klik..klik...tabung kami...=D

Thursday, March 22, 2012

10 May : he told me about his past and that story really make me down…

sebelum ini, dia ada katakan mahu beritahu aku sesuatu. semasa di stesen bas tempoh hari, aku ada meminta dia menceritakan ketika itu juga, tetapi dia menolak. katanya, itu cerita semasa zaman dia "nakal-nakal" dahulu dan tidak mahu ceritakan pada aku secara empat mata kerana bimbang akan reaksi dan penerimaanku. aku tidak memaksa dia menceritakan dan hanya berbaik sangka. mungkin cerita biasa-biasa sahaja, hatiku terdetik.


hari ini, aku meminta dia menunaikan janji. memandangkan kami sudah berjauhan, utara-timur, dia tiada alasan untuk menolak dan mengambil keputusan untuk menceritakan kisah silam zaman "nakal-nakal" itu. aku mengharapkan dia akan menghubungi aku, tetapi dia meilih untuk bercerita melalui pesanan ringkas sahaja. 


" saya ada kenal seseorang semasa matrikulasi. kenal melalui laman sosial. lama kelamaan kami jadi rapat dan bersama. hampir setahun lebih, dia mengaku yang sudah jatuh hati kepada orang lain. saya pasrah..."

belum sempat aku hadam satu persatu apa yang dia sampaikan, satu lagi pesanan ringkas dari dia masuk. 

"pastu masa saya berpisah dengan yang pertama, tuhan hantarkan seseorang untuk ubati luka saya. kawan kepada kawan saya. dia hubungi saya lepas saya putus dengan yang pertama tu. kami bersama. tapi tak lama lepas tu, dia ada mengaku menduakan saya, dan dia pilih saya. masa tu perasaan saya dah jadi tawar, makin lama makin hilang. kami putus cara baik. lepas tu saya serik sampai saya jumpa  awak..."

hati yang tadi sudah retak kini mula hancur. kecewa yang amat, tidak tahu bagaimana untuk digambarkan. hanya yang melalui akan merasa.


terasa dikhianati. aku tidak mahukan hubungan ini. aku mahu menjadi yang pertama dalam hidupnya sebagaimana aku jadikan dia yang pertama dalam hidupku. aku tidak mahukan dia lagi. titik.


bersambung.......





Wednesday, March 14, 2012

8 May : our 1st date for almost an hour…(^_^) : he gave me a couple keychain, a very unique one…

selepas penat berjalan-jalan, kami singgah di sebuah restoran untuk makan tengahari. dia dan teman-temannya sudah terlebih dahulu tiba. aku dan yang lain kemudian. tiba-tiba teman-temanku yang lain berhenti di restoran bersebelahan dengan restoran tempat dia dan teman-temannya berada. aku sedikit kecewa kerana mahu makan sekali walaupun berlainan meja. aku mencari buah fikiran mahu membuat mereka berubah fikiran. akhirnya mereka membuat keputusan untuk makan bersama teman-teman lelaki yang lain. berjaya! (^_^)



meja perempuan bersebelahan dengan meja lelaki. aku duduk sebaris dengan dia, menyukarkan untuk aku curi-curi pandang. walaupun duduk setempat, sepatah perkataan pun tidak keluar antara kami. dia memilih untuk dia manakala aku berbual dengan teman-teman yang lain.


 tiket aku pada waktu malam. aku singgah menumpang di rumah seorang senior sebelum sampai masa untuk aku bertolak pulang. dia sudah berjanji mahu menemani aku di stesen bas kerana aku pulang kali ini berseorangan. rasa berdebar-debar kerana pertama kali kami akan duduk sekali dan bebas berbual-bual.


malam itu, senior aku menghantar aku ke stesen bas sejam lebih awal kerana ada seorang teman yang akan menaiki bas lebih awal dari aku. sementara menunggu dia sampai, aku serba tidak kena. bimbang tudung yang tidak terletak elok di kepala, bimbang pakaian yang aku kenakan nampak pelik di matanya, bimbang tiada topik untuk dibualkan, macam-macam yang aku fikirkan sehinggalah dia tiba di hadapanku.


belum sempat aku pelawa, dia sudah melabuhkan punggung di sebelahku. dia berpakaian serba ringkas. jeans, baju-T dan berselipar. serta-merta jantung aku mula berdegup tidak menentu. 


dia memulakan bicara, bertanyakan beberapa hal yang tidak penting. sekadar berbual kosong. aku mula rasa selesa dan kami berbual tanpa henti. macam-macam topik yang muncul tanpa dirancang. dia mempunyai karisma yang tersendiri dan mampu membuat aku cair setiap kali memandangnya terutama dari jarak dekat sebegini.


dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. segugus kunci dan rantainya. dia menunjukkan rantai kunci berbentuk screwdriver. ada dua. satu bermata biasa, satu bermata silang pangkah. katanya, hujung mata screwdriver itu umpama cas negatif dan positif. kerana itu dia membelinya selain bentuk rantai kunci pasangan yang lain dari yang lain. dia menyuruh aku memilih satu. aku memilih hujung mata berbentuk cas positif. pemberian yang kecil namun besar ertinya pada aku.


hampir sejam, bas aku tiba. itupun selepas dia memaklumkan. ikutkan hati aku, aku tidak mahu pulang. mahu terus berada di situ dan menghabiskan masa bersamanya. namun apakan daya, masa sentiasa mencemburui detik-detik yang indah. dia mengangkat beg pakaian aku dan menghantar aku sehingga ke pintu bas. aku naik dan mencari tempat duduk dalam keadaan mata yang sudah mula bergenang. sebaik sahaja aku duduk, aku memandang dia di bawah. 


hujan mula turun rintik-rintik, begitu juga dengan air mataku yang mula mengalir. aku menyembunyikan wajah di sebalik langsir. aku terima pesanan ringkas darinya.  


"jangan menangis sayang...insyaAllah kita akan jumpa lagi..."


air mata yang tadinya mampu ditahan, sekarang mengakir tanpa henti. aku tidak memandang ke arahnya langsung sehingga bas mula bergerak. dari celah-celah langsir, aku melihat dia melambaikan tangan. mungkin dia tahu aku melihat. 


dengan itu aku tahu, 
hubungan kami tidak akan terhenti sampai di sini sahaja.
aku yakin.


bersambung.....

Tuesday, March 13, 2012

8 May : I made handphone chain at bukit merah, with our name inside…

program kami tamat hari ini. sebelum pulang, kami beramai-ramai mahu bersiar-siar di bukit merah laketown resort. dia bersama teman-teman lelaki lain, aku bersama teman-teman perempuan. 







aku terlihat satu gerai yang menjual cenderamata unik. loket yang berbagai bentuk dan di dalamnya ada sebutir beras. uniknya, pada beras itu ada tulisan yang kita mahu. aku teringin untuk mengukir nama kami dalam pada beras itu. aku menghantar pesanan ringkas kepadanya mengatakan hasrat aku.




aku : teringin nak beli beras ni.
dia : nak tulis apa? =)
aku : tak tahu lagi. idea?
dia : nama kita...=)
aku : memang terfikir nak tulis nama kita.
boleh ke?
dia : mestilah boleh...=)
aku : ok...(^_^)

aku meminta pekedai itu menulis nama kami dan berhati-hati supaya tidak diketahui orang lain. kan sudah aku katakan, teman-teman lain tidak tahu-menahu tentang hubungan kami. masih mahu merahsiakan. setelah puas cuba merahsiakan, loket itu siap. aku membeli loket itu bersama rantai kunci telefon tangan, mudah untuk menggantung.

and he is the reason i'm breaking mine
(^_^)


aku tidak tahu sejauh mana kami akan pergi dengan hubungan ini, namun aku berharap, dengan adanya nama kami yang terukir bersama, kami akan kekal sehingga ke destinasi yang kami tuju. dengan izin-Nya.


doakan kami
(^_^)

bersambung.......



Monday, March 12, 2012

6,7,8, May : we’re together almost all the time…=)

sudah seminggu aku di rumah. bermakna, sudah seminggu juga kami berjauhan. tapi, hari ini, kami akan berjumpa di bawah satu program persatuan kami. sebenarnya, aku yang perlu mengikuti program ini. tapi dia mahu turut serta sebagai pemerhati. dapatlah kami bertemu. (^_^)


6 haribulan, aku tiba di kampus dan bertolak ke tempat program iaitu bukit merah selepas zohor. dia tidak bersama-sama kami kerana sudah berada di sana dari awal pagi dengan kawan-kawannya. mereka menghabiskan masa-masa terakhir bersama kerana masing-masing akan membawa haluan tersendiri. sudah tamat pengajian kan. sebelum tiba ke tempat yang dituju, kami singgah di sebuah restoran untuk makan malam. dia sudah pun menunggu semasa aku tiba. terlihat sahaja susuk tubuhnya dari jauh, aku sudah tersenyum bahagia...


di bukit merah, kami menginap di sebuah rumah 2 tingkat. kerana rumah yang agak besar, lelaki dan perempuan duduk sekali. pada mulanya aku agak keberatan, tetapi memandangkan akan ada pemantau kami bersama isteri dan anaknya duduk sekali, aku diamkan sahaja rasa tidak setuju. 


program bermula dari pagi hingga ke tengah malam. hanya berhenti untuk solat dan makan. tetapi semua acara dilakukan dalam rumah, tak penat sangat. lagi gembira ada kerana si dia depan mata sepanjang masa. ada masa, aku kan curi-curi pandang ke arahnya. bahagianya....(^_^)


A turut serta dalam program ni. aku cuba mengelakkan diri dari duduk berdekatan A kerana mahu menjaga hati si dia walaupun A sesekali cuba mendekati terutama ketika program berhenti seketika untuk rehat. sekarang, hati dia yang paling penting untuk aku jaga. 


7 haribulan, program berjalan seperti biasa dan jadual hari ini lebih padat dari semalam. aku mahu lebih fokus tetapi dia membuat aku sentiasa mahu memandang walaupun dia tidak memandang aku. perasan sendiri....




8 haribulan, hari terakhir. program tamat tengahari dan aku mengemas barang-barang yang ada di dapur. sedang aku mencuci pinggan mangkuk, A masuk ke dapur. melihat aku sedang mencuci, dia keluar ke ruang tamu dan mengumpul pinggan dan cawan kotor. A masuk ke dapur semula dan mula mahu berbual-bual. aku tidak selesa. tiba-tiba dia masuk ke ruang dapur. kiri si dia, kanan A. aku kekok. A terus keluar ke ruang tamu, meninggalkan aku bersama A. aku lega.


dia : awak balik malam ini kan?
aku : a'ah.
dia : bas pukul berapa?
aku : 11 malam. 
dia : saya temankan yer..
aku : tengok dahulu macam mana.
kalau ada kawan, tak perlu temankan. (walaupun nak sangat)
dia : ok...

(pertama kali berbual secara berhadapan)

dia keluar ke ruang tamu meninggalkan aku di dapur berseorangan. aku lekapkan tangan ke dada, degupan jantung aku tidak menentu. ketika berdua dengan A tadi, aku tidak rasakan apa-apa, tetapi bila bersama dengan dia, aku jadi tak menentu. pergerakan aku terbatas. bimbang ada yang tidak kena tentang diriku pada matanya. aku mahu kelihatan sempurna di hadapannya.


mungkin inilah yang dinamakan CINTA...
(^_^)

bersambung.......




Thursday, March 8, 2012

5 May : i told him that I love him, used the word “sayang”…

selepas berbaik, perasaan sayang kepadanya semakin bertambah. walaupun aku tidak pernah sekalipun mengungkapkan kata-kata sayang, tetapi aku tahu dia dapat merasakannya. walau sekadar pesanan ringkas, perkataan sayang tidak pernah aku luahkan. yang ada hanya sekadar "S". aku segan.


tapi, memikirkan aku dah terlalu banyak menyakiti hati dia, aku teringin untuk menggunakan perkataan itu untuk menunjukkan yang aku sayangkan dia lebih dari yang dia tahu. dia pernah menghantar pesanan ringkas mengatakan bermimpi aku memanggilnya sayang. mungkin sekarang masanya mimpi dia itu menjadi kenyataan. kebetulan dia sedang bersiap-siap untuk presentation viva untuk projek tahun akhirnya, aku mengantar pesanan ringkas untuk mengucapkan selamat berjaya kepadanya.


aku : awak buat apa? =)
dia : tengah berlatih sikit-sikit. kejap lagi takde la tergagap-gagap. =)


aku : awak, saya sayang awak sangat-sangat. salaupun saya tahu, perkataan sangat-sangat tu tak cukup untuk menunjukkan betapa banyaknya sayang saya pada awak, tapi saya tak tahu dah macam mana nak guna perkataan apa. yang saya tahu, saya sayang awak sangat-sangat...

dia : awak...=D
aku : yea, saya...=)
dia : terduduk saya dibuatnya...=)
aku : kenapa? =)
dia : berlatih sambil berdiri, baca je mesej awak, terus terduduk..=)
aku : em...=)
awak berlatih la dulu yek, tak mahu ganggu.
semoga berjaya! =)
dia : terima kasih. makin semangat saya nak berlatih. =)
aku : em...=)


kegembiraan dia turut menjadi kegembiraan aku.
(^_^)


bersambung....

Sunday, March 4, 2012

5 May : he keep trying, until he almost give up, then I accept him back…

aku tak perlukan dia. aku mampu hidup sendiri. mampu kembali seperti waktu dulu sebelum dia wujud.


aku asyik memikirkan semua ni, seolah-olah cuba menipu diri sendiri...






hakikatnya,

aku tetap memerlukan dia di sisiku
selalu



bersambung....

Friday, March 2, 2012

4 May : almost break, seriously…I ignore all his call and sms but he never stop trying…

Di rumah, macam-macam yang aku buat. cuti 4 bulan, kalau asyik berehat je mau kebosanan. lebih baik sibukkan diri dengan kerja-kerja rumah. biasakan diri buat kerja rumah. bila lagi nak jadi isteri mithali anak mithali kalau bukan masa-masa cuti macam ni kan. (^_^)


petang itu, sambil mengangkat kain di ampaian, aku berbalas pesanan ringkas dengan dia. kerana susah untuk membuat dua kerja dalam satu masa, aku mengambil keputusan untuk terus menghubunginya. 


 aku : awak buat apa?
dia : tak ada apa-apa. awak?
aku : angkat kain hujan, jemuran dah turun.
(sambil buat nada macam cerita P.Ramlee XD)
dia : eh, boleh pulak sambil telefon.
aku : takpe, saje nak cakap dengan awak.
dia : awak angkat la dulu kain, saya nak main game kejap.
aku : ok....~

serta-merta hari yang tadinya terang-benderang menjadi mendung. tak lama kemudian guruh di langit mula berbunyi menandakan hari akan hujan. hujan dalam hati aku.

setiap kali melibatkan permainan (game), aku akan mula terasa seperti tidak penting di matanya. aku terasa seperti dia lebih mengutamakan permainan dari aku. kata-katanya yang mahu bermain berbanding bercakap dengan aku mula bermain-main dalam fikiran. aku mula rasa tidak bersedia dengan hubungan ini. mula rasa aku tidak cukup memahami minatnya dan aku tidak akan berjaya faham. mula rasa mahu segera menamatkan hubungan ini...

aku :
awak selalu mementingkan game. saya telefon
nak cakap dengan awak tapi awak pilih nak 
main game. baru saya tahu betapa penting
game bagi awak...

dia : 
awak lagi penting dari game la...kenapa fikir
macam tu....

aku :
awak pilih game berbanding cakap dengan saya.
jelas sangat.

dia : 
saya memang tengah main game sebelum awak 
telefon. saya pause sekejap game sebab nak 
angkat panggilan awak...

aku : 
sekarang awak nak cakap saya la yang salah 
sebab halang awak main game?

dia : 
saya tak salahkan sapa-sapa pun. tak nak jadi 
macam ni...

aku : 
hakikatnya awak seolah-olah menyalahkan saya.



dia menghubungi aku dan aku menolak (reject) panggilannya. aku tidak boleh berbicara dalam keadaan marah. kelemahan aku. bagi aku, daripada aku mengeluarkan kata-kata yang akan mengguris hati pihak lain tanpa sedar, lebih baik diam.


aku : 
saya rasa tak ada guna kita teruskan. saya
hanya akan jadi penghalang awak nak buat
sesuatu yang awak minat. saya cuma akan
mengongkong awak.

dia :
saya tak rasa dikongkong pun. jangan macam
ni. takkan sebab game lagi kita bergaduh ...

aku : 
saya tak nak teruskan.

dia :
awak....please....
saya perlukan awak...=(

aku :
saya tak perlukan awak. salam.

dan seterusnya, aku hanya mendiamkan diri. tidak lagi membalas pesanan ringkasnya. aku keraskan hati. aku tahu dia tak salah, tapi hakikat dia memilih permainan berbanding aku cukup buat aku rasa kecewa. bukan kali pertama kami bergaduh kerana permainan, tapi dia tetap tidak serik. hampir setiap 5 minit, pesanan ringkas darinya masuk ke telefon tanganku. sesekali, dia menghubungi tetapi aku menolak. aku memang keras kepala, hati batu dan ego tinggi. aku mengaku. 

dalam pukul 10 malam, dia berhenti menghantar pesanan ringkas. mungkin sudah bosan, atau mungkin ketiduran. di depan keluarga, aku berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku. kebenarannya, aku menangis dalam hati. kadang-kala air mata terlepas juga ke pipi namun cepat-cepat aku seka, tidak mahu adik-adik yang lain melihat aku menangis. akju tidak akan menangis di depan keluarga aku. aku tidak mahu nampak lemah di hadapan mereka. mungkin ini ego sebagai seorang anak sulung. 

aku tidur malam itu ditemani linangan air mata. air mata kecewa dengan sikapnya dan menyesal dengan sikap aku sendiri. 

dalam pukul 2 pagi, aku terjaga kerana mendapat pesanan ringkas darinya. dia memohon maaf kerana tertidur dan meminta aku menjawab panggilannya. aku tetap berkeras. namun pesanan ringkasnya tetap aku balas.

aku :
dah la awak.

dia : 
saya tak mahu sudah. saya nak awak. saya
nak kita kekal. 

aku :
tak ada gunanya. saya tetap akan terus 
halang awak dari main  game, dan kita 
akan terus bergaduh.

dia :
game ke jadi punca kita bergaduh? baik.
kalau macam tu, saya akan berhenti. 

aku :
tak perlu. biar saya je berhenti. berhenti
berhubung dengan awak. 

dia :
sebab game lagi kita bergaduh sampai nak 
putus. sebab game lagi awak rasa diri awak
tak penting. semua sebab game. awak tak 
rasa ke betapa pentingnya awak bagi saya?

aku : 
tak.

dia : 
sebab game kita berpisah. mungkin game 
semalam game terakhir yang saya main. 
game yang buat cerita yang saya bina 
hancur. game yang buat impian saya musnah.
saya takkan sentuh game dah.

aku :
"mungkin" ?

dia :
awak tetap tak nampak kesungguhan
saya kan. baik. saya janji tak akan main 
game dah sebab game jadi penyebab
cerita kita putus di tengah jalan.

aku : thanks for everythings...

serta-merta air mataku tumpah, mengalir tidak berhenti. aku menangis semahu-mahunya menyesali keputusan yang memakan diri aku sendiri. tapi untuk berundur, tidak sesekali. aku aku lebih tinggi dari rasa menyesa
pagi itu aku bangun untuk solat subuh dan teringat akan dia. rutin aku setiap hari mengejutkan dia. rasa janggal tanpa dia. aku mengambil telefon dan menghubunginya. belum sempat berdering, aku letak. aku dail semula, dan letak kembali. akhirnya aku cuba mengumpul kekuatan menghubunginya sehingga dia mengangkat. 

dia : helo...assalamualaikum....
aku : .....
dia : sayang, cakap la...
aku : bangun subuh.
dia : kita masih bersama kan.kan
aku : subuh dulu.
dia : ok. tapi kita tetap akan bersama.
tu janji saya.

aku terus meletakkan panggilan. tidak sanggup untuk terus mendengar. aku segera ke  bilik air untuk berwudhuk dan menunaikan solat. lepas subuh, dia menghantar pesanan ringkas meminta aku tidak meninggalkannya. kami berbalas pesanan ringkas. tetapi bukan bergaduh, tapi lebih kepada meluahkan perasaan. aku menerangkan kepadanya apa yang aku rasa dan dia berjanji untuk lebih sensitif dengan perasaan aku. semudah itu kami berbalik.

and will never ends.

bukan semudah itu kami berbaik, tetapi semudah itu dia menerima sikap aku dan terus bersabar dengan kerenah aku.



bersambung.......