klik..klik...tabung kami...=D

Wednesday, March 14, 2012

8 May : our 1st date for almost an hour…(^_^) : he gave me a couple keychain, a very unique one…

selepas penat berjalan-jalan, kami singgah di sebuah restoran untuk makan tengahari. dia dan teman-temannya sudah terlebih dahulu tiba. aku dan yang lain kemudian. tiba-tiba teman-temanku yang lain berhenti di restoran bersebelahan dengan restoran tempat dia dan teman-temannya berada. aku sedikit kecewa kerana mahu makan sekali walaupun berlainan meja. aku mencari buah fikiran mahu membuat mereka berubah fikiran. akhirnya mereka membuat keputusan untuk makan bersama teman-teman lelaki yang lain. berjaya! (^_^)



meja perempuan bersebelahan dengan meja lelaki. aku duduk sebaris dengan dia, menyukarkan untuk aku curi-curi pandang. walaupun duduk setempat, sepatah perkataan pun tidak keluar antara kami. dia memilih untuk dia manakala aku berbual dengan teman-teman yang lain.


 tiket aku pada waktu malam. aku singgah menumpang di rumah seorang senior sebelum sampai masa untuk aku bertolak pulang. dia sudah berjanji mahu menemani aku di stesen bas kerana aku pulang kali ini berseorangan. rasa berdebar-debar kerana pertama kali kami akan duduk sekali dan bebas berbual-bual.


malam itu, senior aku menghantar aku ke stesen bas sejam lebih awal kerana ada seorang teman yang akan menaiki bas lebih awal dari aku. sementara menunggu dia sampai, aku serba tidak kena. bimbang tudung yang tidak terletak elok di kepala, bimbang pakaian yang aku kenakan nampak pelik di matanya, bimbang tiada topik untuk dibualkan, macam-macam yang aku fikirkan sehinggalah dia tiba di hadapanku.


belum sempat aku pelawa, dia sudah melabuhkan punggung di sebelahku. dia berpakaian serba ringkas. jeans, baju-T dan berselipar. serta-merta jantung aku mula berdegup tidak menentu. 


dia memulakan bicara, bertanyakan beberapa hal yang tidak penting. sekadar berbual kosong. aku mula rasa selesa dan kami berbual tanpa henti. macam-macam topik yang muncul tanpa dirancang. dia mempunyai karisma yang tersendiri dan mampu membuat aku cair setiap kali memandangnya terutama dari jarak dekat sebegini.


dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. segugus kunci dan rantainya. dia menunjukkan rantai kunci berbentuk screwdriver. ada dua. satu bermata biasa, satu bermata silang pangkah. katanya, hujung mata screwdriver itu umpama cas negatif dan positif. kerana itu dia membelinya selain bentuk rantai kunci pasangan yang lain dari yang lain. dia menyuruh aku memilih satu. aku memilih hujung mata berbentuk cas positif. pemberian yang kecil namun besar ertinya pada aku.


hampir sejam, bas aku tiba. itupun selepas dia memaklumkan. ikutkan hati aku, aku tidak mahu pulang. mahu terus berada di situ dan menghabiskan masa bersamanya. namun apakan daya, masa sentiasa mencemburui detik-detik yang indah. dia mengangkat beg pakaian aku dan menghantar aku sehingga ke pintu bas. aku naik dan mencari tempat duduk dalam keadaan mata yang sudah mula bergenang. sebaik sahaja aku duduk, aku memandang dia di bawah. 


hujan mula turun rintik-rintik, begitu juga dengan air mataku yang mula mengalir. aku menyembunyikan wajah di sebalik langsir. aku terima pesanan ringkas darinya.  


"jangan menangis sayang...insyaAllah kita akan jumpa lagi..."


air mata yang tadinya mampu ditahan, sekarang mengakir tanpa henti. aku tidak memandang ke arahnya langsung sehingga bas mula bergerak. dari celah-celah langsir, aku melihat dia melambaikan tangan. mungkin dia tahu aku melihat. 


dengan itu aku tahu, 
hubungan kami tidak akan terhenti sampai di sini sahaja.
aku yakin.


bersambung.....

No comments:

Post a Comment