klik..klik...tabung kami...=D

Monday, January 7, 2013

Cinta Antara Benua

cerita sebelum ini, kami bergaduh. Ya, nampak agak besar walaupun puncanya kecil. Perempuan, emosi terlebih..=p

Tetapi percayalah, tak sampai sejam pun kami dah berbaik kembali. 

kerana dia yang pandai memujuk, dan kerana aku sedang belajar memaafkan. mahu jadi isteri solehah kan. eh.

Jarak ini mungkin menjadi punca setiap pergaduhan yang kami tempuhi. 

we are the choosen one..=)


Jarak yang menyebabkan putaran masa tidak sama. 
Jarak yang membuatkan komunikasi kami terbatas.
Jarak yang menjadikan perbincangan kami tergendala.
Jarak yang mematikan mood kami. 
Bukan salah dia, bukan salah aku, dan bukan salah sesiapa.
Jauh sekali mahu menyalahkan takdir.
Kerana kami percaya JARAK ini bukan untuk menghukum, tetapi...

‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. 
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..







Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥

Inilah Cinta Antara Benua kami.
Cinta aku dan dia.

saya tunggu awak, awak tunggu saya. masanya dah tak lama kan. 
insyaAllah..
=)

Malaysia - Saudi Arabia


Bersambung.....

Friday, December 28, 2012

END.

End.


Aku : jangan pergi main futsal dah.
Dia : saya dah lama tak main futsal kan...jangan la macam ni...
Aku : Baru minggu lepas tak main dah rasa lama?
Dia : Bila masa saya main futsal minggu lepas?
Aku : Baru minggu lepas Tak main dah rasa lama ke?
Dia : yela, bila masa main minggu lepas?
Aku : YER. BARU MINGGU LEPAS TAK MAIN DAH RASA LAMA KE? 
(sebut sepatah-sepatah, satu-satu setiap perkataan)
Dia : yang nak marah-marah ni kenapa?
Aku : diam.
Dia : saya tak nak dengar awak marah-marah macam ni. dah, jangan cakap dah.
Aku : (tepuk dada, cuba kawal suara) saya cakap, 
baru minggu..
Dia : (potong cakap aku) Cukup. Letak telefon. Jangan cakap apa-apa dah.
Aku : diam. (mata dah bergenang)
Dia : Letak telefon sekarang.
Aku : ok. (terus letak telefon)

End of Conversation.

End of Everythings.

End.







Cerita tamat.