klik..klik...tabung kami...=D

Sunday, April 15, 2012

1 Jun : he starts working as QC in Shah Alam… missed him! only at almost 8pm, he sms me…

hari yang dinanti-nanti tiba. bukan aku yang menanti, tetapi dia. kalau boleh, aku tidak mahu hari ini muncul. tidak mahu dia memulakan kerja. tidak mahu masa kami berhubung terbatas. tidak mahu hubungan kami menjadi renggang. dan yang paling aku takuti, tidak mahu ada perempuan lain mendekatinya di tempat kerja.


cemburu aku bukan sedikit.


tetapi dia tidak putus asa meyakinkan aku bahawa hanya aku yang dia mahu. dia tidak berhenti berjanji akan tetap berhubung seperti biasa walaupun sudah bekerja. dia juga berjanji akan tetap menghubungiku sekurang-kurangnya sekali sehari. apa lagi yang boleh aku katakan.


hari ini, hari pertama dia bekerja. waktu terasa begitu lambat bergerak bagi aku. katanya dia boleh pulang pada pukul 5, habis waktu pejabat. aku menunggu jam berdetik ke angka 5 dengan sabar. mataku tidak lepas dari memandang jam dinding.






tepat pukul 5, aku memegang telefon tangan, menunggu paling tidak pesanan ringkas dari dia mengatakan sudah mahu pulang. tetapi hampa.


dari angka 5, sudah beralih ke angka 7. tiada langsung khabar darinya. benarlah kata orang, penantian satu penyiksaan. air mata yang mula menitis, aku seka dengan jari. aku tetap akan menunggu dia. beberapa minit kemudia, dia menghantar pesanan ringkas kepadaku.


dia : awak...
aku : yer...
dia : awak, kejap yek. saya baru nak balik.
aku : baik...

serta-merta aku rasa bersalah. sangkaku dia sudah pulang tetapi terlupa memaklumkan kepadaku rupa-rupanya meleset. suaranya kedengaran penat. selang setengah jam kemudian, dia menghubungi aku.

dia : assalamualaikum...
aku : waalaikumussalam...dah sampai?
dia : dah...penat...
aku : lambatnya balik. banyak kerja?
dia : a'ah. hari pertama dah kena buat macam-macam...
aku : kesiannya...
awak rehatlah dulu. mandi, solat semua yek...
dia : baik. sayang awak sangat-sangat...
aku : sayang awak juga...


aku sudah dapat gambaran bagaimana hari-harinya selepas ini. dia tentu mengharapkan aku memahaminya. aku akan cuba memahaminya kerja dan tugasnya. aku akan berusaha demi hubungan kami. aku sayangkan dia.


bersambung....


5 comments:

  1. dah follow :)
    suke cerite akakk..
    act kte ade bnyk persamaan..
    lebey2 lg tang die first love kte,,
    tp kte bukan first love die..
    sampai skang kte jeles lg dgn ex2 die
    even die slalu ckp die cinte kte.. :')
    prempuan mmg camnie kan,,?

    ReplyDelete
  2. yea nadhirah, perempuan dan cemburu memang tak boleh dipisahkan..
    terima kasih atas komen..(^_^)

    ReplyDelete
  3. yer, jangan berprasangka buruk.. dia cari rezeki yg halal. doakan dia saja semoga di lindungi Allah sentiasa ;')

    ni email mas, fiqra91@gmail.com.. if nak fb pun boleh, http://www.facebook.com/sitinormasturaabdrokib

    salam ukhuwah ;)

    ReplyDelete
  4. Nice story... err Then What Happened?

    ReplyDelete
  5. Terlalu sibuk dengan peperiksaan akhir + blogspot dah tukar layout baru & tak sempat explore = tak update blog...
    maaf..-.-'

    ReplyDelete