku jaga. 


7 haribulan, program berjalan seperti biasa dan jadual hari ini lebih padat dari semalam. aku mahu lebih fokus tetapi dia membuat aku sentiasa mahu memandang walaupun dia tidak memandang aku. perasan sendiri....




8 haribulan, hari terakhir. program tamat tengahari dan aku mengemas barang-barang yang ada di dapur. sedang aku mencuci pinggan mangkuk, A masuk ke dapur. melihat aku sedang mencuci, dia keluar ke ruang tamu dan mengumpul pinggan dan cawan kotor. A masuk ke dapur semula dan mula mahu berbual-bual. aku tidak selesa. tiba-tiba dia masuk ke ruang dapur. kiri si dia, kanan A. aku kekok. A terus keluar ke ruang tamu, meninggalkan aku bersama A. aku lega.


dia : awak balik malam ini kan?
aku : a'ah.
dia : bas pukul berapa?
aku : 11 malam. 
dia : saya temankan yer..
aku : tengok dahulu macam mana.
kalau ada kawan, tak perlu temankan. (walaupun nak sangat)
dia : ok...

(pertama kali berbual secara berhadapan)

dia keluar ke ruang tamu meninggalkan aku di dapur berseorangan. aku lekapkan tangan ke dada, degupan jantung aku tidak menentu. ketika berdua dengan A tadi, aku tidak rasakan apa-apa, tetapi bila bersama dengan dia, aku jadi tak menentu. pergerakan aku terbatas. bimbang ada yang tidak kena tentang diriku pada matanya. aku mahu kelihatan sempurna di hadapannya.


mungkin inilah yang dinamakan CINTA...
(^_^)

bersambung.......