17 Sept : I went to Perlis, we arguing…he got sore
throat, but refused
to go to clinic…almost night, we went ok…but b4
sleep, continue arguing…
18 Sept : I decided to end our relationship, for the 3rd time! He kept
begging me not to, but I don’t care anymore…don’t know why…b4 sleep, my heart starts to melt…he
never stop trying…I know he’s the one for me…he
will never let me go no matter how I try to avoid
him…
19 Sept : I went to Main Campus to get his jubah…it’s my pleasure…=)
22 Sept : he came to our campus to get his jubah from me with his parents. we met at 2.30 in
the morning…feel like hugging him at that moment…(“,)
24 Sept : I went to his convocation, meet his parents..=D
his
parents and sister treat me nicely…now I’m officially his
future wife, already make a promise…=)
terlalu banyak perkara yang terjadi dalam cerita KAMI. pahit, manis, suka, duka, cukup semua rasa. lengkap. walau apapun, aku tetap mahu ceritakan serba sedikit agar boleh menjadi tatapan anak cucu dan generasi kami kelak.
Tanggal 24 September boleh menjadi satu tarikh penting dalam cerita kami, tarikh aku diperkenalkan kepada kedua ibu dan bapanya semasa hari penting baginya, Konvokesyen.
Dari pagi, aku sudah mula gementar, memikirkan pakaian yang sesuai dan bagaimana aku harus berdepan dengan ibu bapanya. akhirnya, aku membuat keputusan untuk menjadi diri sendiri, memilih pakaian yang selesa dan menjadi kebiasaan. bukan baju kurung, tetapi bagiku sudah cukup sopan. paling penting, menutup aurat. ya kan? =)
sesampai aku di tempat kejadian, aku memaklumkan kepada dia melalui pesanan ringkas. dia menyuruhku menunggu di satu tempat kerana sedang sibuk merakamkan gambar kenangan bersama rakan-rakan seangkatan.
sementara menunggu, aku pergi membeli sejambak bunga untuk diberikan kepadanya.
" teringin nak ada orang bagi munge masa konvo nanti..."
hajatnya akan kesampaian. insyaAllah. aku tersenyum sendiri mengenangkan permintaannya itu semasa awal perkenalan kami. aku membeli bunga sederhana besar, sesuai dengan kemampuan kewangan aku ketika itu. harap dia gembira.
tidak lama kemudian, dia datang mendapatkan aku dan mengajak aku bertemu orang tuanya. hati aku berdebar tidak menentu. langkahku terasa berat semasa mengekorinya dari belakang. rasa tak terkejar. dia yang berjalan laju atau aku yang melangkah lambat?
dari jauh aku sudah nampak kelibat ibu dan bapanya sedang menunggu. tanpa disedari, aku terus menyorok di belakang salah satu van yang diparkir berhampiran tempat pertemuan kami. tindakan spontan. aku malu sendiri. mungkin dia sedar kehilangan aku, dan datang mendapatkan aku.
dia : kenapa menyorok kat sini?
aku : saya takut la.....
dia : mak ayah saya ok la. jangan risau.
-senyum-
aku mengikutnya dari belakang. senyuman dia sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan hati ini. aku mula mengukir senyuman apabila melihat ibunya memandang ke arah aku. ibu dan bapanya juga tersenyum memandangku atas ke bawah. mungkin mereka sedang menganalisa diri aku. sabar. aku menenangkan diri sendiri.
kami berbual ringkas. aku selesa dengan mereka terutama dengan ayahnya yang ramah bertanya itu dan ini. ibunya lebih banyak tersenyum. pasangan ideal.
perjalanan kami masih panjang. namun, ini satu permulaan yang baik bagi kami. kedua ibu bapanya menerima aku seadanya. itu sudah cukup bagi kami.
alhamdu Lillah
(^_^)
bersambung.....