klik..klik...tabung kami...=D

Saturday, September 29, 2012

10 Aug : He got headache and slightly fever…I worried a lot, and realized how much I love him…=(

hari ini, dia mengadu pening kepala sebaik sahaja pulang dari tempat kerja. aku mula risau. dia jarang jatuh sakit. dia minta mahu tidur sebentar dan aku membiarkan. tidak mahu mengganggu. dia perlukan rehat mungkin.

lebih kurang pukul 6 petang, aku menelefonnya untuk mengejutkannya bangun menunaikan solat asar dan bersiap untuk berbuka. 

aku : awak, dah pukul 6 ni. awak belum asar kan..?
dia : a'ah...(suara lemah)
aku : kepala pening lagi?
dia : erm...berdenyut-denyut...rasa macam nak demam...
aku : awak mandi dulu, pastu solat. mana tau dah mandi nanti segar sikit badan tu...
dia : ok...thanks sayang...
aku : sama-sama...

risau aku makin bertambah. aku tak dapat tumpu pada apa yang aku buat sekarang. mujur juadah untuk berbuka sudah aku siapkan. hanya tunggu untuk dihidangkan. sambil duduk bersama sepupu-sepupu yang lain sambil menonton televisyen, fikiran aku melayang memikirkan dia. sungguh, aku risau.

selepas berbuka, aku bertanya lagi bagaimana keadaannya. dia memberikan jawapan yang tidak mengurangkan risau aku walau sedikit. keadaan masih sama. aku menyuruhnya makan ubat bersama air suam dan berehat. dia mengikut sahaja saranan aku. mungkin sudah tak larat menanggung sakit kepala.

aku membiarkan dia tidur sehingga azan isyak hampir dilaungkan. dia akan bersiap untuk ke masjid menunaikan solat terawih pada masa-masa begini. aku bertanya sama ada dia mahu ke masjid atau tidak. suaranya kedengaran semakin lemah. aku tidak sampai hati mahu memanjangkan bicara lalu menyuruhnya tidur kembali.

aku kembali mengejutkannya pada pukul 12.30 malam, menyuruhnya makan ubat dan solat isyak. pada kiraan aku, masa sekarang paling tepat untuk dia makan ubat kerana waktu terakhirnya ubat dimakan hampir enam jam yang lalu. dia menurut sahaja. usai solat isyak, dia kembali melelapkan mata. aku juga mahu tidur tetapi tidak lena kerana risaukan dia. aku memaksa diri untuk tidur kerana perlu bangkit awal untuk menyediakan juadah bersahur untuk keluarga mak cik. 

tepat pukul 5 pagi selepas aku selesai bersahur, aku menelefon dia untuk mengejutkannya bersahur pula. hati berdebar-debar. masih sakitkah dia?

aku : awak, bangun sahur...dah pukul 5 ni...
dia : ok...
aku : macam mana sekarang? sakit lagi?
dia : dah lega sikit. tak berdenyut sangat dah..
aku : alhamdu Lillah. lega saya dengar. lepas sahur makan ubat lagi tau.
biar betul-betul sihat nak pergi kerja kejap lagi..
dia : ok sayang. terima kasih untuk semuanya. bertuah saya dapat awak. pandai jaga saya..=)
aku : sama-sama sayang...=)

pujiannya membuat hatiku berbunga bahagia. aku buat semua itu bukan untuk pujian, sungguh. tapi kerana aku betul-betul risaukan dia. risau yang buat tidurku tak lena. dan saat ini aku semakin sedar bahawa sayang aku padanya semakin mendalam. 

.:semoga dia turut merasa begitu:. 
<3


bersambung....


2 comments:

  1. Sweetnya. hehe. Harap hubungan kalian kekal ke Jannah.

    ReplyDelete
  2. ameen Ya Rabbal 'Alameen...
    terima kasih atas doanya ya..(^_^)

    ReplyDelete