klik..klik...tabung kami...=D

Friday, November 25, 2011

10 Mac : Afwan born…(^_^)

-afwan-
dia : masa saya pergi luar negara dulu, 
saya ada beli satu patung beruang, tapi tak tahu nak bagi siapa.
aku : kenapa beli?
dia : tak tahu, menarik.
aku : bagi la kat adik ke, kakak ke...
dia : dah bagi buah tangan lain untuk diorang.
em...awak nak?
aku : saya? boleh ke?
dia : mesti la boleh, saya yang nak bagi kan. =)
aku : nak..! (^_^)

dia mempelawa, aku menerima dengan senang hati. walaupun tujuan sebenar dia membeli patung beruang itu bukan untuk aku, tapi sekarang ia sudah pun menjadi milik aku.


tarikh 10 mac, kebetulan kami ada kelas di tempat yang sama. berjanji untuk berjumpa sebelum dia masuk ke kelas. aku yang ketika itu berada di bengkel melakukan kerja tangan, masih sempat menghubunginya, dan berbalas pesanan ringkas. betapa masa bersamanya amat berharga bagiku.



tepat jam 10.45 pagi, dia sudah menunggu aku di satu sudut tempat yang jauh dari pandangan orang ramai, terlindung sedikit. masih tiada siapa yang tahu tentang hubungan kami. kami memang sepakat tidak mahu ada sesiapa pun yang tahu buat masa sekarang. masih baru.

aku tergesa-gesa menyiapkan kerja terakhir sebelum menyelinap keluar sebentar untuk mengambil hadiah comel itu. agak kelam-kabut kerana kerja tangan yang aku buat, ada kesilapan dari segi ukuran. terpaksa memulakan semua dari awal, tetapi masih mampu mnyiapkan lebih awal dari teman-teman yang lain. mungkin kerana bimbang tidak sempat bertemu dengannya.

sebaik sahaja aku nampak susuk tubuhnya dari jauh, bibirku terus mengukirkan senyuman lebar, paling manis untuknya. dia turut tersenyum. berdepan dengannya, aku seperti biasa, jadi kaku. hanya mampu tersenyum dan selebihnya, mata yang berbicara. aku menyambut hulurannya, mengucapkan terima kasih, dan berlalu tanpa menoleh ke belakang. 

tiada siapa yang menyedari kehilangan aku, mujur. pulang dari kelas, dia menghantar pesanan ringkas.

"dari jauh dah nampak awak tersenyum lebar. bahagianya saya...(^_^)"



awak punca senyuman saya
awak punca kebahagiaan yang saya rasa kini
awak punca kegembiraan saya
awak punca semangat yang saya kutip hari demi hari
awak punca saya masih mampu tertawa
awak punca semua perasaan indah ini
awak punca bunga-bunga dalam hati tumbuh mewangi 
awak punca dunia saya berwarna-warni...


tahu kan?

malam itu, aku masih belum puas mengucapkan terima kasih untuk semuanya, tidak hanya untuk si comel itu. dia yang mencadangkan agar ia diberikan nama. aku ketandusan idea. tidak terfikir nama lain, aku hanya mahu memanggilnya dengan nama dia. dia menolak, tidak mahu aku menyayangi patung itu melebihi sayangku padanya. dia cemburu. comel kan? (^_^)

akhirnya, dia mencadangkan "Afwan". pelengkap sebuah ucapan terima kasih. aku bersetuju. nama yang bermakna.

"awak, terima kasih."


bersambung.....

No comments:

Post a Comment