klik..klik...tabung kami...=D

Thursday, February 16, 2012

24 Apr : 2nd gayut, he sang me songs, “biar bulan bicara”, “dealova”, “hapus aku” & “selamat malam” again…^_~

hari ini, aku bangun seperti biasa dan mengejutkan dia bangun untuk menunaikan solat subuh. dia sempat membalas terima kasih disertakan dengan senyum (smiley).


semasa sedang mengemas barang-barang kerana akan bercuti semester, dia menghubungi aku. aku mengangkat panggilannya menggunakan bebas-tangan (hands-free) dan meneruskan kerja sambil berbual. kemudian, aku terdengar seperti dia memasang lagu tanpa suara. rupa-rupanya, dia mahu berkaraoke dan meminta aku menemaninya. aku setuju dengan syarat, lagu yang akan dia nyanyikan mestilah berkisarkan cerita kami. tidak mahu lagu-lagu sedih. dia setuju. (^_^)


pada mulanya, dia menyanyikan lagu "biar bulan bicara". walaupun aku tidak berapa suka akan jalan cerita lagu itu, tetapi aku membiarkan kerana lagu ini merupakan salah satu lagu kegemarannya. 


lagu seterusnya, "Dealova", atas permintaan aku sendiri. dia menyanyikan dengan penuh perasaan. aku hanya tersenyum sambil mengemas barang-barang. tidak peduli akan teman sebilik yang mungkin mengatakan aku tidak betul kerana tersenyum tanpa sebab. XD


kemudian, "hapus aku". aku kurang tahu tentang jalan cerita lagu ini, namun tetap mendengar sampailah kepada bahagian, "yakinkan aku tuhan, dia bukan milikku...", aku meminta dia berhenti dan menyanyikan lagu lain. dia akur. aku cuma tidak mahu apa yang dia nyanyikan menjadi doa dan termakbul....


akhirnya, dia memujuk aku kembali dengan menyanyikan lagu "selamat malam" yang menjadi umpama lagu tema cerita kami. lagu tema? kerana lagu ini merupakan lagu pertama nyanyian dia untuk aku. (^_^)


kalau diikutkan, aku mahu meneruskan perbualan. biar berjam-jam, aku tidak kisah. tapi bila diingatkan ada teman-teman yang bertandang ke bilik aku, aku harus mendahulukan tetamu. tidak mahu mereka berkecil hati. 





terima kasih sayang
(^_^)


bersambung........

No comments:

Post a Comment