Kebenaran di sebalik perkenalan kami tersingkap. sebenarnya, sengaja didedahkan. dia yang membuka cerita dan aku terkilan.
terkilan kerana terasa seperti dipermainkan...
terkilan kerana ia tidak adil padaku...
terkilan kerana...aku pun tidak tahu kenapa...
kerana itu aku menangis....
cerita sebenar, A, seorang jejaka pernah ku ceritakan sebelum ini, menaruh hati kepadaku. A yang memberitahu dia mengenaiku dan dia mula menaruh hati dalam diam. sehinggalah suatu hari, A berjaya memperoleh nombor telefon tanganku dan menunjuk-nunjuk kepada dia. dia hanya tersenyum.
A seolah-olah mengajak dia bertanding dalam memenangi hatiku dan semua yang berlaku semasa di program persatuan tempoh hari telah dirancang. A yang meminta nombor telefon tanganku itu pun sebagai langkah pertama mendekatiku.
entah kenapa, aku terasa dipermainkan. kenapa aku. kenapa dalam ramai-ramai perempuan, aku yang menjadi pilihan mereka. aku terasa seolah-olah awal perkenalan kami hanya satu permainan baginya. dia hampir membuatku mahu memutuskan perhubungan kami yang mula menunjukkan bibit-bibit mesra.
tetapi....
dia tidak putus asa mahu menjernihkan keadaan. berusaha menerangkan kepadaku, betapa dia mahu aku faham bahawa dia sendiri tidak pernah menyangka perkenalan kami akan sampai ke tahap sekarang. dia sendiri mula rasa mahu meneruskan perhubungan yang serius. lantaran itu, dia mendedahkan cerita sebenar di sebalik perkenalan kami kerana tidak mahu menyembunyikan apa-apa dariku. mahu perhubungan yang terbina ini bersih dari sebarang cela.
aku mula menyayanginya, mungkin sebagai teman rapat, mungkin juga lebih dari sekadar teman. aku tidak tahu. dan untuk memutuskan perhubungan, aku tidak sanggup.
aku belum bersedia melepaskan keindahan hari-hari yang aku lalui semenjak kehadiran dia...
kerana dia menerima hati itu, aku tidak mahu melepaskan peluang ini |
aku mula nampak keikhlasan dia mahu menjalinkan perhubungan denganku. dia memilih untuk menceritakan perkara sebenar walaupun tahu risikonya.
aku hargai, sangat-sangat.
dan kami kembali berbalas pesanan ringkas
berserta senyum (smiley)
di hujung ayat
(^_^)
bersambung....
No comments:
Post a Comment