klik..klik...tabung kami...=D

Sunday, November 27, 2011

12 Mac : 3rd person, almost break up bcoz my childish mind… =(

di awal perkenalan kami, aku ada terbaca sesuatu di dinding muka bukunya. dia ada berbalas komen dengan seorang wanita (aku cemburu) mengenai hal soerang wanita lain   (cemburu kuasa dua). lebih kurang begini perbualan mereka.

dia : akak, SK marah lagi ke...
NK : xla...dia tak marah dah. pi la pujuk dia

tiba-tiba masuk topik perkahwinan dan peminangan

NK : bila nak masuk meminang SK?
dia : hehehe...SK nak ke? XD
NK : mesti dia nak punya...cuba la...hehehe
dia : kalau SK tahu ni mesti dia marah ni...hehehe

dia : alamak, SK dah marah..XD
NK : takpe, nanti akak pujuk dia yek...hehe


walaupun semasa itu, kami masih dalam proses berkawan, tetapi aku tidak dapat mengelak dari rasa cemburu. perasaan ingin tahu meruap-ruap. suatu hari, aku bertanya terus padanya.

aku : awak, siapa SK?
dia : oh, kawan biasa je...kenapa?
aku : biasa macam mana?
dia : saya kenal dia lebih awal dari saya kenal awak.
kami dalam proses nak kenal-kenal, macam tu je. tapi sekarang dah tak berhubung.
aku : maksudnya, dia seseorang yang istimewa la kan...
dia : eh, mana ada istimewa pun. baru nak kenal-kenal,
belum jadi apa-apa pun...kenapa ni....
aku : tak ada apa-apa...(tipu, nampak sangat...)
dia : apa yang tak kena ni...meh cerita kat saya meh...
aku : awak dengan SK, dalam proses nak kenal, 
maksudnya saya ni tak sepatutnya wujud kan...
dia : ish, apa pulak macam tu. saya dengan dia memang 
tak serasi, asyik gaduh je. masa program yang kita pergi
hari tu pun kami gaduh. dia panas baran,
sikit-sikit nak marah. saya pun dah malas nak layan,
terus buang dari senarai kawan di mukabuku.
aku : tapi dia tetap datang dulu dari saya kan...


aku tahu, aku tidak sepatutnya rasa begitu, tapi tidak dapat elak, rasa tak layak berada di antara mereka sangat kuat. dia tetap memujuk, tanpa putus asa. aku tetap berkeras, rasa putus asa.

dalam masa berbalas pesanan ringkas sambil dikuasai emosi, aku tersilap kata, terlanjur bicara. aku menyakiti hatinya dan dia berjauh hati...

keadaan kami sangat tegang, dia merajuk, dan aku tidak memujuk kembali. ego. egoku lebih tinggi darinya. aku akui...

akhirnya, aku meminta kata putus darinya. aku ingin kami sampai di sini sahaja. dia menolak, mengatakan aku tidak adil menghukumnya kerana hal-hal yang remeh begini. aku tetap berkeras. 

dia tetap memujuk
dengan sabar,
dengan lembut,
dengan berhemah,
aku terharu....

tidak pernah sekali pun dia meninggikan suara denganku. baru aku perasan akan hal itu. tidak pernah sekali pun dia memarahiku, walaupun dia sepatutnya marah.

aku mengalah. hati perempuan, kan umpama kerak nasi. dia berjaya melembutkan hati aku dan berjaya merendahkan egoku.


aku rasa menyesal kerana berburuk sangka kepadanya. aku meminta maaf berkali-kali. 

" saya sentiasa memafkan awak setiap saat. jadi, awak tak pernah ada salah. =) "

apa lagi yang boleh aku lakukan selain tersenyum. =)

sungguh, aku tak mampu.

bersambung.....

Friday, November 25, 2011

10 Mac : Afwan born…(^_^)

-afwan-
dia : masa saya pergi luar negara dulu, 
saya ada beli satu patung beruang, tapi tak tahu nak bagi siapa.
aku : kenapa beli?
dia : tak tahu, menarik.
aku : bagi la kat adik ke, kakak ke...
dia : dah bagi buah tangan lain untuk diorang.
em...awak nak?
aku : saya? boleh ke?
dia : mesti la boleh, saya yang nak bagi kan. =)
aku : nak..! (^_^)

dia mempelawa, aku menerima dengan senang hati. walaupun tujuan sebenar dia membeli patung beruang itu bukan untuk aku, tapi sekarang ia sudah pun menjadi milik aku.


tarikh 10 mac, kebetulan kami ada kelas di tempat yang sama. berjanji untuk berjumpa sebelum dia masuk ke kelas. aku yang ketika itu berada di bengkel melakukan kerja tangan, masih sempat menghubunginya, dan berbalas pesanan ringkas. betapa masa bersamanya amat berharga bagiku.



tepat jam 10.45 pagi, dia sudah menunggu aku di satu sudut tempat yang jauh dari pandangan orang ramai, terlindung sedikit. masih tiada siapa yang tahu tentang hubungan kami. kami memang sepakat tidak mahu ada sesiapa pun yang tahu buat masa sekarang. masih baru.

aku tergesa-gesa menyiapkan kerja terakhir sebelum menyelinap keluar sebentar untuk mengambil hadiah comel itu. agak kelam-kabut kerana kerja tangan yang aku buat, ada kesilapan dari segi ukuran. terpaksa memulakan semua dari awal, tetapi masih mampu mnyiapkan lebih awal dari teman-teman yang lain. mungkin kerana bimbang tidak sempat bertemu dengannya.

sebaik sahaja aku nampak susuk tubuhnya dari jauh, bibirku terus mengukirkan senyuman lebar, paling manis untuknya. dia turut tersenyum. berdepan dengannya, aku seperti biasa, jadi kaku. hanya mampu tersenyum dan selebihnya, mata yang berbicara. aku menyambut hulurannya, mengucapkan terima kasih, dan berlalu tanpa menoleh ke belakang. 

tiada siapa yang menyedari kehilangan aku, mujur. pulang dari kelas, dia menghantar pesanan ringkas.

"dari jauh dah nampak awak tersenyum lebar. bahagianya saya...(^_^)"



awak punca senyuman saya
awak punca kebahagiaan yang saya rasa kini
awak punca kegembiraan saya
awak punca semangat yang saya kutip hari demi hari
awak punca saya masih mampu tertawa
awak punca semua perasaan indah ini
awak punca bunga-bunga dalam hati tumbuh mewangi 
awak punca dunia saya berwarna-warni...


tahu kan?

malam itu, aku masih belum puas mengucapkan terima kasih untuk semuanya, tidak hanya untuk si comel itu. dia yang mencadangkan agar ia diberikan nama. aku ketandusan idea. tidak terfikir nama lain, aku hanya mahu memanggilnya dengan nama dia. dia menolak, tidak mahu aku menyayangi patung itu melebihi sayangku padanya. dia cemburu. comel kan? (^_^)

akhirnya, dia mencadangkan "Afwan". pelengkap sebuah ucapan terima kasih. aku bersetuju. nama yang bermakna.

"awak, terima kasih."


bersambung.....

Sunday, November 20, 2011

4 Mac : Cooked meal (mee), he praised me…~

Sejak malam semalam, aku menjauhkan diri dari dia walaupun dia tanpa putus menghantar pesanan ringkas meminta aku memaafkan dia. dan hari ini, aku dan dia kembali seperti biasa. 

hari ini aku menziarahi seorang senior perempuan yang menyewa di luar dan sudah berjanji mahu menyediakan hidangan tengahari untuk senior dan teman-teman lain. aku merancang mahu membuat mee rebus, ringkas dan cepat.

aku memaklumkan kepada dia rancanganku, dan dia terus meminta aku membawa pulang sedikit hidangan itu untuknya. aku tidak berjanji, tetapi akan berusaha memenuhi permintaannya.

aku memasak hingga dua periuk, berharap boleh membawa pulang sedikit untuknya. mahu menambat hatinya melalui masakan walaupun sekadar mee rebus. biarlah, sebagai permulaan. (^_^)

ternyata, tidak banyak yang tinggal. aku meminta untuk membawa pulang sedikit, untuk teman kataku pada mereka, mujur tiada yang membantah dan tiada yang menyoal. sambil tersenyum, aku membungkus mee rebus untuknya. senang hati.

oleh kerana hati masih belum pulih sepenuhnya kerana kejadian semalam, aku bercadang tidak mahu bertemu. hanya meninggalkan di mee itu di pondok. dia menghantar pesanan kecewa kerana tidak dapat bertemu denganku, mahu meminta maaf secara berdepan katanya. bagiku tidak perlu, kerana aku sudah memaafkan, hanya memerlukan sedikit masa untuk pulih sepenuhnya. hanya sedikit masa, tidak lama, janjiku padanya.

dia memuji masakanku, licin dia menghirup kuah katanya. entah betul entahkan tidak, aku tidak mahu ambil pusing. yang pasti, aku betul-betul senang hati.


hidangan KFC dari dia telah membeli jiwaku, 
aku juga mengharapkan perkara yang sama 
dengan mee rebus itu.
(^_^)

bersambung....

Friday, November 18, 2011

3 Mac : The truth revealed…dissapointed, but then recover =)

Kebenaran di sebalik perkenalan kami tersingkap. sebenarnya, sengaja didedahkan. dia yang membuka cerita dan aku terkilan.





terkilan kerana terasa seperti dipermainkan...
terkilan kerana ia tidak adil padaku...
terkilan kerana...aku pun tidak tahu kenapa...
kerana itu aku menangis....






cerita sebenar, A, seorang jejaka pernah ku ceritakan sebelum ini, menaruh hati kepadaku. A yang memberitahu dia mengenaiku dan dia mula menaruh hati dalam diam. sehinggalah suatu hari, A berjaya memperoleh nombor telefon tanganku dan menunjuk-nunjuk kepada dia. dia hanya tersenyum.

A seolah-olah mengajak dia bertanding dalam memenangi hatiku dan semua yang berlaku semasa di program persatuan tempoh hari telah dirancang. A yang meminta nombor telefon tanganku itu pun sebagai langkah pertama mendekatiku. 

entah kenapa, aku terasa dipermainkan. kenapa aku. kenapa dalam ramai-ramai perempuan, aku yang menjadi pilihan mereka. aku terasa seolah-olah awal perkenalan kami hanya satu permainan baginya. dia hampir membuatku mahu memutuskan perhubungan kami yang mula menunjukkan bibit-bibit mesra.

tetapi....

dia tidak putus asa mahu menjernihkan keadaan. berusaha menerangkan kepadaku, betapa dia mahu aku faham bahawa dia sendiri tidak pernah menyangka perkenalan kami akan sampai ke tahap sekarang. dia sendiri mula rasa mahu meneruskan perhubungan yang serius. lantaran itu, dia mendedahkan cerita sebenar di sebalik perkenalan kami kerana tidak mahu menyembunyikan apa-apa dariku. mahu perhubungan yang terbina ini bersih dari sebarang cela.

aku mula menyayanginya, mungkin sebagai teman rapat, mungkin juga lebih dari sekadar teman. aku tidak tahu. dan untuk memutuskan perhubungan, aku tidak sanggup. 



aku belum bersedia melepaskan keindahan hari-hari yang aku lalui semenjak kehadiran dia...


kerana dia menerima hati itu, aku tidak mahu melepaskan peluang ini

aku mula nampak keikhlasan dia mahu menjalinkan perhubungan denganku. dia memilih untuk menceritakan perkara sebenar walaupun tahu risikonya. 
aku hargai, sangat-sangat. 

dan kami kembali berbalas pesanan ringkas 
berserta senyum (smiley) 
di hujung ayat 
(^_^)

bersambung....


Saturday, November 12, 2011

26 Feb : Got KFC meal…best!

Petang itu, dia menyuarakan hasrat mahu membelanja aku ikan & kentang (fish & chips). aku cuma tersenyum, dalam hati gembira bukan kepalang.

kemudian, dia tiba-tiba mengatakan rancangan mahu keluar terpaksa dibatalkan.
aku kecewa, sedikit.

rupa-rupanya dia tetap keluar bersama teman-temannya, mereka ke KFC. dia mengatakan mahu membelanja aku hidangan KFC dan memohon maaf kerana niat asal mahu membeli ikan & kentang terpaksa dibatalkan. aku tetap tersenyum. makan tetap makan. 

layanan dia padaku semakin istimewa. pandai mengambil hati.

saat dia makan makan bersama teman-temannya, dia tetap menghantar pesanan ringkas. 

aku tersenyum,
saat dia mengadu betapa rimas dengan seorang teman yang asyik bertanya siapa yang menempah hidangan KFC itu,
saat dia mengadu betapa geram dengan teman-teman yang asyik bercerita seolah-olah tidak mahu pulang,
saat dia mengadu betapa tidak sabar mahu memberikan aku hidangan yang berada di tangannya ketika itu,
aku hanya mampu tersenyum gembira.

akhirnya, hampir pukul 11 malam dia menghantar pesanan sudah bergerak pulang. kerana hari sudah lewat malam, dia hanya meletakkan hidangan itu di satu tempat yang kami persetujui. tak dapat berjumpa. agak mengecewakan.

ketika aku mengambil hidangan itu, dia sudah berada di biliknya. hidangan itu aku kongsi bersama teman sebilik yang hanya makan tanpa banyak soal dari mana aku dapatkan hidangan itu. bersyukur tiada soalan kerana aku tiada jawapan yang pasti. 



apa yang aku tahu, hidangan itu berjaya membeli jiwaku bukan kerana nilainya tetapi kerana kesungguhannya. 


bersambung....

25 Feb : Down, with probs and result, he always there beside me…=‘)


Saat ini, aku cukup tertekan dengan masalah yang menimpa. terasa keseorangan walaupun dikelilingi kawan-kawan yang tak pernah kering dengan jenaka. di luar aku ketawa, tapi siapa tahu aku menangis di dalam.

dia tahu.

dia perasan akan kelainan aku. mula bertanya apa yang tidak kena. seharian kami berbalas pesanan ringkas tanpa aku meletakkan senyum (smiley) di hujung ayat seperti kebiasaan yang kami lakukan. dia tidak memaksa aku tersenyum. maaf buat kamu rasa risau.

dia tetap terus memberi kata-kata semangat walaupun tidak tahu punca sebenar aku jadi begini. aku pula, terus melayan dia dengan dingin, sedingin ais. maaf sekali lagi.  


dan ya, kerana dia terus bersabar, aku terharu.
kerana dia terus mencuba, aku mengalah.
kerana dia terus di sisiku, aku kembali tersenyum.



saat aku kembali meletakkan senyum (smiley) di hujung ayat, dia membalas,

 "senyuman yang ditunggu-tunggu sejak petang semalam...(^_^)"

dan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan hati yang sedingin ais ini kembali hangat. aku terus tersenyum sepanjang hari. 

kamu,
mahu tahu sesuatu?

ayat terakhir mungkin harus ditapis. macam x kena. XD

 kamu, 
terima kasih =)

bersambung.....