klik..klik...tabung kami...=D

Sunday, December 4, 2011

20 Mac: I cried a lot, thinking he might leave me, but he won’t... =‘)

hari ini, aku ada satu perjumpaan di kafe. kafe yang terletak berdekatan dengan blok kediaman dia. aku harus melintasi bilik dia sebelum sampai ke kafe itu. semasa menuju ke kafe itu bersama seorang rakan, S yang turut mengenali dia tetapi tidak tahu-menahu tentang kami, kebetulan dia turut melalui tempat yang sama. 

kami berselisih. dia memandang ke arah kami dan tersenyum. aku yang ketika itu berada di belakang S turut tersenyum. tiba-tiba S menepuk bahuku sambil tersenyum lebar menahan tawa. rupa-rupanya S menyangka dia senyum padanya. baru aku tahu S menaruh hati dalam diam. aku hanya senyum pada S.

sambil itu, aku menghantar pesanan ringkas kepada dia menceritakan kejadian tadi. aku menyalahkan dia kerana senyum pada S dan dia berkeras mengatakan dia tiada niat begitu, senyum hanya kerana terlalu gembira terserempak denganku. aku tetap menyalahkan dia. dia hanya meminta maaf. berkali-kali. aku mendiamkan diri tanpa balasan. dia juga tidak menghantar apa-apa pesanan lagi selepas itu.

kemudian, aku tidak sedap hati. rasa bersalah membuat aku menghantar pesanan ringkas meminta maaf kerana terlalu emosi berdepan dengan situasi begitu. dia tidak membalas. aku mula gelisah, tidak senang duduk. aku cuba menghubunginya, tetapi tiada jawapan. macam-macam perkara bermain dalam fikiran ketika ini. 

awak...mana awak...saya minta maaf...='(




ke mana dia menghilang?
mungkin dia bosan dengan sikapku
mungkin dia mahu lari dariku
mungkin kesabarannya sudah sampai tahap maksima
mungkin dia perlukan ruang untuk bersahaja
mungkin dia hanya mahu menjernihkan keadaan 
dengan mendiamkan diri.....  




aku menghubunginya berkali-kali, tanpa henti. dari selepas zohor sehingga hampir asar, sambil menangis. baru aku sedar betapa kehadiran dia sangat penting dalam hidup aku sekarang. aku betul-betul perlukan dia...='(



ketika hampir maghrib, aku terima mesej dari dia. tergesa-gesa aku membacanya.

"awak, maaf...saya tertido..jangan nangis sebab saya...=("

betapa leganya aku rasa ketika ini....
aku meminta maaf kepadanya dan meminta dia segera menunaikan solat asar dahulu kerana hampir masuk waktu maghrib, dengan tersenyum. dia turut tersenyum.

selepas maghrib, aku menceritakan betapa risau yang aku rasa kerana menyangka dia akan meninggalkan aku. dia hanya tergelak.

dia : tak ada sebab saya nak tinggalkan awak.
awak yang terbaik untuk saya. =)
aku : mana la tahu, mungkin dah bosan dengan kerenah saya.
dia : saya tak pernah bosan la. jangan sesekali fikir
saya akan tinggalkan awak. 
saya dah cukup bertuah memiliki awak. =)
aku : terima kasih. =)
dia : kasih diterima. =D
aku : (^_^)



aku bersyukur kepada Ilahi kerana menemukan kami.
Terima kasih Ya Allah....

bersambung....

6 comments:

  1. percaya atau tidak. setiap post anda sudah habis saya baca.

    perasaan itu memang indah.cukup indah. have a faith.

    ReplyDelete
  2. tak sangka akan ada yang membaca coretan ini.
    (^_^)
    terima kasih atas lawatan dan komen. cukup terharu...=')

    ReplyDelete
  3. apabila sye terbaca ~~ rse bersyukur org sekeliling rse nikmat bahagia..walaupn sye bese..bersyukur la di ats kurniaan-Nya pd kamoo

    ReplyDelete
  4. sea lavender, setiap orang ada kebahagiaan masing-masing. terpulang pada kita bagaimana cara untuk nikmati kebahagiaan itu..
    saya percaya kamu juga ada masa bahagia tersendiri yang tidak saya miliki...(^_^)

    ReplyDelete
  5. benar kata kamoo~~ sye akui kebahagiaan dn ketenangan sye hadir apabila sye snantiasa bersama-Nya

    ReplyDelete
  6. sesungguhnya itulah erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya...(^_^)

    ReplyDelete