klik..klik...tabung kami...=D

Wednesday, February 29, 2012

3 May : he sang me my favourite song, “relaku pujuk” =D

aku sangat meminati lagu-lagu nyanyian kumpulan Spider terutamnya Relaku Pujuk sehingga pernah berangan-angan akan muncul seorang lelaki yang menjadi seperti watak dalam lagu itu dan menyanyikan lagu ini untuk aku. angan-angan semasa aku masih di bangku sekolah menengah. 



Relaku Pujuk (Spider)

Dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya dan dipenjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa mengambang walau ku ditolak
Biar diuji kanan dan kiri 
Kau kan tetap ku miliki

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya

Usahlah kau bersedih
Dihadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu
Apakah kali ini
Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku

Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk


lagu yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang berusaha memenangi hati seorang wanita tanpa putus asa. dari apa yang aku faham, wanita itu mungkin fobia untuk bercinta dan susah untuk percaya pada lelaki. cerita yang sangat dekat dengan diri aku sendiri. 

tiba-tiba aku mahu mendengar dia menyanyikan lagu ini untuk aku. dia kan penyanyi peribadi aku. XD

aku : saya ada permintaan...=)
dia : apa dia? =)
aku : boleh tak nyanyikan saya satu lagu? =)
dia : banyak-banyak lagu pun takpe...=)
aku : satu je. lagu kegemaran saya. boleh? =)
dia : lagu apa? =)
aku : relaku pujuk...=)

dia mendiamkan diri. selang beberapa minit kemudian, dia menghubungi aku.

dia : dah sedia? 
aku : tadi buat apa? 
dia : cari karaoke yang ada lirik lagu ni.
aku : cepatnya...!
dia : saya nyanyi yer...


aku hanya mendiamkan diri dan menghayatinya. dia menyanyikan dengan penuh perasaan. seolah-olah lagu itu memang ditujukan untuk aku walaupun aku yang membuat permintaan. biarlah, asalkan dia hanya menyanyikan untuk aku seorang.

dia : tak sedap, susah nak tarik tinggi...=(
aku : sedap la, ok je awak tarik. kalah Tam Spider...=D
dia : hehehe...ye la tu...=)
aku : awak rakam suara boleh? saya nak simpan. =)
dia : lagi ni ke?
aku : relaku pujuk dengan selamat malam.
kalau rindu boleh dengar...=)
dia : boleh. nanti saya rakam yek...=)
aku : lepas tu saya nak gigibiru...=)
dia : gigibiru? tak faham.
aku : bluetooth la...=p
dia : =D


bagi aku, dia comel. 
(^_^)

bersambung.....

Tuesday, February 21, 2012

3 May : small quarrel, he jealous of him, again…

hari ini aku keluar dengan ibu dan ayah ke bandar, mahu selesaikan urusan yang tertangguh dengan bank. aku, ibu dan ayah sahaja. adik-adik yang lain ke sekolah. terasa seperti anak tunggal pula. biarlah, sudah biasa menjadi kakak sulung, apa salahnya ,menjadi tunggal pula. bila lagi boleh berangan kan. hehe


selesai urusan, kami minum pagi di sebuah restoran. aku memesan mee goreng mamak walaupun restoran itu diusahakan orang melayu tulen. di luar restoran, aku ternampak sebuah teksi lantas terfikir untuk bertanya si dia sesuatu. aku tahu jawapannya, tapi sengaja mahu bertanya dan mendengar sendiri jawapan darinya lantas mula menghantar pesanan ringkas kepadanya.


aku : awak, nak tanya sesuatu boleh?
dia : tanya apa?
aku : tak boleh la tu...
dia : boleh...=)
aku : saya kan selalu sampai U pagi sebelum subuh.
kan gelap lagi...
dia : yer...
aku : kalau A pelawa nak jemput saya, boleh tak?
dia : dia ada pelawa ke?
aku : dia selalu pelawa. kalau nak balik pun dia pelawa nak hantarkan ke stesen bas,
dah sampai pun dia ada pelawa nak jemput...
dia : kan selalu naik teksi...
aku : tau, tapi teksi kan bahaya...
dah la sorang-sorang...
dia : kalau ada orang nampak naik dengan dia macam mana?
tak pasal-pasal timbul gosip.
aku : kalau pilihan antara teksi dan dia,
mana yang awak pilih?
dia : teksi. 
aku : niat dia baik, sebab kesiankan saya
terpaksa naik teksi pagi-pagi buta. dia tau saya tak  berani sangat
cuma terpaksa je...
dia : saya tau dia baik. dia memang baik.
dia memang faham awak. saya je yang tak faham.
aku : bukan macam tu maksud saya...
dia : tak pe la. terpulang pada awak.
aku : saya naik teksi...
dia : awak dah tau jawapan saya, tapi kenapa masih nak bertanya?
aku : erm...


perbualan kami setakat itu sahaja. aku tahu dia terasa dengan sikap aku. A memang ada menaruh hati pada aku. dia pun tahu. sebab itu dia tidak mahu aku terima pelawaan A. dia cemburu barangkali. aku akui, walaupun dia beri keizinan, aku tetap tidak akan terima pelawaan A melainkan terpaksa. mungkin jika tidak ada langsung teksi ketika itu baru aku akan terima.


dari awal, A yang berusaha untuk mendekati aku tapi aku tetap tertarik pada dia. hati tidak boleh dipaksa bukan. walapun kami sudah hampir 5 bulan bersama, dia tetap cemburukan A. dia tetap masih terasa A yang lebih layak bergandingan dengan aku. dia tetap berasa dirinya banyak kekurangan berbanding A. aku tidak tahu bagaimana mahu meyakinkan bahawa dia adalah lelaki terbaik di mata aku.

setelah selesai urusan kami di bandar, kami terus pulang ke rumah. di rumah, aku ada terbaca satu artikel mengenai perhubungan. 

"lelaki sangat cemburu jika teman wanita mereka bercakap tentang lelaki lain. mereka tidak akan pernah bagi peluang pada lelaki lain untuk mendekati teman wanita mereka kerana mereka percaya, peluan walaupun sedikit akan membuahkan hasil. mereka tidak mahu teman wanita mereka dirampas lebih-lebih lagi oleh kawan mereka sendiri."

tiba-tiba aku rasa terharu, baru aku faham kenapa dia tetap menyuruh aku menaiki teksi walaupun teksi ternyata lebih berisiko berbanding kawan sendiri. dia tidak mahu memberikan peluang kepada orang yang sudah terang-terang mempunyai hati pada aku dan orang itu ialah kawan sendiri. aku faham sekarang.



aku : awak, saya minta maaf pasal tadi.
dia : tak mengapa, awak tak salah pun. saya yang salah.
aku : saya dah faham sekarang kenapa awak 
buat keputusan macam tu.
dia : em...awak naik teksi yek.
kalau tak berani, awak panggil (call) saya.
biar saya teman awak naik teksi.
aku : nak teman macam mana?
dia : saya tunggu awak sampai, awak naik teksi,
saya ikut awak dari belakang naik motor...=)
aku : tak perlu sampai macam tu.
dia : saya yang nak, nak teman awak...=)
aku : terima kasih...=)
dia : kasih diterima...=)


aku rasa bersalah. ternyata dia tetap risaukan keselamatan aku lebih dari yang aku tahu. betapa aku kurang mengenalinya. kadang-kala, aku yang berasa seperti tidak layak untuk bergandingan dengan lelaki sebaik dia. 


tapi untuk aku melepaskan, tidak sama sekali.


bersambung......

Friday, February 17, 2012

29 Apr : I told ma about us, felt down but he never stop trying to calm me

Musim peperiksaan telah berakhir bagi aku dan dia. peperiksaan kedua bagi aku dan terakhir bagi dia yang akan meninggalkan alam universiti setelah Projek Tahun Akhir (FYP) yang sedang disiapkannya selesai. aku sudah pun kembali ke kampung halaman di pantai timur manakala dia di utara. 

sebelum pulang, kami ada berjumpa sebentar kerana aku meminta dia membeli makanan di pasar malam walaupun aku tetap ke sana juga pada sebelah malamnya. apa boleh buat, hanya itu alasan yang ada untuk kami bertemu walaupun beberapa saat cuma. 

dia turut menitipkan pesan supaya aku memberitahu ibu perihal kami, lebih-lebih lagi kewujudan dia dalam hidup aku. katanya, biar ibu tahu supaya aku tidak akan dicarikan jodoh oleh keluarga. bimbang aku dikebas orang walaupun kemungkinan yang ada tidak lebih dari 5%. aku kan baru menghabiskan tahun pertama di universiti, masih berbaki 3  tahun. masakan ibu akan mencarikan aku jodoh dalam masa terdekat ini. tapi, permintaan dia aku turutkan juga.

malam itu, hanya ada aku dan ibu di dapur. aku menemankan ibu makan pada waktu yang sama, mencari detik yang sesuai untuk aku memulakan cerita. debar dalam hati usah dikata....

aku : ibu, kakak ada nak bagitahu sesuatu.
ibu : apa dia?
aku : ada orang minat kakak.
ibu : orang dah minat, nak buat macam mana.
bukan boleh halang.
aku : tapi kakak pun suka dia...
ibu : kalau dah suka, ketawa la. (ibu buat lawak -_-)
aku : kakak betul-betul ni...
ibu : habis tu, nak ibu buat apa?
aku : tak ada apa-apa, saja bagitahu ibu.
ibu : baru je masuk U, dah pandai nak cari pasangan.
perjalanan jauh lagi kan.
aku : dia dah habis, dah dapat kerja pun.
ibu : kakak percaya dia? dia dah kerja, bakal jumpa bermacam-macam orang.
boleh jamin ke dia akan setia?
aku : erm...dia yang suruh bagitahu.
takkan dia main-main pulak.
ibu : sekarang tengah suka memang la, semua manis.
aku : habis tu nak buat macam mana?
ibu : tumpu pelajaran dulu. ada jodoh, ada la.
aku : erm....


rasa kecewa yang teramat dengan penerimaan ibu. aku tahu, ibu berniat baik. tidak mahu aku kecewa di kemudian hari. tapi apa yang boleh aku buat, yang aku nampak sekarang cuma cerita kami dan aku tahu dia akan tetap setia dengan aku. cuma aku tidak tahu macam mana mahu yakinkan ibu. sedikit sebanyak kata-kata ibu buat aku berfikir. buat keyakinan aku mula berkurang, kepercayaan aku padanya mula rapuh.

aku : saya dah bagitahu ibu pasal kita.
dia : apa reaksi ibu?
aku : tak menghalang, tak menyuruh.
dia : terangkan boleh?

aku menceritakan butir-butir perbualan aku dan ibu kepada dia. ternyata dia turut rasa kecewa dengan pandangan ibu terhadapnya.

dia : habis tu sekarang macam mana?
aku : tak tahu.
dia : awak rasa?
aku : macam nak berhenti.
kata-kata ibu ada betulnya. awak akan bekerja disana,
saya pula belajar di sini.
dia : awak nak putus asa macam itu je?
aku : nak cakap apa lagi...
dia : awak kena percayakan saya. 
saya bekerja pun, awak tetap ada dalam hati saya.
mana mungkin saya akan pandang orang lain. 
tak logik.
aku : sekarang memang la...
dia : sekarang ke, dulu ke, akan datang ke, 
hati saya takkan berubah.
lagipun, tempat kerja saya nanti majoriti lelaki.
aku : tapi tetap ada perempuan.
dia : erm....awak kena yakin dengan saya.
saya betul-betul sayang awak,
nak hidup dengan awak...
aku : kita tak tahu apa akan jadi akan datang kan...
dia : takkan sebab kata-kata ibu, awak terus putus asa macam ni.
ini la namanya ujian, nak tak nak kena hadapi jugak.
bukan dengan berputus asa.
aku : saya tak kuat...
dia : saya kan ada, asalkan awak yakin dengan saya,
percayakan saya, saya akan tetap pertahankan cerita kita.
aku : terima kasih...
dia : kasih diterima...=)
aku : em...=)



betapa rapuhnya hati aku. walaupun aku hampir putus asa, namun dia tetap berusaha untuk meyakinkan aku kembali dan membuat sayang aku pasanya bertambah. 

semoga kami kekal 
ke akhirnya.

bersambung......

Thursday, February 16, 2012

24 Apr : 2nd gayut, he sang me songs, “biar bulan bicara”, “dealova”, “hapus aku” & “selamat malam” again…^_~

hari ini, aku bangun seperti biasa dan mengejutkan dia bangun untuk menunaikan solat subuh. dia sempat membalas terima kasih disertakan dengan senyum (smiley).


semasa sedang mengemas barang-barang kerana akan bercuti semester, dia menghubungi aku. aku mengangkat panggilannya menggunakan bebas-tangan (hands-free) dan meneruskan kerja sambil berbual. kemudian, aku terdengar seperti dia memasang lagu tanpa suara. rupa-rupanya, dia mahu berkaraoke dan meminta aku menemaninya. aku setuju dengan syarat, lagu yang akan dia nyanyikan mestilah berkisarkan cerita kami. tidak mahu lagu-lagu sedih. dia setuju. (^_^)


pada mulanya, dia menyanyikan lagu "biar bulan bicara". walaupun aku tidak berapa suka akan jalan cerita lagu itu, tetapi aku membiarkan kerana lagu ini merupakan salah satu lagu kegemarannya. 


lagu seterusnya, "Dealova", atas permintaan aku sendiri. dia menyanyikan dengan penuh perasaan. aku hanya tersenyum sambil mengemas barang-barang. tidak peduli akan teman sebilik yang mungkin mengatakan aku tidak betul kerana tersenyum tanpa sebab. XD


kemudian, "hapus aku". aku kurang tahu tentang jalan cerita lagu ini, namun tetap mendengar sampailah kepada bahagian, "yakinkan aku tuhan, dia bukan milikku...", aku meminta dia berhenti dan menyanyikan lagu lain. dia akur. aku cuma tidak mahu apa yang dia nyanyikan menjadi doa dan termakbul....


akhirnya, dia memujuk aku kembali dengan menyanyikan lagu "selamat malam" yang menjadi umpama lagu tema cerita kami. lagu tema? kerana lagu ini merupakan lagu pertama nyanyian dia untuk aku. (^_^)


kalau diikutkan, aku mahu meneruskan perbualan. biar berjam-jam, aku tidak kisah. tapi bila diingatkan ada teman-teman yang bertandang ke bilik aku, aku harus mendahulukan tetamu. tidak mahu mereka berkecil hati. 





terima kasih sayang
(^_^)


bersambung........

Tuesday, February 14, 2012

22 Apr : another long quarrel, I hate game!

sekejap panas, sekejap redup....
nanti baru sekejap panas, tiba-tiba terus hujan lebat....


permainan (game) bola kesukaannya, PES. aku tak pernah tahu kewujudan permainan video seumpama itu sebelum ini meskipun dua orang adik lelaki aku mempunyai minat yang sama dengan dia. tapi apa yang aku tahu, aku tidak suka PES. PES selalu jadi punca kami bermasam muka.


berbalas pesanan ringkas sudah jadi rutin kami. kadang kala, dia memulakan perbualan, mencari topik yang sesuai untuk dibualkan. kadang kala, itu kerja aku. berbalas pesanan ringkas sambil melakukan kerja lain sudah jadi kebiasaan bagi aku. aku akan pastikan pesanannya berbalas dengan segera, kerana tidak suka membuat dia tertunggu-tunggu walaupun aku tidak tahu sama ada dia menunggu atau tidak.


dan, dia lambat membalas pesanan ringkas yang aku kirim dengan alasan bermain permainan video terutama PES membuat aku jadi hilang sabar. aku menunggu balasannya sementara dia seronok bermain. aku tak dapat terima. sampai sekarang .(sesekali-dalam proses cuba terima kesukaannya)


dengan sebab itu, kami bermasam muka.


aku : awak buat apa? 
(mula rasa panas lain macam)
dia : duduk mengadap PC je. awak buat apa?
(taktik dia untuk ubah topik)
aku : main game ke?
dia : yer....
aku : lambat balas mesej sebab main game?
dia : minta maaf....
aku : memang game lagi penting kan.
dia : kenapa fikir macam tu.
awak lagi penting la...=(
aku : tak mengapa.
main la lagi.
dia : dah habis......
aku : main lagi. sampai puas.
dia : jangan cakap macam tu,
saya minta maaf...
aku : erm.

"erm" selalu jadi penghabisan ayat yang menunjukkan betul-betul marah atau terasa atau sedih. aku atau dia, kami sama-sama guna perkataan "erm" sebagai isyarat minta dipujuk dengan segera. (mungkin hanya aku berfikiran begitu)

dia memujuk, berkali-kali. namun aku yang memang sudah dikenali dengan keras hati, mengabaikan semua pesanan ringkas kirimannya. panggilannya juga aku biarkan tidak diangkat. semakin kerap dia memujuk, semakin mudah hati aku rasa sejuk. akhirnya, kami tetap berbaik dan saling meminta maaf walaupun ramai kaum lelaki akan mengatakan dia tidak salah, maka tidak perlu minta maaf. 


apa yang harus aku buat, sifat dia yang pemaaf dan mudah meminta maaf itulah yang menambat hati ini.
dan aku harap sifat itu tidak akan berubah sampai bila-bila.


INI




sebenarnya semasa aku membiarkan pujukan dia tidak dilayan, aku ada terjumpa sesuatu yang membuat aku bersyukur. (sepatutnya)








sekurang-kurangnya, dia tetap berusaha membalas pesanan ringkas kiriman aku walaupun sedang bermain permainan video, bola lebih-lebih lagi. dan dia setakat yang aku kenal, seorang yang sangat fokus. tentu susah baginya untuk berbalas pesanan ringkas sambil bermain bola (walau hanya sekadar permainan video). cuma aku yang tidak bersyukur. 

awak, 
saya minta maaf.

bersambung.......

Sunday, February 12, 2012

21 Apr : 2.42 am, he sang me a song “selamat malam” ^_~

petang tadi, perang dingin diakhiri dengan pujukan dia yang mampu membuat aku cair seperti cairnya seketul ais di tengah-tengah panas terik. sudah aku katakan, dia bukanlah pandai memujuk, namun kesungguhannya yang selalu membuat aku mengalah.




malam ini, kami kembali seperti sedia kala. dia tetap manis (seperti kata beberapa pelawat yang memberi komen =p) dan aku tetap seperti biasa.


malam, dia memberitahu tentang rancangan mahu menonton perlawanan bola seperti tempoh hari. aku tidak menghalang, tetapi tidak juga dengan sepenuh hati merelakan. aku hanya tidak mahu terlalu mengongkong, lebih-lebih lagi bola memang minatnya. 


seperti biasa, sebelum ke mana-mana dia akan memaklumkan kepada aku terlebih dahulu. perlawanan bola akan bermula pada pukul 2.45 pagi. tepat pukul 2.38 pagi, dia menghubungiku. aku yang sememangnya sudah terlelap, dengan mudahnya terjaga bagaikan tahu dia yang memanggil. 


dia : saya nak gerak dah ni, 
ada di tempat letak motor.
aku : hati-hati tau, jangan laju-laju. dah malam.
dia : baik. awak dah tidur ke?
aku : dah. =)
dia : maaf ganggu. 
aku : tak mengapa la...=)
dia : boleh tidur balik tak ni?
aku : boleh kot... =)
dia : biar saya dodoikan...=)
aku : wah...(^_^)


biarkan berlalu semua kepedihanmu
lelapkan matamu
biarkan mimpi membawamu
kemana kau mahu
selamat malam
tidurlah....sayangku....
siangkan tiba bercahaya
bermula baru....semua untukmu....


tubir mataku terasa panas. tiba-tiba ada air hangat yang mengalir di pipi. aku betul-betul tak sangka dia akan betul-betul mendodoikan dengan mendendangkan lagu. lagu seperti itu.


sungguh, aku terharu.
=')


bersambung......

Thursday, February 9, 2012

20 Apr : long quarrel…nite b4 until evening…=(

dalam satu perhubungan, perselisihan itu normal bukan? 


malam semalam, tak tahu apa punca kami bermasam muka. dari perbualan yang biasa, tiba-tiba jadi keruh. aku pula memang ego, tidak mahu mengalah walaupun dia sudah berkali-kali memohon maaf. betapa kerasnya hati aku. sudahnya, dia meminta masa untuk tenangkan diri. katanya kami perlu sama-sama sejukkan hati. 


pagi itu, aku tidak mengejutkannya bangun seperti biasa. marah masih bersisa dalam hati. walaupun terbit rasa menyesal kerana aku bukan orang yang pertama muncul dalam harinya hari ini.


sampai tengahari, aku mematikan talian telefon tangan. tidak mahu diganggu walaupun aku tahu tindakan aku hanya akan membuat dia risau. dia cuba menghubungiku melalui talian telefon tanganku yang kedua. aku tidak mengangkat. dia menghantar pesanan mengatakan aku tidak matang.




sehingga waktu petang, aku mula rasa bersalah. lebih-lebih lagi dia terus-terusan memujuk. sebetulnya, dia kurang mahir memujuk, tetapi kesungguhannya tidak harus aku sia-siakan. aku mengalah.




dia : kita berdamai ye...
aku : saya minta maaf...
dia : tak mengapa...=)
aku : erm.
dia : kenapa ni...
aku : hari ni saya bukan orang pertama
yang muncul dalam hari awak...
dia : awak tetap orang pertama...=)
aku : kenapa?
dia : sebab saya bangun je terus terfikirkan awak...=)
aku : em...(^_^)




dia sentiasa mahu menjaga hati aku, aku tahu itu. 


dan aku yakin, dia juga akan sentiasa mahu membahagiakan aku.



bersambung.....

Friday, February 3, 2012

19 Apr : he sang me a song, “Madulebah” ^_~

hari berlalu seperti biasa, tetap indah dan ceria. aku dan dia masing-masing cuba menyeimbangkan antara cerita kami dan pelajaran. dia lebih-lebih lagi kerana hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menamatkan pengajian selama 4 tahun ini. dia sudah berlari menghampiri garisan penamat, aku pula baru mula merangkak menuju penghujung itu. semoga perjalanan kami terus lancar dan dipermudahkan-Nya. ameen.


petang itu, dia menghantar pesanan ringkas bertanyakan khabarku. walhal baru pagi tadi dia bertanyakan perkara yang sama. tiada salah bertanya khabar walau beberapa kali pun, katanya. tanda kita mengambil berat, tambahnya lagi. aku mengiakan, hati berbunga. 


aku : awak buat apa?
dia : buat kerja sedikit sambil menyanyi. XD
aku : nak dengar awak menyanyi...=)
dia : boleh, boleh. XD
aku : yeay! =D
dia : tapi bukan sekarang, teman bilik ada.
segan.
aku : ala....
(pura-pura merajuk)
dia : nanti-nanti la ye...=)
aku : erm....

niatku hanya mahu pura-pura merajuk namun kadang-kala boleh bertukar serius bergantung pada keadaan. sama ada dia terus memujuk atau membiarkan. pilihan dia yang kedua biasanya akan membawa kepada rajuk yang panjang. dia tentukan. =p

tiba-tiba dia menghubungiku, pasti mahu memujuk. dia jarang mengambil pilihan kedua kerana tahu akibatnya. teruknya aku, kaki rajuk. mujur dia penyabar. 

dia : saya nak nyanyi ni, dah sedia? =)
aku : hah? awak kat mana ni?
dia : tepi tangga blok. =)
aku : betul ke nak nyanyi?
dia : mestilah, baru je gubah lirik ni tadi.
tajuk "adinda".
aku : em...(^_^)

walaupun dia bukan gangster. XD


dia mula menyanyi. baru sebaris, aku sudah tergelak. bukan kerana suaranya sumbang, tetapi kerana terlalu gembira. hati berdebar-debar usah dikata, rasa seperti sedang berada di awang-awangan. aku tidak dapat berhenti tertawa sehingga dia terpaksa menghentikan nyanyian. kemudian, dia memutuskan panggilan kerana bimbang ada yang terdengar nyanyiannya. tidak pasal-pasal jadi bahan ejekan rakan-rakan. lelaki...~



suaranya sedap. walaupun aku hanya sempat dengar sebaris lirik itu, namun sudah cukup merdu dan ada lenggok nadanya. timbul kesal kerana tidak mampu menahan rasa teruja dan membuatkan dia berhenti menyanyi. tidak mengapa, lain kali pasti ada lagi. aku berharap dalam diam.

ada dua perkara yang buat aku teruja sebenarnya. dia yang tidak menunggu lama untuk memujuk, dan kesanggupan untuk menyanyi untukku walaupun aku kenal sifatnya yang sangat pemalu. apa lagi yang aku mahu, dia sudah benar-benar menunjukkan kasihnya pada aku. =,)

tidak mampu berkata-kata
(speechless)


bersambung.....




Wednesday, February 1, 2012

15 Apr : 2.33 am, he suddenly phoned & before hang up, he told that he love me directly.

aku sedang dibuai mimpi dalam lena ketika dia menghubungi di talian telefon tanganku. dengan mata terpisat-pisat, aku mengangkat panggilannya. melihatkan nama pemanggil yang tertera, kantukku hilang serta-merta. kuasa cinta. XD


pada jam ini, dia mahu ke kedai restoran berhampiran kampus kami untuk menonton perlawanan bola sepak pasukan kegemarannya. mungkin aku pernah menyatakan sebelum ini dia peminat setia pasukan biru. pernah aku suarakan, tidak perlu berjaga semata-mata mahu menonton perlawanan bola namun dia tidak ambil kisah. lelaki dengan bola, mana mungkin dapat dipisahkan. aku akur, cuba untuk memahami minatnya.


aku sangkakan dia menghubungi semata-mata mahu memberi tahu tujuannya itu, namun ada kejutan lain rupanya. 


dia : awak, saya dah ada atas motor ni.
aku : hah, tunggang sambil berbual??
dia : belum bergerak la... =)
aku : em...hati-hati...=)
dia : baik. sayang awak.
(dalam nada berbisik, tetapi masih jelas)
aku : Aaaaaaaaaaa....~
dia : kenapa? =)
aku : tak ada apa-apa, cuma terkejut. =)
dia : em. pergi dulu. =)
aku : em. =)


bukankah aku pernah katakan, dia penuh dengan kejutan. walaupun dia pernah mengaku, tidak sukakan kejutan, tetapi tanpa sedar dia sendiri yang sering memberikan kejutan demi kejutan dalam cerita kami. 

terima kasih sayang
(",)


bersambung......