klik..klik...tabung kami...=D

Thursday, March 22, 2012

10 May : he told me about his past and that story really make me down…

sebelum ini, dia ada katakan mahu beritahu aku sesuatu. semasa di stesen bas tempoh hari, aku ada meminta dia menceritakan ketika itu juga, tetapi dia menolak. katanya, itu cerita semasa zaman dia "nakal-nakal" dahulu dan tidak mahu ceritakan pada aku secara empat mata kerana bimbang akan reaksi dan penerimaanku. aku tidak memaksa dia menceritakan dan hanya berbaik sangka. mungkin cerita biasa-biasa sahaja, hatiku terdetik.


hari ini, aku meminta dia menunaikan janji. memandangkan kami sudah berjauhan, utara-timur, dia tiada alasan untuk menolak dan mengambil keputusan untuk menceritakan kisah silam zaman "nakal-nakal" itu. aku mengharapkan dia akan menghubungi aku, tetapi dia meilih untuk bercerita melalui pesanan ringkas sahaja. 


" saya ada kenal seseorang semasa matrikulasi. kenal melalui laman sosial. lama kelamaan kami jadi rapat dan bersama. hampir setahun lebih, dia mengaku yang sudah jatuh hati kepada orang lain. saya pasrah..."

belum sempat aku hadam satu persatu apa yang dia sampaikan, satu lagi pesanan ringkas dari dia masuk. 

"pastu masa saya berpisah dengan yang pertama, tuhan hantarkan seseorang untuk ubati luka saya. kawan kepada kawan saya. dia hubungi saya lepas saya putus dengan yang pertama tu. kami bersama. tapi tak lama lepas tu, dia ada mengaku menduakan saya, dan dia pilih saya. masa tu perasaan saya dah jadi tawar, makin lama makin hilang. kami putus cara baik. lepas tu saya serik sampai saya jumpa  awak..."

hati yang tadi sudah retak kini mula hancur. kecewa yang amat, tidak tahu bagaimana untuk digambarkan. hanya yang melalui akan merasa.


terasa dikhianati. aku tidak mahukan hubungan ini. aku mahu menjadi yang pertama dalam hidupnya sebagaimana aku jadikan dia yang pertama dalam hidupku. aku tidak mahukan dia lagi. titik.


bersambung.......





No comments:

Post a Comment