cerita sebelum ini, kami bergaduh. Ya, nampak agak besar walaupun puncanya kecil. Perempuan, emosi terlebih..=p Tetapi percayalah, tak sampai sejam pun kami dah berbaik kembali. kerana dia yang pandai memujuk, dan kerana aku sedang belajar memaafkan. mahu jadi isteri solehah kan. eh. Jarak ini mungkin menjadi punca setiap pergaduhan yang kami tempuhi.
we are the choosen one..=)
Jarak yang menyebabkan putaran masa tidak sama. Jarak yang membuatkan komunikasi kami terbatas. Jarak yang menjadikan perbincangan kami tergendala. Jarak yang mematikan mood kami. Bukan salah dia, bukan salah aku, dan bukan salah sesiapa. Jauh sekali mahu menyalahkan takdir. Kerana kami percaya JARAK ini bukan untuk menghukum, tetapi... ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..
✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.. ✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi.. ✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. ✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. ✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥ Inilah Cinta Antara Benua kami. Cinta aku dan dia. saya tunggu awak, awak tunggu saya. masanya dah tak lama kan. insyaAllah.. =) Malaysia - Saudi Arabia