klik..klik...tabung kami...=D

Friday, October 21, 2011

20 Feb : 1st person wish birthday, he touched.. =‘)

Tarikh ni, 20 februari 2011, yang akan paling akan aku ingat. cerita kami bermula dalam erti kata yang sebenar...

Dia dah singkir (remove) tarikh lahir di mukabuku, tak suka kejutan katanya. 19 februari, 7.45 malam, aku menghantar pesanan ringkas ucapan selamat hari lahir. dia terkejut dari mana aku tahu walhal aku memang dah lama tunggu nak beri ucapan selamat. aku orang pertama yang mengucapkan selamat kepadanya, kemudian ahli keluarga dia yang lain. dia terharu. aku sendiri tak faham kenapa aku mesti beria-ia nak ucap pada dia. mungkin hati dah berbunga-bunga...(^_^)

dia tak habis-habis bertanya dari mana aku tahu tarikhnya, dan kenapa aku nak beri ucapan padanya. aku sendiri tiada jawapan.

keesokannya, kami berbalas-balas pesanan ringkas. kerap. tiba-tiba, dia serius. 

" awak, jangan berubah yek..."

aku pelik. kenapa mesti aku jangan berubah? apa maksud dia dengan jangan berubah? aku bertanya, tapi dia cuma tergelak dengan reaksi aku. erm....


dia memang selalu bertanyakan soalan-soalan yang pada pandangan aku, pelik. mebuatkan aku perasan sendiri.


"awak rasa kan, kalau saya berjalan sebelah awak, orang akan pandang pelik tak?"


"saya kan, kalau boleh kan, nak cari calon yang sejuk mata memandang, macam awak ke...tu kan impian setiap lelaki kot. awak rasa macam mana? layak tak?"


aku dapat rasa dia macam nak sampaikan sesuatu cuma tak yakin. masih terikat dengan hubungan senior-junior, mana mungkin dia, senior akan pandang junior, lagi-lagi macam aku. persoalan yang bermain dalam fikiran, aku abaikan. tak mahu terlalu berharap, nanti kecewa.

kami kerap berbalas pesanan ringkas. kadang-kala bila teringin makan makanan dari luar kerana bosan makanan di kafe, dia akan belikan. berjanji untuk bertemu, memang semata-mata untuk mengambil apa yang aku tempah dari dia, atau apa yang dia tempah dari aku. bukan nak membeli sangat pun, cuma fikirkan ini peluang untuk berjumpa walaupun sekejap. sekadar beberapa saat tanpa sempat berbual panjang...

bersambung....

Saturday, October 15, 2011

18 Jan : I took the 1st step.. ^_^ (fb message)

sehari selepas program, ada perjumpaan mingguan (setiap isnin malam) dan senior-senior memang jarang ada. tapi malam itu, ramai yang ada. meriah. tiba-tiba rasa semangat (jangan tanya semangat apa). masa itu, memang dah tambah rakan mukabuku. masing-masing jadi ramah dengan senior yang sebelum ni tak pernah pandang pun. aku tak terkecuali. di mana dia ada (komen di dinding mukabuku), aku akan turut serta. hati dah berbunga-bunga.


tapi bila jumpa malam tu, senior tetap berada sekelompok, junior sekelompok. mungkin belum serasi. dia ada tegur aku, tapi dek malu, aku kurang ambil perhatian. sekadar pandang sepintas, senyum, dan terus berlalu (dalam perjalanan ke tandas sebenarnya). apa yang dia cakap pun aku kurang pasti. 


kami memang dah jadi rakan mukabuku. tiba-tiba jari aku gatal hantar pesanan di mukabuku dia. pesanan semata-mata bertanya soalan yang tak masuk akal. hanya alasan untuk berhubung dengan dia. dia membalas dengan senyuman (smiley). ada respon positif. aku senyum. lebar. 


aku senyum kerana sangkakan dia enggan balas kerana jurang senior-junior masih ada. perasaan aku sahaja barangkali. junior kan, tak setaraf senior. aku memang pesimis.




terukkah aku? aku tak peduli. pesimis kadangkala sangat penting terutama bagi orang yang suka mengembara berseorangan. macam aku. maaf, meleweng.




aku hantar pesanan - dia balas tambah dengan senyum - aku balas balik tambah senyuman juga. berterusan. 


membuka laman mukabuku yang dulu tak pernah aku pedulikan, kini jadi kewajipan seharian. 


p/s : masih ingat si A? dia minta nombor telefon tangan malam itu. aku beralasan, tapi akhirnya dia berjaya juga. aku mula curiga. dia ada hati pada aku? maaf, aku tahu aku memang kuat perasan.


bersambung....

Friday, October 14, 2011

14 Jan : Our officially 1st time meet. (I didn’t realised him b4)

dia senior tahun akhir, aku junior tahun pertama. kami dalam 1 persatuan, kehadirannya tak pernah aku sedar. inilah aku, yang tak memandang orang lain terutama lelaki. aku gagal dalam bersosial dengan lelaki. bukan caraku. tapi katanya, dari awal aku masuk persatuan itu dia dah sedar kehadiran aku.
aku tak pelik, kerana aku lain dari kawan-kawan yang lain.

kami ada program luar selama 3 hari 2 malam. aktiviti persatuan. kami berada dalam satu kumpulan. (terima kasih kepada seorang teman A yang tanpa sengaja menemukan kami). A, teman rapat dia, mengajak dia masuk kumpulan aku kerana kononnya A nak kenal aku lebih rapat. dia hanya mengikut. 

dia lain dari yang lain. tak hiraukan aku sedangkan yang lain beria-ria mendekati aku. rimas. tak selesa. tapi dia berjaya tarik perhatian aku dengan gayanya yang bersahaja. bercakap dengan aku pun macam nak tak nak. ego aku sebagai perempuan tercabar.mungkin aku tak menarik pada pandangannya.


hari kedua, selepas satu aktiviti lasak, aku bersama-sama senior sejantina bergelak ketawa. tiba-tiba rasa macam seseorang sedang perhatikan aku. aku berpaling. dia. bertentang mata beberapa saat. dia berpaling. alihkan pandangan. rasa jantung berdegup kencang, muka menebal. malu. mungkin aku yang terlalu perasan.

malam, persembahan kebudayaan. kumpulan kami diberi tugasan membuat lakonan. dia berlagak seperti pengarah. memberikan aku watak bisu. mungkin sebab aku yang nampak pendiam dan kurang bergaul. aku cuba memberi buah fikiran, tapi dia seolah-olah tak ambil peduli. timbul rasa geram dalam hati. semasa lakonan, ternyata watak aku paling menyerlah. jadi bahan ketawa orang lain. ketawa yang sangat galak. aku malu. dia yang jadi penyebab. sebelum balik ke bilik, A janji nak ajar aku satu permainan yang jadi hobi waktu itu. A memang nampak baik. lelaki tipikal. gentleman bak kata orang putih. 

esoknya, hari terakhir. main permainan terpusing lidah (tongue twister). aku pegang rekod sebutan paling laju. aku bosan. aku pandang A, nak tuntut janji dia semalam. tapi dia sibuk mengajar senior-senior wanita yang lain memetik gitar. ya, A pandai memetik gitar. aku tak jadi menuntut janji. aku pandang sekumpulan senior sedang berkumpul. dia ada sekali. sedang berusaha memecahkan rekod aku. aku tersenyum, mendekati kumpulan itu. dia berjaya memecahkan rekod aku. taktik permainan otak kiri-otak kanan yang aku mahir pun dia berjaya kuasai. aku tak puas hati. ego.

kami pulang ke kampus tapi aku seperti tertinggal sesuatu. bukan tertinggal. hilang. hati yang dia dah berjaya curi. aku tak sedar, dia tak perasan. kami ada satu talian.





bersambung......