klik..klik...tabung kami...=D

Monday, September 3, 2012

31 July : had our 3rd date, lunch at McD, sharing chicken porridge…=D went to Midvalley, spent time more than hour talking…it’s the most wonderful moment! (^_^)


3rd date


setelah berada di rumah mak cik selama 3 hari, aku memberanikan diri memberitahu mak cik tentang hasratku untuk berjumpa si dia. mak cik tidak banyak soal, sekadar mengatakan aku mesti mendapat kebenaran dari ibu terlebih dahulu. yang lain, dia tidak kisah. lepas mendapat lampu hijau daripada ibu, aku memutuskan untuk berjumpa si dia pada hari sabtu memandangkan dia bercuti.



pada mulanya, dia merancang untuk datang ke rumah mak cik dan keluar ke kawasan sekitar sahaja. namun memikirkan kami susah untuk bergerak kerana tiada pengangkutan sendiri, kami berjanji untuk berjumpa di bandar KL sahaja walaupun mak cik mempelawa untuk aku menggunakan keretanya. bukan apa, aku segan. biarlah terpaksa bersesak dalam Transit Aliran Ringan (LRT) sekejap asalkan dapat berjumpa si dia. dia akan datang dari Shah Alam, aku dari kawasan Gombak. tempat pertemuan, KL Sentral. set.



hari pertemuan, aku membawa adik sepupu sebagai teman. lagipun, aku kasihankan dia yang jarang keluar ke bandar kerana ayahnya sibuk bekerja. kalau keluar pun hanya ke kawasan sekitar tempat tinggal untuk membeli barang keperluan harian. jadi, aku membawanya bersamaku untuk berjumpa si dia. hihi. ayat macam pelik sikit. 



kami berjanji untuk berjumpa pukul 11 pagi. tapi aku sudah bersiap seawal 9 pagi lagi. teruja barangkali. dalam pukul 10.15 pagi, aku dan adik sepupu keluar menuju ke stesen LRT berhampiran dihantar oleh pak cik aku. semasa aku sedang menunggu tren sampai, aku menerima pesanan ringkas dari si dia.


" jangan keluar lagi, tunggu mesej saya baru keluar. lagi sejam baru tren saya sampai "
-dia-

" saya dah ada di stesen. kalau saya dah sampai saya tunngu awak. takpe. =) "
-aku-

senyum sekadar untuk memberitahu dia bahawa aku tidak kisah dia lambat. tidak mahu dia rasa bersalah. jarak kami bukan dekat, dia bukan sengaja mahu lambat. aku cuba faham. =)

setengah jam kemudian, aku tiba ke tempat yang dijanjikan. aku sudah mendapat pesanan ringkas darinya yang mengatakan dia hanya akan tiba dalam masa sejam. nak buat macam mana, ia di luar kuasa kami. aku berjalan-jalan dulu bersama adik sepupu dan membelikan dia makanan sekadar mengalas perut.

" saya dah sampai. awak kat mana? "
-dia-

cepatnya! lagi 15 minit sebelum pukul 12 tengahari. aku sudah mula tersenyum. seronok! setelah memberitahu lokasiku, aku hanya menunggu. debar dalam hati ALLAH saja yang tahu. dia mengejutkan aku dari belakang. sebaik sahaja berpaling, aku lihat dia sudah tersenyum memandangku. cair...~

kami membuat keputusan untuk menjamu selera terlebih dahulu sebelum kemana-mana kerana masing-masing sudah lapar. kami makan tengahari di McD. tempat kegemaran kami. =D

aku memesan bubur ayam kegemaranku dan dia memesan set 'Big Mac' kegemarannya. untuk adik sepupuku, semangkuk bubur ayam dan kentang goreng. aku sengaja memesan bubur ayam mangkuk besar kerana mahu berkongsi dengan dia. kebiasaannya semangkuk bubur ayam bersaiz sederhana sudah cukup membuat perutku kenyang. Selesai makan tengahari, kami berjalan ke stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk menuju ke Midvalley. Dia yang mencadangkan, aku hanya mengikut. Pergi kemana-mana pun aku tidak kisah asalkan bersama si dia. =)

sampai di Midvalley, kami sekadar berjalan-jalan tanpa tujuan sambil berbual-bual. Sedang rancak berbual, timbul rasa kasihan pada adik sepupu yang hanya mengikut rentak kami. Tentu dia bosan. Aku mencari idea untuk membuat dia rasa seronok. Aku terpandang satu pintu masuk ke taman permainan kanak-kanak yang diperbuat daripada belon gergasi. Aku mengajak dia ke sana untuk mambawa adik sepupuku bermain. Rata-rata pengunjung taman permainan itu terdiri daripada kaum cina. Tidak mengapalah.

Yuran masuk semahal RM50. Mujur penjaga atau pengiring tidak dikenakan sebarang bayaran. Setelah dipakaikan tanda pada pergelangan kami bertiga, adik sepupuku terus menuju ke taman permainan itu. Aku dan dia pula menuju ke kerusi yang telah disediakan khas untuk para penjaga. Kami berbual-bual dengan selesa. Sesekali aku dan dia bergilir-gilir menjenguk adik sepupuku bermain bagi memastikan dia tidak lepas dari pandangan kami. Bimbang juga terjadi sesuatu yang tidak diingini. Sedar tidak sedar, sudah sejam lebih kami berada di sini. Jarum jam sudah mencecah angka tiga. Dia mahu menunaikan solat. Aku memanggil adik sepupu dan bertanya sama ada dia sudah puas bermain atau belum. Dengan tersenyum, dia menganggukkan kepala. Dia memang pemalu. Keluar dari taman permainan itu, dia menuju ke surau manakala aku dan adik sepupu menuju ke tandas. Betulkan mekap! =p

Selesai sahaja, kami bergerak pulang ke KL Sentral menaiki KTM. Orang bertambah sesak. Kami berpecah kerana dia menyuruhku dan adik sepupu menaiki gerabak wanita. Aku hanya mengikut. Sebaik sahaja KTM sampai, orang ramai berpusu-pusu mahu masuk bertembung dengan orang ramai yang mahu keluar. Kerana terlalu ramai dan ada segelintir lelaki yang tidak tahu jantina sendiri yang mahu menaiki gerabak wanita ini, aku dan adik sepupu ketinggalan. Aku mula gelabah. Telefon tangan aku keluarkan dan menghubungi dia. Dia tidak mengangkat kerana terlalu ramai penumpang dan hanya menghantar pesanan ringkas. Aku memaklumkan tentang keadaan kami. Dia berjanji akan menghubungiku sebaik tiba di KL Sentral.

Dia : sayang, saya minta maaf tak dapat tolong sayang tadi…

Air mataku mula bergenang dan hampir menitis.

Dia : sayang jangan risau ek, tunggu je tren seterusnya. Dalam 40 minit lagi.
Saya minta maaf sekali lagi…
Aku : takpe, bukan salah awak. Ramai sangat orang tambahan ada lelaki yang masuk gerabak wanita. Sebab tu tak boleh berhimpit-himpit sangat..
Dia : lelaki? Teruknya, takde timbang rasa langsung. Kalau saya tau, saya tak suruh awak naik gerabak wanita tadi. Naik je dengan saya.
Aku : hihi, dah la. Saya ok je. Kita jumpa kejap lagi yek…=)
Dia : ok. Saya teman awak sampai tren sampai…=)

Tidak lama kemudian, tren seterusnya tiba. Aku tergesa-gesa mematikan talian tanpa sempat memaklumkan. Mahu bersedia untuk berhimpit. Tidak mahu ketinggalan lagi. Aku berjaya masuk bersama adik sepupuku. Kasihan dia terpaksa berhimpit. Ada penumpang yang prihatin memberitahu jangan tolak menolak kerana ada budak kecil. Dia merujuk kepada adik sepupuku. Terima kasih kuucapkan dengan tersenyum padanya.

Sesampainya kami di KL Sentral, aku melihat dia sedang terjengket-jengket meninjau ke dalam tren yang kami naiki tadi. Mungkin dia tidak perasankan kami. Aku mendapat idea nakal untuk mengejutkan dia. Aku dan adik sepupu berdiri di belakangnya tanpa bersuara. Sebaik sahaja tren tadi berlalu, kulihat dia mengeluarkan telefon tangan dan mendail nombor. Pasti mahu menghubungiku. Tiba-tiba dia berpaling dan mukanya Nampak terkejut dengan kehadiran kami. Aku hanya tersenyum. Kantoi!

Kami duduk di sebuah restoran dan memesan minuman panas. Masa terlalu cepat berlalu. Aku jadi sebak. Air mata mula bergenang di kelopak mataku. Aku menundukkan muka, tidak mahu dia melihat. Dia yang seakan memahami, menghulurkan tisu kepadaku.

Dia : sayang, tak nak macam ni. Ada masa nanti kita jumpa la lagi…
Aku : yer…tau…
Dia : saya nak solat asar sekejap yek. Awak tunggu di sini.
Jangan kemana-mana tau. =)
Aku : ok…

Mungkin dia mahu memberiku masa menenangkan diri. Setelah dia kembali semula, emosiku telah kembali stabil. Kami berbual-bual seketika sebelum dia menyuarakan mahu pulang awal. Aku dengan berat hati mengizinkan kerana memikirkan perjalanannya yang lebih jauh berbanding aku. Aku tidak mahu mementingkan diri. Kasihan juga padanya. Aku menyuruhnya pulang dahulu. Setelah mengucapkan selamat tinggal, aku melambai padanya sehingga saat dia hilang dari pandangan mataku. Setelah itu baru aku dan adik sepupu menuju ke stesen LRT untuk pulang. Perjalananku hanya mengambil masa 20 minit. Saat aku sampai di rumah, dia masih lagi berada dalam tren.

Walaupun perjalanan hari ini agak penat, tapi aku puas. Dapat berjumpa dia dan mengubat rasa rinduku padanya. Adik sepupuku juga Nampak puas kerana dari saat sampai ke rumah hingga sekarang, dia tidak berhenti-henti menceritakan pengalamannya bermain kepada abang-abangnya. Mujur aku ada mengambil beberapa keeping gambar sebagai bukti kerana abang-abangnya tidak mahu percaya. Budak-budak, cemburulah tu. Hehehe

Sehingga saat dan ketika ini, aku tidak pernah berhenti berdoa agar hubungan kami kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya sampai ke Syurga.
.Ameen.

Bersambung…


4 comments:

  1. jangan sedih ya. semua tu mainan dunia. awak dan dia sudah rancang utk bernikah, doa tiap hari ya moga Allah permudahkan urusan kalian. mas doakan. amin ;)

    ReplyDelete
  2. terima kasih ya Mas. semoga urusan pernikahan Mas & Afiq berjalan lancar juga. ameen. =)
    sayang Mas..;)

    ReplyDelete