klik..klik...tabung kami...=D

Sunday, September 30, 2012

Dedikasi Istimewa Buat Awak Yang Jauh Di Mata..(^_~)

Awak,

saya bukan wanita yang paling baik

saya bukan wanita yang paling cantik
saya bukan wanita yang paling sopan
saya bukan wanita yang paling penyabar

saya sensitif
saya suka mengongkong
saya suka mengarah
saya banyak songeh
saya kuat membebel
saya mudah marah
saya cengeng
saya teruk
saya kuat merajuk
saya degil
saya panas baran
saya tak pemaaf

semua sifat ni, kontra dengan awak. kan.

bukan sekali dua saya hampir putus asa
berkali-kali
dan setiap kali itu jugaklah 
awak tak pernah jemu menunggu
awak tak pernah bosan menasihati
awak tak pernah bosan ulangi ayat

"saya tak boleh hidup tanpa cinta awak"

walaupun hakikatnya awak mampu
mampu miliki sesiapa pun yang awak mahu
tapi awak tetap pilih saya

di saat jarak kita dipisahkan dengan jarak beribu batu
saya katakan bahawa saya tak sekuat awak
awak katakan awak boleh jadi kekuatan saya
saya katakan saya lemah
awak katakan awak sanggup papah saya kalau perlu
asalkan perjalanan cerita kita tetap diteruskan

gambar yang awak hantar saat saya hampir putus asa dengan
cinta jarak jauh ni

kata awak, putus bukan penyelesaian

saya akui kata-kata ni

"kenapa awak pilih saya?"
saya selalu tanya awak soalan ni

"sebab awak yang terbaik untuk saya"
ini pula jawapan tetap awak

saya tak tahu terbaik di mata awak tu macam mana
apa yang saya tahu, awak dah buat saya jatuh cinta
awak buat saya jatuh cinta setiap hari
jatuh cinta yang punya pelbagai rasa
tapi pada orang yang sama

awak :)

dari hati ke hati,
30 September 2012
6.19 pm
Malaysia

Saturday, September 29, 2012

10 Aug : He got headache and slightly fever…I worried a lot, and realized how much I love him…=(

hari ini, dia mengadu pening kepala sebaik sahaja pulang dari tempat kerja. aku mula risau. dia jarang jatuh sakit. dia minta mahu tidur sebentar dan aku membiarkan. tidak mahu mengganggu. dia perlukan rehat mungkin.

lebih kurang pukul 6 petang, aku menelefonnya untuk mengejutkannya bangun menunaikan solat asar dan bersiap untuk berbuka. 

aku : awak, dah pukul 6 ni. awak belum asar kan..?
dia : a'ah...(suara lemah)
aku : kepala pening lagi?
dia : erm...berdenyut-denyut...rasa macam nak demam...
aku : awak mandi dulu, pastu solat. mana tau dah mandi nanti segar sikit badan tu...
dia : ok...thanks sayang...
aku : sama-sama...

risau aku makin bertambah. aku tak dapat tumpu pada apa yang aku buat sekarang. mujur juadah untuk berbuka sudah aku siapkan. hanya tunggu untuk dihidangkan. sambil duduk bersama sepupu-sepupu yang lain sambil menonton televisyen, fikiran aku melayang memikirkan dia. sungguh, aku risau.

selepas berbuka, aku bertanya lagi bagaimana keadaannya. dia memberikan jawapan yang tidak mengurangkan risau aku walau sedikit. keadaan masih sama. aku menyuruhnya makan ubat bersama air suam dan berehat. dia mengikut sahaja saranan aku. mungkin sudah tak larat menanggung sakit kepala.

aku membiarkan dia tidur sehingga azan isyak hampir dilaungkan. dia akan bersiap untuk ke masjid menunaikan solat terawih pada masa-masa begini. aku bertanya sama ada dia mahu ke masjid atau tidak. suaranya kedengaran semakin lemah. aku tidak sampai hati mahu memanjangkan bicara lalu menyuruhnya tidur kembali.

aku kembali mengejutkannya pada pukul 12.30 malam, menyuruhnya makan ubat dan solat isyak. pada kiraan aku, masa sekarang paling tepat untuk dia makan ubat kerana waktu terakhirnya ubat dimakan hampir enam jam yang lalu. dia menurut sahaja. usai solat isyak, dia kembali melelapkan mata. aku juga mahu tidur tetapi tidak lena kerana risaukan dia. aku memaksa diri untuk tidur kerana perlu bangkit awal untuk menyediakan juadah bersahur untuk keluarga mak cik. 

tepat pukul 5 pagi selepas aku selesai bersahur, aku menelefon dia untuk mengejutkannya bersahur pula. hati berdebar-debar. masih sakitkah dia?

aku : awak, bangun sahur...dah pukul 5 ni...
dia : ok...
aku : macam mana sekarang? sakit lagi?
dia : dah lega sikit. tak berdenyut sangat dah..
aku : alhamdu Lillah. lega saya dengar. lepas sahur makan ubat lagi tau.
biar betul-betul sihat nak pergi kerja kejap lagi..
dia : ok sayang. terima kasih untuk semuanya. bertuah saya dapat awak. pandai jaga saya..=)
aku : sama-sama sayang...=)

pujiannya membuat hatiku berbunga bahagia. aku buat semua itu bukan untuk pujian, sungguh. tapi kerana aku betul-betul risaukan dia. risau yang buat tidurku tak lena. dan saat ini aku semakin sedar bahawa sayang aku padanya semakin mendalam. 

.:semoga dia turut merasa begitu:. 
<3


bersambung....


Tuesday, September 25, 2012

1 Aug : its Ramadhan, and our 1st puasa together…=)

Rasa teruja yang amat, pertama kali kami menyambut bulan Ramadhan dan berpuasa bersama. bersama dalam erti kata aku ada dia dan dia ada aku. rutin mengejutkan dia masih berjalan bezanya, awal sedikit untuk bersahur. 

aku masih di rumah mak cik, menemannya berpuasa dan menolong membuat kerja-kerja rumah dari membasuh baju, menyidai, menghantar anak-anaknya ke sekolah sehingga menyediakan juadah berbuka. aku akui agak penat, tetapi kerana kasihankan mak cik, aku kuatkan juga. tetapi bulan puasa ini memberi aku peluang berehat semasa waktu tengahari kerana tidak perlu memasak makan tengahari. 

setiap hari, seawal jam 4.00 pagi aku sudah bangun untuk menyediakan juadah bersahur dan pukul 4.30, aku mengejutkan anak-anak mak cik merangkap sepupu-sepupuku sendiri. sangat menguji kesabaran kerana bukan mudah mengejutkan mereka yang seramai 3 orang dan semuanya anak teruna. mujur aku masih mampu bersabar...-_-"

tepat pukul5 pagi, aku akan pastikan semua keadaan di dapur bersih dan kemas sebelum masuk ke bilik. ada satu misi lagi. mengejutkan dia pula untuk bersahur. kadang-kala mudah, ada masanya payah, aku tetap mengejutkan sehingga dia bangun. aku mahu dia bersahur kerana dia bekerja dan memerlukan tenaga. 

untuk dia, aku akan lakukan apa sahaja. 


bersambung....