klik..klik...tabung kami...=D

Thursday, February 9, 2012

20 Apr : long quarrel…nite b4 until evening…=(

dalam satu perhubungan, perselisihan itu normal bukan? 


malam semalam, tak tahu apa punca kami bermasam muka. dari perbualan yang biasa, tiba-tiba jadi keruh. aku pula memang ego, tidak mahu mengalah walaupun dia sudah berkali-kali memohon maaf. betapa kerasnya hati aku. sudahnya, dia meminta masa untuk tenangkan diri. katanya kami perlu sama-sama sejukkan hati. 


pagi itu, aku tidak mengejutkannya bangun seperti biasa. marah masih bersisa dalam hati. walaupun terbit rasa menyesal kerana aku bukan orang yang pertama muncul dalam harinya hari ini.


sampai tengahari, aku mematikan talian telefon tangan. tidak mahu diganggu walaupun aku tahu tindakan aku hanya akan membuat dia risau. dia cuba menghubungiku melalui talian telefon tanganku yang kedua. aku tidak mengangkat. dia menghantar pesanan mengatakan aku tidak matang.




sehingga waktu petang, aku mula rasa bersalah. lebih-lebih lagi dia terus-terusan memujuk. sebetulnya, dia kurang mahir memujuk, tetapi kesungguhannya tidak harus aku sia-siakan. aku mengalah.




dia : kita berdamai ye...
aku : saya minta maaf...
dia : tak mengapa...=)
aku : erm.
dia : kenapa ni...
aku : hari ni saya bukan orang pertama
yang muncul dalam hari awak...
dia : awak tetap orang pertama...=)
aku : kenapa?
dia : sebab saya bangun je terus terfikirkan awak...=)
aku : em...(^_^)




dia sentiasa mahu menjaga hati aku, aku tahu itu. 


dan aku yakin, dia juga akan sentiasa mahu membahagiakan aku.



bersambung.....

Friday, February 3, 2012

19 Apr : he sang me a song, “Madulebah” ^_~

hari berlalu seperti biasa, tetap indah dan ceria. aku dan dia masing-masing cuba menyeimbangkan antara cerita kami dan pelajaran. dia lebih-lebih lagi kerana hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menamatkan pengajian selama 4 tahun ini. dia sudah berlari menghampiri garisan penamat, aku pula baru mula merangkak menuju penghujung itu. semoga perjalanan kami terus lancar dan dipermudahkan-Nya. ameen.


petang itu, dia menghantar pesanan ringkas bertanyakan khabarku. walhal baru pagi tadi dia bertanyakan perkara yang sama. tiada salah bertanya khabar walau beberapa kali pun, katanya. tanda kita mengambil berat, tambahnya lagi. aku mengiakan, hati berbunga. 


aku : awak buat apa?
dia : buat kerja sedikit sambil menyanyi. XD
aku : nak dengar awak menyanyi...=)
dia : boleh, boleh. XD
aku : yeay! =D
dia : tapi bukan sekarang, teman bilik ada.
segan.
aku : ala....
(pura-pura merajuk)
dia : nanti-nanti la ye...=)
aku : erm....

niatku hanya mahu pura-pura merajuk namun kadang-kala boleh bertukar serius bergantung pada keadaan. sama ada dia terus memujuk atau membiarkan. pilihan dia yang kedua biasanya akan membawa kepada rajuk yang panjang. dia tentukan. =p

tiba-tiba dia menghubungiku, pasti mahu memujuk. dia jarang mengambil pilihan kedua kerana tahu akibatnya. teruknya aku, kaki rajuk. mujur dia penyabar. 

dia : saya nak nyanyi ni, dah sedia? =)
aku : hah? awak kat mana ni?
dia : tepi tangga blok. =)
aku : betul ke nak nyanyi?
dia : mestilah, baru je gubah lirik ni tadi.
tajuk "adinda".
aku : em...(^_^)

walaupun dia bukan gangster. XD


dia mula menyanyi. baru sebaris, aku sudah tergelak. bukan kerana suaranya sumbang, tetapi kerana terlalu gembira. hati berdebar-debar usah dikata, rasa seperti sedang berada di awang-awangan. aku tidak dapat berhenti tertawa sehingga dia terpaksa menghentikan nyanyian. kemudian, dia memutuskan panggilan kerana bimbang ada yang terdengar nyanyiannya. tidak pasal-pasal jadi bahan ejekan rakan-rakan. lelaki...~



suaranya sedap. walaupun aku hanya sempat dengar sebaris lirik itu, namun sudah cukup merdu dan ada lenggok nadanya. timbul kesal kerana tidak mampu menahan rasa teruja dan membuatkan dia berhenti menyanyi. tidak mengapa, lain kali pasti ada lagi. aku berharap dalam diam.

ada dua perkara yang buat aku teruja sebenarnya. dia yang tidak menunggu lama untuk memujuk, dan kesanggupan untuk menyanyi untukku walaupun aku kenal sifatnya yang sangat pemalu. apa lagi yang aku mahu, dia sudah benar-benar menunjukkan kasihnya pada aku. =,)

tidak mampu berkata-kata
(speechless)


bersambung.....




Wednesday, February 1, 2012

15 Apr : 2.33 am, he suddenly phoned & before hang up, he told that he love me directly.

aku sedang dibuai mimpi dalam lena ketika dia menghubungi di talian telefon tanganku. dengan mata terpisat-pisat, aku mengangkat panggilannya. melihatkan nama pemanggil yang tertera, kantukku hilang serta-merta. kuasa cinta. XD


pada jam ini, dia mahu ke kedai restoran berhampiran kampus kami untuk menonton perlawanan bola sepak pasukan kegemarannya. mungkin aku pernah menyatakan sebelum ini dia peminat setia pasukan biru. pernah aku suarakan, tidak perlu berjaga semata-mata mahu menonton perlawanan bola namun dia tidak ambil kisah. lelaki dengan bola, mana mungkin dapat dipisahkan. aku akur, cuba untuk memahami minatnya.


aku sangkakan dia menghubungi semata-mata mahu memberi tahu tujuannya itu, namun ada kejutan lain rupanya. 


dia : awak, saya dah ada atas motor ni.
aku : hah, tunggang sambil berbual??
dia : belum bergerak la... =)
aku : em...hati-hati...=)
dia : baik. sayang awak.
(dalam nada berbisik, tetapi masih jelas)
aku : Aaaaaaaaaaa....~
dia : kenapa? =)
aku : tak ada apa-apa, cuma terkejut. =)
dia : em. pergi dulu. =)
aku : em. =)


bukankah aku pernah katakan, dia penuh dengan kejutan. walaupun dia pernah mengaku, tidak sukakan kejutan, tetapi tanpa sedar dia sendiri yang sering memberikan kejutan demi kejutan dalam cerita kami. 

terima kasih sayang
(",)


bersambung......