Musim peperiksaan telah berakhir bagi aku dan dia. peperiksaan kedua bagi aku dan terakhir bagi dia yang akan meninggalkan alam universiti setelah Projek Tahun Akhir (FYP) yang sedang disiapkannya selesai. aku sudah pun kembali ke kampung halaman di pantai timur manakala dia di utara.
sebelum pulang, kami ada berjumpa sebentar kerana aku meminta dia membeli makanan di pasar malam walaupun aku tetap ke sana juga pada sebelah malamnya. apa boleh buat, hanya itu alasan yang ada untuk kami bertemu walaupun beberapa saat cuma.
dia turut menitipkan pesan supaya aku memberitahu ibu perihal kami, lebih-lebih lagi kewujudan dia dalam hidup aku. katanya, biar ibu tahu supaya aku tidak akan dicarikan jodoh oleh keluarga. bimbang aku dikebas orang walaupun kemungkinan yang ada tidak lebih dari 5%. aku kan baru menghabiskan tahun pertama di universiti, masih berbaki 3 tahun. masakan ibu akan mencarikan aku jodoh dalam masa terdekat ini. tapi, permintaan dia aku turutkan juga.
malam itu, hanya ada aku dan ibu di dapur. aku menemankan ibu makan pada waktu yang sama, mencari detik yang sesuai untuk aku memulakan cerita. debar dalam hati usah dikata....
aku : ibu, kakak ada nak bagitahu sesuatu.
ibu : apa dia?
aku : ada orang minat kakak.
ibu : orang dah minat, nak buat macam mana.
bukan boleh halang.
aku : tapi kakak pun suka dia...
ibu : kalau dah suka, ketawa la. (ibu buat lawak -_-)
aku : kakak betul-betul ni...
ibu : habis tu, nak ibu buat apa?
aku : tak ada apa-apa, saja bagitahu ibu.
ibu : baru je masuk U, dah pandai nak cari pasangan.
perjalanan jauh lagi kan.
aku : dia dah habis, dah dapat kerja pun.
ibu : kakak percaya dia? dia dah kerja, bakal jumpa bermacam-macam orang.
boleh jamin ke dia akan setia?
aku : erm...dia yang suruh bagitahu.
takkan dia main-main pulak.
ibu : sekarang tengah suka memang la, semua manis.
aku : habis tu nak buat macam mana?
ibu : tumpu pelajaran dulu. ada jodoh, ada la.
aku : erm....
rasa kecewa yang teramat dengan penerimaan ibu. aku tahu, ibu berniat baik. tidak mahu aku kecewa di kemudian hari. tapi apa yang boleh aku buat, yang aku nampak sekarang cuma cerita kami dan aku tahu dia akan tetap setia dengan aku. cuma aku tidak tahu macam mana mahu yakinkan ibu. sedikit sebanyak kata-kata ibu buat aku berfikir. buat keyakinan aku mula berkurang, kepercayaan aku padanya mula rapuh.
aku : saya dah bagitahu ibu pasal kita.
dia : apa reaksi ibu?
aku : tak menghalang, tak menyuruh.
dia : terangkan boleh?
aku menceritakan butir-butir perbualan aku dan ibu kepada dia. ternyata dia turut rasa kecewa dengan pandangan ibu terhadapnya.
dia : habis tu sekarang macam mana?
aku : tak tahu.
dia : awak rasa?
aku : macam nak berhenti.
kata-kata ibu ada betulnya. awak akan bekerja disana,
saya pula belajar di sini.
dia : awak nak putus asa macam itu je?
aku : nak cakap apa lagi...
dia : awak kena percayakan saya.
saya bekerja pun, awak tetap ada dalam hati saya.
mana mungkin saya akan pandang orang lain.
tak logik.
aku : sekarang memang la...
dia : sekarang ke, dulu ke, akan datang ke,
hati saya takkan berubah.
lagipun, tempat kerja saya nanti majoriti lelaki.
aku : tapi tetap ada perempuan.
dia : erm....awak kena yakin dengan saya.
saya betul-betul sayang awak,
nak hidup dengan awak...
aku : kita tak tahu apa akan jadi akan datang kan...
dia : takkan sebab kata-kata ibu, awak terus putus asa macam ni.
ini la namanya ujian, nak tak nak kena hadapi jugak.
bukan dengan berputus asa.
aku : saya tak kuat...
dia : saya kan ada, asalkan awak yakin dengan saya,
percayakan saya, saya akan tetap pertahankan cerita kita.
aku : terima kasih...
dia : kasih diterima...=)
aku : em...=)
betapa rapuhnya hati aku. walaupun aku hampir putus asa, namun dia tetap berusaha untuk meyakinkan aku kembali dan membuat sayang aku pasanya bertambah.
semoga kami kekal
ke akhirnya.
bersambung......
awww.. :) semoga ke jinjang pelamin
ReplyDeleteameen...
ReplyDeletesemoga diperkenankan-Nya...(^_^)
Insya Allah , ada jodoh . (:
ReplyDeleteameen...
ReplyDeletesemoga diperkenankan-Nya...(^_^)