klik..klik...tabung kami...=D

Monday, January 30, 2012

15 Apr : that evening he sent sms “ilu” & that night, “ i luv u”…

aku seperti remaja-remaja yang lain, yang sering menghabiskan masa bersama teman-teman seumur dan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan penuh warna-warni. 


petang itu, bersama seorang teman aku ke pasar malam berhampiran menaiki motosikal. sambil berjalan-jalan mencari makanan yang menambat selera untuk dibeli, aku berbalas pesanan ringkas dengan si dia. sesekali aku berbual-bual dengan teman, berusaha sehabis baik untuk menjaga hati kedua-dua pihak. kawan dan buah hati.




kerana tahu aku sedang berada di pasar malam, dia meminta untuk menyambung perbualan selepas aku pulang sahaja, tidak mahu mengganggu perjalananku dan masa aku bersama teman. aku hanya mampu tersenyum dengan sifatnya yang sangat memahami. =)




sebelum mengakhiri perbualan, dia menghantar "ilu". tiba-tiba jantungku berdebar kerana tahu apa yang dia maksudkan. walaupun sekadar 3 huruf itu, ia tetap memberi makna yang cukup dalam kepadaku. aku berpura-pura tidak faham dan bertanya maksudnya yang sebenar, dengan harapan dia akan menghantar 3 perkataan yang sebenar-benarnya. namun, dia menyuruhku mencari maksud itu sendiri. aku berasa agak kecewa, tetapi akan tetap menunggu sampai masa dia menggunakan 3 perkataan itu dalam erti yang sebenar. aku akan tetap menunngu biarpun lama...=)








malam itu, selepas selesai segala urusan dan sudah hampir masa untuk melelapkan mata, aku terima pesanan ringkas darinya. hanya berbual ringkas kerana sudah lewat malam. sebelum mengucapkan selamat malam, dia tiba-tiba menghantar " i luv u". penantianku berakhir...(^_^)






...kejutan yang sentiasa membahagiakan...


bersambung.....

Friday, January 6, 2012

3 Apr : He made poems using the word “cinta” for the 1st time.. =)

kekangan waktu dan tugasan yang menghimpit menghalang aku untuk terus melakarkan coretan yang berlaku dalam cerita kami. maaf pada yang menunggu. (^_^)

dari awal perkenalan, dia yang banyak memainkan peranan dalam menambah warna-warni dalam cerita kami. aku bukan sahaja tidak banyak menyumbang, malah kadang-kala mengeruhkan lagi. bukan sengaja, cuma emosi tidak dapat dikawal. awak, maafkan saya ya...

hari ini, dia membuat kejutan dengan menghantar puisi kepadaku. bukan kali pertama, sudah berkali-kali sebenarnya. dia tidak dijangka. aku cuma menghantar pesanan ringkas mengatakan hari hujan, dan meminta dia tidak keluar, bimbang kehujanan. maklum sahaja, dia agak sensitif dengan cuaca sejuk. pantang kehujanan sedikit, pasti diserang selesema. kerana pesanan ringkasku yang memberitahu tentang cuaca hujan, dia membalas dengan mengarang puisi. puisi spontan. =)

walaupun sudah berkali-kali aku menerima puisi darinya, puisi yang aku terima hari ini lain dari yang lain. dia menggunakan perkataan "cinta". ya, cinta. 


puisi itu sudah cukup menggambarkan perasaan dia yang ada untukku. jika sebelum ini aku belum pasti adakah perasaan dia untukku ini hanya sayang sebagai seorang teman atau kekasih, hari ini aku betul-betul pasti. dan aku tidak akan berpaling lagi. jika hari ini dia menghulurkan tangan meminta aku menjadi peneman hidupnya, tanpa ragu-ragu akan kusambut dengan penuh rasa syukur. dicintai lelaki sepertinya sudah cukup untuk membuatkan aku rasa seperti akulah gadis yang paling bertuah. 


terima kasih Ya Allah
(^_^)

bersambung....