klik..klik...tabung kami...=D

Thursday, December 29, 2011

1 Apr : I misjudged him…and I’m sorry for that…=‘(

hari tidak akan cerah selamanya, pasti akan ada hujan ributnya.
hidup tidak akan pernah bahagia sentiasa, pasti akan ada naik turunnya.
laut tidak akan pernah tenang sepanjang masa, pasti akan ada ombak badainya.
kami tidak terkecuali.


malam itu, kami berbalas pesanan ringkas seperti biasa, tidak ada tanda-tanda perbualan kami akan menjerumus ke arah pergaduhan atau pertengkaran. tiba-tiba aku terfikir untuk bertanya kenapa aku yang jadi pilihan.   


aku : kenapa saya yang jadi pilihan?
dia : kerana awak sudah lebih dari cukup buat saya.
saya dah cukup bertuah memiliki awak. 
mana mungkin saya akan berpaling pada yang lain.



aku : kadang-kadang kan, saya terfikir, 
"dia ni betul ke tidak pilih aku?"
dia : awak meragui saya?
aku : bukan, hanya terfikir begitu.
dia : awak masih tak percayakan saya.
awak katakan saya tidak betul kerana memilih awak.
sampai hati awak....
aku : saya tak bermaksud begitu...
dia : erm...
aku : saya tak meragui awak...
dia : tak mengapa, hak awak untuk meragui saya...
saya mengantuk, mahu tidur. selamat malam.
aku : malam....

rasa bersalah menyelubungi segenap diri aku. terasa menyesal berkata begitu dan tidak berusaha memujuk. aku ego, dari awal lagi memang begini. aku hanya membiarkan dia memujuk diri sendiri. aku tahu dia memberikan alasan mahu tidur kerana tidak mahu hal itu berlanjutan. aku kenal benar si dia. 

aku tidak dapat melelapkan mata, masih memikirkan hal tadi. apabila mengenangkan betapa si dia sudah banyak bersabar dengan kerenahku, aku jadi sebak. serta-merta air mata mengalir, menangis sendirian menyesali perbuatanku sebentar tadi. entah bila aku tertidur ditemani air mata.

keesokannya, aku mengejutkan dia bangun seperti biasa disertai kata maaf. 



dia : terima kasih kejutkan saya, 
tapi kenapa minta maaf? =)
aku : tentang semalam....
dia : sudah, lupakan sahaja. 
saya dah lama maafkan awak. senyum. =)
aku : saya salah fikir awak begitu...=(
dia : tak mengapa, awak tak salah.
boleh senyum untuk saya?
aku : em...=)
dia : ha, kan manis begitu...(^_^)
aku : terima kasih...=)
dia : sama-sama S...(^_^)

betapa mudah dia melupakan hal itu dan memaafkan aku. 
betapa mudah dia tersenyum kembali setelah aku melukakan hatinya. 
kerana itu dia berjaya mengikat hatiku sehingga hari ini. 
kerana sifat pemaafnya, 
kerana sikap penyabarnya,
kerana itu aku jatuh cinta.



ya, aku jatuh cinta.
(^_^)

bersambung.....

Thursday, December 22, 2011

31 Mac : in sms, he called me “sayang” for the 1st time…(“,)

Pagi itu, seperti biasa aku menghubunginya untuk solat subuh. mungkin kerana semalam dia tidur agak lewat, sudah hampir 20 kali panggilan pun dia masih belum sedar dari lena. aku mula risau, jam sudah menunjukkan pukul 6.45 pagi. matahari bila-bila masa sahaja akan terbit menandakan tamatnya waktu subuh. aku mula membuat panggilan dengan kerap. dalam masa seminit, dua panggilan dibuat.

setelah hampir 30 kali panggilan, akhirnya dia terjaga juga. kerana sudah lewat, dia menolak (reject) panggilanku disusuli dengan pesanan ringkas mengatakan dia sudah bangun dan mahu segera menunaikan kewajipan subuh. aku tidak berkecil hati kerana penolakan itu, malah menarik nafas lega kerana dia mendahulukan yang wajib.


lebih kurang 15 minit kemudia, aku menghantar pesanan ringkas bertanya sama ada dia sudah menunaikan solat atau belum, bimbang dia tertidur semula sebelum sempat bangkit dari katil yang empuk.


aku : awak, dah solat?
dia : dah...
aku : betul? bukan tidur balik?
dia : betul la sayang...
aku : (jantung berdegup kencang, terkejut)
err....
dia : kenapa ni...
aku : sakit.....kuat sangat berdegup ni...
dia : minta maaf...
terharu sangat awak sabar kejutkan saya.
cuma nak awak tahu yang saya 
hargai sangat-sangat....
aku : tak ada apa-apa la...=)
dia : awak, terima kasih.=)
aku : kasih diterima...(^_^)


sebelum ini, dia tidak pernah menggunakan perkataan "sayang" seperti hari ini. kebiasaan hanya guna huruf "S" sebagai ganti perkataan sayang. sekadar huruf pun sudah cukup untuk membuat jantung aku berdegup kencang, inikan pula perkataan penuh "sayang", mahu gugur jantung aku dibuatnya. 

tetapi aku bahagia. 
(^_^)

sebenarnya, ini hanya permulaan. banyak lagi perkara yang mampu membuat jantung aku jauh dari kadar denyutan normal. semua gara-gara dia, yang sudah mula menjadi penghuni tetap hati aku....




bersambung....


Thursday, December 15, 2011

27 Mac : We discussed about marriage :)

Keesokan hari selepas makan malam tahunan, sukaneka diadakan. Pagi itu, walaupun tidur bersama teman-teman yang lain, aku tetap meneruskan rutin harian mengejutkan si dia untuk menunaikan solat subuh. Rutin yang bermula dari awal perkenalan kami dan masih diteruskan sehingga kini. Kadang-kala dia bimbang rutin ini hanya akan menyusahkan aku, tetapi aku sedikitpun tidak ambil peduli. Tetap mahu mengejutkannya setiap pagi dan menjadi insan pertama yang muncul dalam hidupnya setiap hari. Aku akui, sangat susah untuk mengejutkannya bangun tambah-tambah lagi jika dia tidur lewat sehingga pernah mencecah 40 kali panggilan-tak-terjawab (missed call). 

Namun bak kata orang, kalau dah sayang, yang susah pun jadi senang. (^_^)


Pagi itu, sebelum turun untuk bersarapan, kami sempat berbalas pesanan ringkas,  menceritakan kembali peristiwa semalam sekadar untuk mengambil pengajaran. Tidak mahu perkara yang sama berulang. Kemudian, dia bertanya sama ada aku sudah mengambil segelas susu seperti rutin harian atau belum.

Dia : dah minum susu?
Aku : malas nak bancuh. Sarapan apa yang ada sahaja.
Dia : nak saya bancuhkan? =p
Aku : nak…(^_^)
Dia : wah, terus senyum lebar yea..
Nanti-nanti dah kahwin, saya bancuhkan untuk awak yea…=)
Aku : yeay! (^_^)
Dia : seronoknya dia…
Err…kalau bancuhkan untuk anak kita,
Agak-agak dia senyum tak?
Aku : anak siapa?
Dia : anak kita la, akan datang…=)
Aku : mestilah senyum…=)
Dia : seronoknya…(^_^)
Aku : dah2, dah jauh ke depan ni…=)
Dia : ops, hehehe…


Memperkatakan perihal perkahwinan bersama insan yang kita sayang, sangat membahagiakan walaupun hakikatnya hubungan kami masih awal untuk sampai ke arah itu. Terlalu awal sebenarnya. Tetapi apabila dia yang memulakan topik ini, aku tidak dapat berkata tidak pada rasa bahagia yang mula menjalar dan bercambah perlahan-lahan dalam segenap hati kecilku ini.

Mungkin aku tidak pandai mempamerkan, tetapi aku benar-benar merasakannya sehingga kini. Tidak berkurang sedikitpun. Jika kamu membacanya, percayalah…



Bersambung……